12:11 am
BY Azwar Syuhada
34 Comments
Assalamualaikum..
Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyarung pakaian sekolah walaupun kainnya hitam. Aku lebih selesa dipanggil form 6 daripada digelar Pra-U kerana bagi aku apabila disebut Pra-U aku terbayangkan umurnya sudah mencecah 20-an. Tapi kalau form 6 ini masih belasan tahun dan masih comel lagi. Lagi-lagi kalau pergi beraya masih dapat duit raya lagi. Orang belasan tahunlah katakan..
Sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dan ianya masih dalam bulan raya, jadi pihak sekolah iaitu sekolah panglima yang paling garang di Kuala Langat ini (sekolah warisanku) telah mengadakan 'Merdeka Raya'. Tetamu jemputan yang paling khas ialah bekas guru besar sekitar tahun 80-an (majikan atuk aku dulu tu). Beliau datang untuk memberi ucapan mengenai perjalanan hidup dia semasa dia berkhidmat di sekolah ini. Aktiviti lain ialah aktiviti makan-makan, minum-minum, lepak-lepak dan sebagainya. Setelah penat menyambut merdeka di sekolah, aku sambung hari merdeka di rumah akulah pula kerana ada beberapa orang kengkawan yang hendak berhari raya di rumah aku. Sepanjang hidup aku, keluarga aku memang tidak pernah mengamalkan jamuan untuk rumah terbuka tetapi kami memang telah terdidik dengan cara "rumah kami yang sentiasa terbuka dan mengalu-ngalukan kedatangan tetamu yang ingin datang (baik kawan mahupun saudara). Bagi orang yang tidak aku kenali sudah semestinya tidak tersenarai. Hidup ini perlulah berhati-hati dan berwaspada. Tambahan dalam zaman sekarang ini, entah mana kawan dan entah mana musuh. Seronok juga rasanya berkumpul dengan kengkawan ini.
Kami satu kumpulan dalam kertas kerja ilmiah Bahasa Melayu
Dalam keseronokan menyambut hari kemerdekaan, ada juga segelintir golongan yang sanggup mengibarkan bendera planet entah dari mana dengan perasaan penuh bangga. Seolah-olah mereka ini buta sejarah atau memang tidak tahu sejarah. Itulah orang kata, "BODOH TAK BOLEH DI AJOR, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT". Kesian!! Kesian! Kesian! Apa-apa pun, sempena hari kemerdekaan yang ke-56 dan bertemakan "MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" kita sebagai golongan muda haruslah muhasabah diri dan kenangkanlah susah payah nenek moyang kita sewaktu dahulu yang hendak memerdekakan negara. Jagalah agama, diri sendiri dan juga tanah air!!
Thank you for reading this entry!






