Azwar Syuhada: short vacation
Showing posts with label short vacation. Show all posts
Showing posts with label short vacation. Show all posts

Friday, 25 December 2020

Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur
8:24 pm 2 Comments

 Salam to all my readers,


Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur | Tahun ini memang tak dan kita semua nak bercuti kan baik dalam mahupun luar negara disebabkan wabak Coivc-19 ini makin meningkat kes. Walau bagaimanapun, nak keluar kemana-mana kena patuh SOP, elakkan tempat-tempak yang sesak. So, malam tadi aku baru sahaja sampai kampung. Maka bermulalah cuti aku dikampung perhabis saki baki cuti aku yang ada. So, boleh plan jenjalan dengan mak pula. 


Awal tahun aku sempatlah merasa sambut tahun baru dekat dataran. Tahun ini duduk rumah senyap-senyap sudah. Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah nak balik kampung, maka roomate aku (Oyah) ajak jenjalan. Aku cakap boleh je, tapi taknak masuk mall boring. Plan nak pergi FRIM la, air terjun hulu langat la, walhal dua-dua mana ada kereta.  Masing-masing guna ehsan Rapid KL. So, aku cadang jom tidur hotel area KL near LRT. So, Oyah pun onn best juga tidur hotel katanya. 1 malam jerlah dapat release tention. Last week kami pergi menginap dekat Sisi Seni Hotel betul-betul sebelah Central Market.


Kami book di Agoda, murah pun murah. 1 malam hanya RM60 campur service charge semua total RM72. Dia ada pool lagi, so sebelum book sahaja tanya pool open ke tak. Open kami pun terus grab. Check in pada hari Sabtu jam 2.00pm, sebelum menapak ke hotel kami turun ke Bukit Bintang, pekena Nasi Kawin Hari-Hari. Had ini aku yang teringin sangat nak makan. Ayuh tengok..


Nasi Kawin Hari-Hari Betul-Betul Padu


Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur

Port kedai makan ini memang viral, aku je tak pernah menapak ke mari. Aku jarang round Bukit Bintang. Nak kemari cukup senang, aku KL bab naik public transport memang pro baik bas mahupun LRT, MRT. Thank you Rapid KL wujudkan prasarana sebegini untuk masyrakat mahrein. Tambang sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Takyah pikir banyak dah, swipe je IC. hahaha



Nak ke sini cukup mudah, turun LRT Pasar Seni tukar ambil MRT turun Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang keluar pula pintu C. Nak keluar pintu mana-mana pun boleh makesure keluarlah seberang Lot 10, nampak MCD? Okay jalan sikitdepan MCD, ada 1 lorong masuk situ nanti akan nampak sepanduk Nasi Kenduri Kawin Hari-Hari. Jom tengok hidangan dia ada.

Oyah ini pantang aku klik camera, dia mula nak menyelit. Penuh gallery aku gambar dia. 



Seperti biasa mana-mana pergi kena patuh SOP, scan barcode MySejahtera. Aku teringin gila nak makan ini sebab, tahun ini langsung tak berkesempatan makan nasi minyak orang kawin disebabkan kes Covic-19. Orang kawin ramai, tapi ramai yang tak berpeluang untuk buat majlis. Even aku punya sepupu pun kawin dekat pejabat agama, aku pun tak dapat jumpa dia lagi. So, bagi menghilangkan rasa kempunan datanglah makan dekat Nasi Kenduri Kawin Hari-Hari ini. Kedai dia belakang lot kedai. Masuk je lorong dia memang terasa suasana di kampung dengan peniaganya hanya pakai baju cap pagoda. 


Waktu aku pergi tu tak ramai lagi, around pukul 12.00pm macam tu. Dua-dua ambil ayam masak merah dan semangkuk daging masak hitam untuk 2 orang makan. Tak dan nak order 1 lagi ayam takut tak habis. Ini kedai jenis layan diri sama macam pergi kenduri kawin. Orang sendukkan apa ko nak makan, air ambil sendiri, pergilah duduk mana-mana kau nak duduk. Habis makan angkat pinggan letak dekat tempat dia.

Ayam Masak Merah, warna dia pun dah menyeggat. 

Daging masak hitam, had ini tak rugi ambil sedap betul tambah-tambah daging dia memang lembut. Entah berapa jam dia merebus bagi empuk.

Ayam masak madu dua.

See lauk dia, sepinggan ini hanya RM8.50. Not badlah, total semua makanan termasuk daging RM22. Murahlah kan? Lauk sedap, kenyang pun kenyang.

Muka paling bahagia bila disua makanan.



Bermalam di Sisi Seni Hotel, Kuala Lumpur

Here we go, we stay 1 night here last week. Sangat rekomen kalau siapa nak bercuti. Dari MRT Bukit Bintang kami patah balik ke Pasar Seni. So, menggunakan khidmat google maps kami pun jalan kaki pergi cari. Walhal hotel tu sebelah Central Market bahagian belakang. Penat pusing dari kedai bunga Lee Wah. Menapak pulak dekat kaki 5 yang penuh gelangdangan memang menyeramkan. Aku dengan Oyah dah cuak hotel mana kita order ini. Rupanya lorong tu je penuh orang macam tu, betul-betul keluar pintu hotel belah kanan. Belah kiri dah Central Market lorongnya okay sikit nak jenjalan.

Masuk-masuk hotel macam biasa tengok tempat, ambil gambar setiap sudut untuk tatapan korang. Bilik kami order ini memang muat 2 orang, okaylah cantik pun cantik. Ada TV, bilik air pun convenience, yang penting ada arah kiblat. Tak perlu tanya or buka apps.



Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur

Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur


Pastinya ada televisyen, memang best layan slot drama sangat sambil mencarut. Sesudah sampai hotel, ronda sikit apa yang ada, berehat sikit dan solat. Baru kami keluar balik jalan sekitar kawasan tu. Rugilah pula duduk hotel je kan.

Ini pandangan waktu malam bahagian pool. Waktu ini hujan renyai-renyai, kami gigih berendam lagi.


Waktu malam so cantik bahagian pool. Berendam puas-puas, rumah sewa tak ada pool. Kalau ada pun tak mandi kot. Memang puas hatilah menginap sini, bersih pun bersih, cuma breakfast aku tak ambil. Memang ambil untuk menginap sahaja. Senang akses LRT, tempat makan pun ada, nak ronda dataran pun dekat. TIdur atas tilam yang empuk, katil dia punyalah tebal, suhu aircond dah naikkan pun still sejuk. Perghh nyaman betul tidur Sisi Seni Hotel ini tau. Rasa taknak balik dah, sungguhpun 1 malam sahaja memang we have fun together. Patut nak ajak sorang lagi housemate tu rupanya dia dah check in hotel tempat lain dengan member dia. So, kami teruskan sahajalah misi duduk hotel ini berdua.


Jalan-Jalan Sekitar Central Market


Malam kami tak keluar, so petang tu around pukul 3.00pm kami keluar sekejap pusing-pusing Central Market. Central Market ini famous tau, kalau singgah Pasar Seni orang aim Central Market first before Petaling Street. Petaling Street tu kawasan Cina. Central Market ini ada gak Melayu berniaga. Masuk sini mampu cuci mata jerlah, sini banyak pelukis-pelukis jalanan, kelas canting batik, jual aksesori, cenderamata bandaraya Kuala Lumpur, cafe macam Old Town White Coffee ada dekat dalam. Tingkat atas ada tempat makan, kedai jual-jual banyak tutup.





Lorong ini banyak pelukis, cantik-cantik lukisan depa na. Hidup dia punya seni lukisan. Ke depan sikit ada 3D Gallery. Tapi nak masuk kena bayar. So tak jadi masuk, terus bergerak jalan sekitar Dataran Merdeka, perpustakaan Kuala Lumpur, Muzium Tekstil (ambil gambar diluar sahaja sebab tak buka)



Aku pernah pergi Perpustakan Negara je dekat orang tengok teater sana. SIni tak pernah tahu kewujudannya. Petang-petang memang area sini penuh orang main basikal, jogging, main skuter, ambil gambar. Tempat lepak anak-anak muda. 



Had ini lorong area Masjid Jamek, dah macam dekat area Bandar Hilir Melaka pula. Dulu aku jalan dengan Wan sini tak siap lagi. Sekarang cantik dah, mesra untuk orang yang berjalan kaki. Waktu malam ada lampu warna biru.


Inilah dia empangan air yang pecah yang menyebabkan bandayara Kuala Lumpur mengalami banjir. Dalam sejarah Kuala Lumpur bajir tu, mujur rumah aku tak kena tempias. 



Puas berjalan kami pun meneruskan perjalanan. Waktu tu dah pukul 5.00pm so kami pun singgah kedai bunga Lee Wah, paling famous orang kata. 

Kedai Bunga Lee Wah Florist


Kalau jalan area Central Market ini jangan pula jakun orang duk usung bunga berplastik-plastik. Sebab area sini memang berderet orang jual bunga hidup. Pasangan couple memang rajin bawa awek mai sinilah. Ini sebab tak pernah orang nak belikan bunga, so kena beli bunga untuk diri sendiri. Kedai bunga Lee Wah ini paling famous sebab orang kata kedai ini paling murah dan banyak bunga fresh-fresh. Nak banyak pilihan kena datang pagi-pagi. Petang-petang memang saki baki jerlah tinggal.




Seperti biasa, aku ambil jerlah bunga paling murah dalam kedai ini. Aku tak minat sangat, alih-alih jadi sampah je nanti dalam rumah. Kalau rajin bolehlah bubuh dalam frame nanti.


Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur
Bunga konvo dekat sini lagi murah dan banyak-banyak. Aku ingat bunga tipu. Rupanya bunga hidup. Lawa betul tambah-tambah rose marron. 

Kalau rajin bolehlah masuk Petaling Street, aku tak suka sangat masuk area situ. Lebih rela jalan dalam Central Market. Okaylah ini sahajalah short escape aku di bandaraya Kuala Lumpur. Kadang-kadang kita kena ada me time untuk diri sendiri, lari dari kesibukan kerja, perangai orang entah apa-apa. Dari aku serabut pikir benda tak penting, baik aku fokus untuk masa depan aku.


Thank you for reading!


Reading Time:

Sunday, 6 September 2020

Percutian Tak Dirancang di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang
2:36 pm 2 Comments

 Salam to all readers,

Lama tak buka blog, tengok-tengok layout dah baru sampai tak tahu nak guna macam mana. Okaylah, memandangkan aku ada masa lapang sikit aku nak share dengan korang semua pengalaman aku bercuti di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang. Percutian ini kira percutian tangkap muat jugalah, memandangkan bulan 8 ini aku memang busy gila sampai tak ada masa untuk diri sendiri, dan kebetulan Wan text aku jom plan bercuti nak tak. Dia ajak aku pergi waktu hari Merdeka macam tu tapi otak aku nak pergi la tu juga. Kebetulan ada cuti awal Muharam haritu. Aku ambil cuti Jumaat tu balik Klang, Sabtu tu baru gerak ke Janda Baik. Dia text aku hari Isnin, nak jadikan cerita semua homestay dekat Janda Baik mostly fully booking.


Kebetulan aku ada baca thread dekat twitter ada 1 homestay ini not bad juga tempatnya. Aku pergi sebab nak release tention. Sejak Wan kawen memang aku jarang dah keluar dengan dia, now husband dia bagi keluar bersama-sama. Laki dia drive kami berdua berseronok bersama. Wan ni tua dari aku, selamba badak aku panggil nama je. Lama juga kami stay rumah sewa sama, dia juga tempat aku mengadu kalau stress, aku menangis gila-gila pun depan dia, happy pun dengan dia. Malas nak sembang cerita sedih, kita share kisah yang dapat menggembirakan hati. Rabu malam minggu awal muharam tu baru dapat  confirm tempat penginapan, mujur ada kekosongan. Walaupun agak mahal semalam, tapi bantai jerlah. Janji dapat rest!


Mujur husband dia tak kisah, siap pick up aku dekat Klang lagi baru gerak ke Bentong. Perjalanan dari Klang ke Bentong around 2 jam. Sebelum ke chalet kami naik ke Bukit Tinggi. Azab jugalah mengadap jem nak naik ke atas. Nak naik punyalah payah, masuk tak sampai sejam pun. Tangkap gambar, cari toilet, terus ke Sailor's Rest. Dah lama teringin nak pergi Bukit Tinggi. Tapi bila dah pergi tak adalah best mana seperti di Korea. Miss Korea!!


Bukit Tinggi, French Village

Siapa teringin nak bergambar ala-ala di French boleh singgah di Bukit Tinggi ini. Tapi jujur aku cakap takyah naik la tak ada pebenda pun. Bangunan cantik jugalah, tapi sampah merata, toilet pun bertakung dengan air. Aku datang sini sebab teringin, tak pernah jejak. Bila dah pergi sekali ini, kira tak kempunanlah dapat pergi. Reka bentuk memang cantik, tapi tak secantik dekat Petite France, Korea.  Tahap kebersihan dekat Malaysia ini memang out.


Nak merasa masuk bolehlah pergi. Tiket untuk dewasa seorang RM12, budak RM6. 









Setelah puas bergambar tak sampai sejam, kami berangkat ke Chalet terus. Turun balik menuju ke genting highway genting Sempah. Dari Bukit Tinggi nak ke Sailor's Rest ini lebih kurang 30 minit jugalah. Janda Baik ini kecik je tempatnya. Tapi menarik jugalah kalau nak staycation dengan family and friends. Homestay pun banyak yang selesa dan cantik.

Staycation di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang

First time order homestay using aplikasi Whatsapp je tau. Respond pun pantas. Cadang nak pergi malam Jumaat balik Ahad. Sebab ada kekangan masa, jadi terpaksa booking untuk 1 malam sahaja. Agak pedalaman jugalah tempat penginapan kami ini. Uncle tu dah pesan siap-siap guna Waze bagi mengelak sesat jalan. Tersesat juga akhirnya, sebaik dah nak sampai, salah masuk lorong je. Kawasannya agak tersorok sikit. Ramai juga orang datang bercuti, ialah cuti jatuh pada hari Khamis, mesti ramai ambil cuti hari Jumaat direct dapat cuti 4 hari.



Nama pun staycation dalam hutan, memang menenangkanlah jawabnya. Kasi chance la kita lari dari KL kejap. Nak kata wow gila tempat penginapan aku ini taklah, at least selesa. Tu je boleh cakap. Tempat penginapan yang di sediakan di Sailor's Rest Homestay ini ada banyak. Korang boleh pilih nak menginap dalam boat boleh, chalet kampung, banglo, glamping, chalet modern otw buat. Aku cakap nak 2 bilik, untuk 3 orang menginap. So uncle cakap chalet kampung still available. Boleh refer gambar di atas, memang ada 2 je ni, ada pintu ditengah-tengah sebagai penghubung bilik. Okaylah, not bad juga. Sangat menenangkan tempatnya. Kami sampai around pukul 4.00pm macam tu, sampai-sampai check ini, rehat jap. Lepas asar terus bermandi manda belakang chalet kami ini ada sungai.



Ini bilik tempat kami menginap, semua lengkap, ada tv, toilet dalam rumah juga, peti ais. Besar jugalah untuk aku duduk sensorang. 




Surau ada juga di luar. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk beriadah bersama kawan-kawan, family malah boleh juga jadi tempat kem motivasi. Bagi insaf sikit pada budak degil. hahaha...Kekurangan sini, tak ada line Umobile. Memang me-time untuk kau menenangkan fikiran. Kami sampai kira dah lewat, Sabtu petang mandi kejap je, malam dah siap-siap makan BBQ dekat dewan. Esok ahad kena check out sebelum pukul 12.00pm. So pagi Ahad tu kami bantai mandi sekali lagi. 

Airnya jernih, dan bersih, duduk berendam lama-lama memang best. Sejuk je air dekat sini. Malam-malam dengar bunyi cengkerik je. Siapa ada anak kecil bolehlah datang sini. Masa aku bercuti sini, nampak family ustaz Firdaus Yong pun ada sekali.


Uncle sini dah pesan, dilarang membawa makanan dari luar kecuali (Pizza, KFC makanan fast food). Nak keluar jauh, so kami terus ambil pakej BBQ and breakfast dekat sini sekali. Lepas magrib, kami bertiga keluar ke dewan makan, dah macam budak sekolah pun ada juga gayanya. Datang-datang je semua dah terhidang, tinggal bawa perut kosong untuk diisi je. Makanan yang disediakan di Sailor's Rest ini memang tiptop. Mengenyangkan dan puas hati.



Ada ikan bakar, ayam bakar, mee, nasi goreng, kambing dan macam-macam lagi. Konon lepas makan nak keluar, alih-alih masing-masing kekenyangan terus balik bilik. owner homestay ini ramah pula, suruh tambah lagi. Sampai dia yang cedokkan lauk ke pinggan. Kita pula naik malu. 

Keesokkan harinya, bangun awal breakfast, jalan sekitar homestay, mandi manda puas-puas, baru cabut balik KL. Tempat macam ini kalau pergi, phone campak tepi, enjoy the vacation. Baru rasa feel bercuti tu. Walhal, fikiran aku serabut pikir kerja 24 hours. 






Bila aku jumpa Wan ini sembang tak pernah habis. Ada je aku nak cerita, aku suka bercerita dengan orang dah rapat dengan aku and orang tu boleh masuk dengan aku je. Dia date pun aku sibuk follow sampai dia kawen dah. Tak lama lagi aku jadi aunt dah. Masa awal-awal Wan pindah aku rasa hilang kawan jugalah, mujur Oyah ada jadi peneman aku sekarang. hahaha..Dia jugalah setia mendengar aku membebel setiap kali balik kerja. 

Kawan rapat juga salah satu rezeki tau sebenarnya. Jadi belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebenarnya ada 1 lagi tempat menarik kami sempat kunjungi sebelum balik KL. Itu akan buat entry lain. Banyak pula aku spam gambar dekat sini.

Sebelum aku habiskan cerita trip di Janda Baik ini, aku nak share berapa kos untuk penginapan disini semalam untuk chalet kampung yang kami menginap.

Kampung Challet ini 1 malam : RM450 (tidak termasuk BBQ and breakfast)
BBQ: RM50 (seorang)
Breakfast: RM15 (seorang)

Total: RM645.00

*Nak booking boleh direct contact Encik Hashim: +60 12-360 9227

Bolehlah datang sini, kalau nak release tention, layan perasaan tenangkan fikiran. Banyak lagi challet area Janda Baik ini kalau ikutkan. Korang kena pandai survey. Sini bagi aku, dah cukup selesa untuk beriadah dengan family dan kawan-kawan. Makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.  

Thank you for reading!
Reading Time: