9:00 am
BY Azwar Syuhada
28 Comments
Salam to all readers,
Sememangnya aku tak minat sangat nak menjahit. Disebabkan banyak sangat mesin jahit dekat rumah ini rasa tergerak hatilah pula nak mencuba menjahit. Jadi, suatu haritu mak aku pun ajarlah menggunakan mesin. Banyak sangat pantang larang nak guna mesin jahitnya, ialah kita buat kerjakan kasar sikit. Tengok orang menjahit ini, kerjanya macam leceh sahaja. Ialah mana taknya, kena masukkan benang dalam jarumnya lagi. Buat pertama kalinya menjahit, alahai senang rupanya menjahit. Sekali belajar, dah dapat buat. Takdelah leceh mana, nak lihat hasilnya?
Inilah proses menjahitnya, mana tak senangkan? Hanya masukkan benang, klik apa yang patut dekat mesin jahit, dan tunggulah sampai siap. Mesin automatik katakan. hahahaah...
p/s: Bagi sesiapa yang berminat nak membuat tempahan jahit sulam pada baju, tuala, bolehlah email Azwar: azwa_gem94@yahoo.com






