Azwar Syuhada: hantaran
Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Sunday, 23 January 2022

8 Idea Hantaran Pertunangan & Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online
7:54 pm 2 Comments

Salam to all readers,


 | 8 Idea Hantaran Pertunangan & Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online | Bulan 1 & bulan 2 tahun ini adalah bulan yang sibuk dengan majlis perkahwinan, mesti timeline, IG story, sosial media korang penuh dengan gambar kawen kan? Siapa setuju? Tak yang tipulah, kawan-kawan aku mostly pun ramai pakat kawen, ini semua perkahwinan yang tertunda dari tahun lepas disebabkan pkp. Now, we are like normal but still kena patuh pada SOP.


Okay kalini aku nak share idea hantaran pertunangan dan perkahwinan khas untuk diberi pada belah perempuan yang mudah dicari menerusi online. Disebab aku biasa kehulu kehilir teman member bagi opinion semua, lets go, why not share dengan korang pula. Kot-kot ada yang dekat sini bakal pengantin! Here you go guys!


Hantaran ini merupakan adat yang masih diamalkan oleh orang kita. Bila kedua-dua belah mempelai dah bersetuju untuk disatukan, pasti kedua-dua pasangan sibuk fikir tentang persiapan majlis terutama hantaran. Betul tak? Makesure, perempuan kena bagi lebih dari pihak lelaki. Kalau belah lelaki bagi 5 dulang, perempuan kena balas 7 dulang (dan menggunakan nombor ganjil). Kena ingat tu ya. Jom lihat, 8 idea hadiah hantaran pertunangan dan perkahwinan yang mudah dicari menerusi online.


Berminat untuk membaca >> Pusat Borong Barangan Perkahwinan di GM Klang


8 Idea Hantaran Pertunangan & Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online

8 IDEA HANTARAN PEREMPUAN YANG TRENDING DAN MUDAH DAPAT MENERUSI ONLINE


1) Telekung Siti Khadijah

8 Idea Hantaran Pertunangan & Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online

Sebagai seorang muslim yang beragama Islam, pasti kena patuh apa yang disuruh oleh Allah. Salah satunya sembahyang. Jadi bagi aku telekung salah satu keutamaan untuk kaum wanita. Nak mengadap Tuhan pun mesti kena tampil berseri-seri. Aku sendiri pengguna telekung Siti Khadijah. Kainnya sejuk, selesa, labuh, paling penting bahagian bawah dagu dia kena dengan selera aku. So, kalau pihak lelaki nak cari hantaran telekung bolehlah pilih brand Siti Khadijah.


Even dia punya price agak mahal sedikit, tapi bagi aku berbaloi sangat. Tahan lama, kain sedap dipakai, mudah dicuci, pelbagai pilihan warna dan design yang menarik. Kalau korang tak ada masa nak walk in ke store nya sendiri, jangan risau dekat Shopee pun brand Siti Khadijah ini dah ada. Boleh beli dekat sini>> https://shp.ee/4kyvrfd


2) Hantaran Al-Quran



Idea kedua, untuk hadiah hantaran pertunangan dan perkahwinan adalah senaskah Al-Quran. Memandangkan kita pasangan yang beragama Islam, ada baiknya kita kukuhkan lagi ikatan penyatuan 2 insan dengan menghadiahkan kitab suci Al-Quran. Pilihlah yang cantik-cantik, boleh baca hari-hari bersama dengan pasangan.
Janganlah jadikan perhiasan dirumah pula, sesibuk mana kita bekerja makesure bacalah sehelai dua muka surat. Insyallah pahala berganda-ganda. Kalau korang nak hadiahkan hantaran kepada pasangan boleh dapatkan Al-Quran Songket ini di Shopee, cantik sangat. Harga pun below RM50 dah boleh dapatkan Al-Quran Songket ini.

Boleh dapatkan Al-Quran Songket ini di sini>> https://shp.ee/9m8iwcd


3)  Hantaran Barang Kemas HABIB


8 Idea Hantaran Pertunangan & Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online

Bagi aku hantaran barang kemas juga salah satu barangan yang sangat berbaloi untuk perempuan miliki. Even perempuan berhijab, still kena menghias diri depan suami, boleh sahaja pakai rantai leher. Barang kemas sekarang pun dah ada macam-macam variasi, ada yang siap boleh custom made sendiri. Kalau lelaku bagi hadiah hantaran baik gelang tangan, rantai leher, anting-anting, for sure pengantin perempuan sangat gembira (senyum sampai ke telinga). 


Tapi kalau nak pilih barang kemas seeloknya tengok kemampuan pada pihak pasangan juga. Design simple pun sebenarnya dah cantik sangat. Yang crowded sangat dan paling mahal biasanya tak cantik. Now, HABIB ada buat sales untuk barang kemas terpilih, salah satunya rantai leher di atas.


Kalau korang berminat untuk dapatkan rantai leher HABIB Maira Heart ini korang boleh dapatkan di sini>> https://shp.ee/47sivrd



Cincin HABIB pun tengah ada sales, kalau korang nak beli online pastikan tahu size jari okay? Untuk dapatkan design cincin HABIB di atas boleh dapatkan di sini>> https://shp.ee/7em3t6d


4) Jam Tangan



Selain itu, korang juga boleh beli jam tangan sebagai hadiah hantaran. Jam tangan ini boleh dijadikan hadiah untuk kedua-dua belah pihak dan tiada isu pun. Kena perlu bagi jam tangan? Jam tangan cukup sinonim dengan menepati masa, dengan memberi hadiah jam tangan at least pasangan akan ingat bila waktu dia keluar bekerja, waktu dia pulang ke rumah, waktu dia berjanji untuk bawa jalan-jalan. So make sure jam tangan jangan miss untuk jadikan hadiah perkahwinan tau.

Bila lekat je jam tangan dekat pergelangan tangan pasti dorang akan ingat sampai bila-bila. Untuk dapatkan jam tangan berkualiti dan cantik design nya boleh dapatkan di sini >> https://shp.ee/csxdvxd


Banyak yang memberi feedback positif pada seller ini, dan rata-rata memberi 5 star. Ia sangat diyakini seller ini menjual jam yang berkualiti dan servis terbaik. 


5) Kasut Sneakers 


Kasut juga merupakan item yang sesuai untuk dijadikan hantaran untuk belah lelaki dan perempuan. Kalau nak hadiahkan kasut, seelok-eloknya discuss dengan pasangan korang nak kasut yang macam mana. Biasanya orang akan hadiahkan kasut sukan, kasut kulit (buat pasangan lelaki), tak pun kasut sneakers. Ada baiknya, pilih kasut yang korang akan kerap pakai. Kalau aku lebih prefer kasut sukan tak pun sneakers, sebab both kasut inilah yang aku selalu pakai hari-hari baik keluar jalan mahupun pergi bekerja. 


Kasut tumit, adakala pakai juga tapi aku cuba elakkan pakai sebab sakit bahagian tumit kaki. So, kalau korang nak hadiahkan kasut sukan, sneakers, boleh pilih brand Skechers. Design cantik, paling penting kaki tak sakit pakit. Sarung je kaki ke dalam kasut pasti rasa selesa bergerak ke sana ke mari. 


Untuk dapatkan kasut Skecher seperti di atas boleh dapatkan di sini>> https://shp.ee/b8wmvsd


6) Handbag




Handbag pun dah satu jadi keperluan untuk kaum wanita. Senang nak isi dompet, bedak compact, benda-benda penting. At least cari ruang dalaman besar sikit. Perempuan kan complicated, macam-macam nak disumbatnya dalam handbag. Kalau korang nak dapatkan handbag jenama Coach yang elegan boleh dapatkan di sini >>https://shp.ee/jacxh7v


7) Coklat




Selain barangan, manisan seperti coklat pun sesuai untuk dijadikan hantaran tau. Kalau korang kreatif, boleh ubah coklat ini bentuk bunga, snow, dan macam-macam lagi. Perempuan dan coklat berpisah tiada, sekarang tak perlu susah-susah terbang ke Langkawi untuk beli coklat. Korang boleh dapatkan Coklat Ferrero Rocher di Shopee dengan harga berpatutan. 

Boleh dapatkan coklat Ferrero Rocher di sini>> https://shp.ee/rqtgktv

8) Set Makeup




Set alat makeup pun salah satu barang keperluan untuk kaum wanita tau. Ialah perempuan sentiasa perlu melawa, dah lawa pun pasangan still pandang orang lain, tak tahulah nak kata apa. Sebelum korang nak membeli set alat makeup untuk pasangan korang, better tanya dulu nak brand apa, sebab ada setengan produk kaum wanita ada alahan. Kalau pasangan korang pakai brand SimplySiti bolehlah belikannya di sini>> https://shp.ee/4fhc88v


Harga set makeup brand SimplySiti pun berpatutan, macam-macam ada bukan setakat bedak compact je. 


Ikutkan banyak lagi idea hantaran yang perkahwinan yang korang mudah dapat menerusi online tau. Seelok-eloknya kalau korang nak beli hadiah hantaran, better berbincang dengan pasangan masing-masing dan pilihlah barangan yang makesure korang akan guna. Bukan setakat jadi hiasan semata-mata. Jangan beli terlampau besar nanti tak sesuai pula letak dekat dulang hantaran.


Akan datang kalau aku free, aku akan kongsikan dulang hantaran yang ideal untuk tahun ini pula okay. Sekiranya, entry ini bermanfaat untuk semua jangan lupa share!


Thank you for reading guys!

Reading Time:

Friday, 21 April 2017

Gubahan Hantaran Perkahwinan Paling Simple dan Jimat!
7:47 am 4 Comments
Salam to all readers,

Now, boleh dikatakan ramai orang berpusu-pusu kahwin diusia yang muda, seperti zaman mak ayah kita. Dah sampai jodoh mereka, nak buat macam mana kan? Aku tertanya-tanya juga, diusia muda apa mereka buat sampai boleh buat majlis yang begitu grand. Tambah-tambah, aku memang minat tengok siri mahligai impian, siri majlis perkahwinan gilang gemilang, berangan-angan satu hari nanti aku pun dapat buat majlis perkahwinan macam dorang. Padahal, yang masuk dalam rancangan tu semua orang berada. hahaha...

Awal bulan 4 haritu, abang aku selamat dikahwinkan. 31/3 adalah majlis akad nikah, manakala keesokan harinya 1/4 adalah majlis perkahwinannya. Dah besar abang aku ya, dah beristeri, rasa macam baru semalam dia cakap dengan mak aku nak pergi sekolah. Ni tipu je! Umur dia 26 dah sekarang, dah merupakan satu-satunya abang aku. Jadi, buat pertama kalinya, kami sekeluarga mengatur majlis perkahwinan. Majlis dilaksanakan serentak di rumah belah perempuan, so we just prepare yang penting, lain-lain benda dorang uruskan. Sebelum, aku tunjuk benda apa yang aku siapkan untuk majlis perkahwinan abang aku, jom ketahui apa itu mas kahwin, dan apa pula hantaran?

Mas kahwin adalah benda paling wajib diberi pada pihak perempuan. Mahar atau lebih sinonim lagi dikenali sebagai mas kahwin merupakan pemberian wajib kepada isteri. Seandainya si suami masih lagi berhutang mas kahwin, maka si isteri berhak menolak untuk bersama. Bila mas kahwin dah diberi kepada si isteri, maka wang tersebut adalah hak mutlak kepada isteri tersebut, si suami tidak berhak untuk menggunakannya.

Manakala, hantaran pula merupakan satu bentuk hadiah wang tunai yang diberi kepada pihak perempuan untuk dibelanjakan untuk menyempurnakan majlis perkahwinan mereka beserta hadiah lain seperi handbag, telekung, Al-quran, buah-buahan, barang make-up dan macam-macam lagi. Yang penting kena ada sudah semestinya wang hantaran. Benda lain tu takdelah penting sangat, tapi sudah menjadi trend sekarang balas membalas dulang, seandainnyapihak lelaki menghantar dulang sebanyak 3,5, dan 7, maka pihak perempuan akan melebihkan daripada jumlah dulang yang dihantar oleh pihak lelaki dan semestinya no. genap. Sekiranya, pihak perempuan ini melangkah bendul, justeru pihak lelaki harus mendoublekan dulang tersebut.

Kalau masih ada nenek-nenek, dorang pantang kalau budak-budak yang membawa dulang hantaran tersebut. Kalau boleh, barang-barang tersebut harus diikat betul-betul, seandainya terjatuh itu dikira penanda yang tidak bagus buat pasangan tersebut akan datang. Mungkin sekarang ramai yang tidak kisah dengan pesanan orang tua, ada yang kata tahyol, apa-apa pun terpulang pada masing-masing. Begitu juga, untuk memilih hari dan bulan yang sesuai untuk bernikah. 

Antara benda yang aku kena buat untuk menyempurnakan majlis abang, adalah seperti doorgift, button badge dan juga hantaran. Dulang hantaran hanya 5 dulang sahaja, 2 benda aku adjust, 3 lagi dulang tokcik aku buat. Semua barang hiasan aku beli dekat GM Klang, murah dan jimat, harga pun affordable. 

google
 Dulang hantaran pertama ini, dibuat oleh nenek saudara aku a.k.a tokcik aku. Pulun jugalah, aku tanya dah siap ke hantarannya, dia kata kau tengoklah nanti. Konon nak buat surprise la tu, nasib baik cantik! Dia buat moneybouquet. Lawa jugalah hasil tangan dia, mak aku kata dia memang pro la bab-bab ini. Aku just tambah manik-manik je dekat bunga tu untuk nampakkan seri. Berseri ke? Bekas cincin tu dalam RM15 dekat GM Klang. Banyak jenis, ni paling murah dan cantik!


google
 Gubahan hantaran ini aku buat, aku punya design takdelah gah mana, biasa-biasa je mampu buat. Hanya letak bunga keliling dulang, thenterus letak beg dan jam tangan, kemudian buat reben pada handbag dan jam tangan. Siap! 

 Ini pula bunga stokin, hasil kreativiti tokcik aku. Puas aku pikir macam mana dia nak bunga stokin, pakai stokin yang kita selalu pakai tu ke? Kan tebal, macam mana dia buat kan? Sebab bila aku tanya, dia suka sangat nanti kau tengoklah, jenis orang yang tak suka berkongsi dan penuh kejutan yang tak dapat dijangka.

Yang ini aku buat, mula-mulalekat bunga dekat dulang hantaran, kemudian baru adjust bakul tu, hanya ikat tali pada bahagian pemegang, bubuh manik, dan rama-rama. Siap letak barang! Aku punya mudah je nak buat. Barang nak hias pun murah beli dekat GM Klang.

google

Bunga telur borong dekat GM Klang juga, bunga telur dekat sana mahal dan tak banyak yang cantik pada pandangan aku. Yang ini jugalah, yang sedap mata memandang. Sekotak ada 50 batang, dah cecah RM80 lebih, kau rasa? Nak jimat kena daftar jadi ahli, register ahli free je, dapatlah kurang RM70 lebih macam tu. Dah siap, inilah hasilnya, nampak banyak kan bila dah dikembang-kembangkan bunga telurnya.

 Doorgift ini pula, tempah terus dekat Noorazalinadoorgift, korang boleh search dekat facebook, dan instagram. Aku order doorgift dewasa dan kanak-kanak, satu paket RM1 sahaja.

Itu sahaja yang aku boleh kongsi pada harini, akan datang aku share gambar majlis perkahwinan abang aku.Hope, dapat membantu korang yang tengah mencari idea nak buat hantaran!

Thanks you for reading!

Reading Time: