Azwar Syuhada: kesihatan
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Sayangilah telinga anda!
5:30 pm 8 Comments
Salam to all readers,

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai rutin aku setiap tahun. Tidak dibenarkan sama sekali membaca entry ini sambil makan, takut makanan tak dapat dihadam dengan baik. hahaha.. Jahat tak aku? Sebelum nak mulakan cerita ini, nak tanyalah pada engkorang semua pernah tak mengalami sakit telinga sampai satu tahap tak dapat dengar? Even, satu telinga tak dapat dengar rasa macam nak nangis tahu tak. Kerana aku dah terbiasa mengalaminya. Memandangkan harini ada cerita mengenai "sayangi telinga kita" di keratan akhbar, aku kongsikanlah pada engkorang sekali. Mana tahu, ada yang senasib dengan aku! 

google

Untuk pengetahuan korang semua, TELINGA merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga dengan baik kerana fungsinya yang banyak membantu salah satu deria kita dalam menjalani kehidupan yang baik. Senang cakap, susah nak hidup tanpa telinga kerana ia berfungsi untuk mendengar. Dan penjagaan telinga bukan sahaja setakat membersihkan, tetapi lebih daripada itu. Ini kerana bunyi yang kuat atau tekanan yang tinggi juga mampu merosakkan fungsi telinga. 

Adakalanya serangga seperti semut atau apa sahaja mampu memasuki rongga telinga dan ia sepatutnya dijaga dengan baik bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Kebiasaannya, rongga atau lorong dalam telinga akan menyimpan kotoran dan lilin. Manakala pada bahagian dalam pula terdapat gegendang telinga yang berfungsi untuk pendengaran. 

Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga teliga dengan sihat. Antaranya:

1) Kebiasaannya, ramai orang membersihkan telinga dengan putik kapas. Ia langkah yang tidak baik kerana putik kapas akan menolak kotoran jauh ke dalam telinga dan akhirnya mengeras serta membuatkan pendengaran kurang jelas.

2) Jika terpaksa, gunakan secara berhati-hati dan terbaik gunakan pengorek telinga bukan daripada kapas untuk membersihkan telinga. Ia akan membantu mengeluarkan kotoran tanpa menolak kotoran itu jauh ke dalam.

3) Jauhkan dari tempat yang bising dalam tempoh masa yang lama atau gunakan penutup telinga jika terpaksa. Pendedahan bunyi bising kuat ke atas telinga akan membuatkan seseorang itu mengalami masalah pendegaran.

4) Ketika makan, kunyah dengan baik bagi membantu telinga kita bergerak dan mengeluarkan kotoran yang berada di dalam telinga. Apabila kita sedang mengunyah, rahang atas dan bawah akan menggerakan telinga.

5) Kurangkan menggunakan fon telinga dengan terlalu lama untuk mendengar muzik, jika boleh gunakanlah dengan perlahan dan tidak terlalu kuat. Kita mampu mengawal apabila kita masih boleh mendengar orang berhampiran bercakap walaupun kita sedang mendengar muzik dengan fon telinga.

6) Kalau rasa tak dengar sangat, boleh cuba tips ini. Di mana korang kena tutup hidung dan tutp sekali telinga yang tak dengar itu lalu hembus nafas perlahan melalui telinga. Cuba banyak kali, insyallah menjadi. Kalau tak berkesan, selepas mandi titiskan sedikit air ke dalam telinga lalu tundukkan telinga suapaya airnya keluar. Kalau cara ini pun tak berkesan, sebaik-baik mungkin pergilah ke klinik nanti doktor bagi ubat titik dan juga tahan sakit. Datang lagi sekali, selang dua hari doktor akan bersihkan telinga korang sampai clear. Orang cakap jauh sebatu pun kau
 dah dengar. 

Ada segelintir orang cakap sakit telinga ni penyakit keturunan, agaknyalah sebab arwah nenek aku selalu telinga tak berapa nak dengar. Sejak aku form 6 lagi kalau tak silap akulah, telinga aku tak berapa nak dengar. Bila pergi klinik, doktor cakap "tahi telinga keras", tak pernah korek telinga ke? Kau rasa? hahaha... Tahun lepas, dalam 5 bulan sekali aku akan pergi klinik sebab telinga tak dengar. Sampai satu tahap tak dengar langsung, mulalah berfikir aku bakal pekak ke? Cuak gilaa.. Bila pergi check, tahi telinga keras. Arghhh.. stress aku, sampai sekarang aku tak berani bersihkan telinga menggunakan putik kapas. Gunakanlah pencungkil telinga serupa besi tu, bersih dan clear telinga. Akhir kata, sayangilah telinga anda!

Sumber: Utusan Malaysia

Reading Time:

Monday, 3 August 2015

Tips: Cara Mendapatkan Perut Kempis dengan Sihat
8:03 am 9 Comments
Salam to all readers,



Kalau kita lihat gambar artis angkatan P. Ramlee dan Saloma pasti ada yang tertanya-tanya apalah rahsia kerampingan badan mereka, kan? Tapi zaman sekarang, masing-masing rasa megah bila berbadan besar bahkan mereka boleh jadikan size badan sebagai modal cari makan. Hal ini, seperti menggalakkan lagi rakyat kita tergolong di kalangan obesiti. Adakah kita berasa bangga? Megah? Tepuk dada tanya selera. Untuk pengetahuan korang, menurut kajian untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sebanyak 80% adalah daripada makanan, manakala 20% daripada senaman. Ini menunjukkan bahawa makanan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh badan kita. Jadi, mulai sekarang marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan cuba elakkan empat jenis makanan bawah ini yang boleh menyebabkan perut buncit. Selamat mengempis perut! 

Antara tips untuk mendapatkan perut kempis dengan cara yang sihat;

1) Pemanis buah
Perlu ELAKKAN mengambil pemanis buatan yang biasanya terdapat pada makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. Namun, penggunaannya semakin meluas dalam industri makanan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan gula biasa. Jika korang masih ingin menggunakan pemanis buatan, pastikan mengambilnya dalam kuantiti yang sangat kecil.

2) Sayuran bergas
WALAUPUN sayur merupakan makanan yang penting terutama untuk menguruskan badan, namun terdapat beberapa sayur-sayuran yang mempunyai gas. Contohnya brokoli, kubis, kailan dan lain-lain lagi. Walaupun begitu sayuran jenis ini tetap mempunyai zat besi seperti yang diperlukan oleh badan. Sebaik-baiknya ambil sayuran ini dalam jumlah yang kecil sahaja bagi mengelakkan masalah perut kembung.

3) Makanan awet
Makanan-makanan ringan seperti keropok, kentang, makanan dalam tin dan sebagainya merupakan makanan awet yang mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan sekitar kawasan tubuh yang lain. Cuba elakkan pengambilan makanan sebegini demi memastikan perut kekal kempis.

4) Minuman berkarbonat
MINUMAN berkarbonat atau minuman bergas tidak sepatutnya wujud kerana ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, selain mengandungi gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut seterusnya akan menyebabkan perut kembung dan membesar. Sebaik-baiknya minum air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menyingkirkan segala toksik yang ada dalam badan.

Reading Time:

Saturday, 17 January 2015

Beauty Review: BEAUTYOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula
9:00 am 17 Comments
Salam to all readers,


google

google

google
Olla! Sihat semua? Hope semua sihat sejahtera. Buat pertama kali, aku kehabisan idea untuk menaip. Tapi kugagahkan jua untuk perah otak mencari idea mengupdate blog. Pernah dengar tentang Beautyoat? Rasanya dah ramai yang tahu akan kewujudan produk BeautyOat ini. Sana sini orang memberikan feedback yang positif. Jadi, aku pun taknaklah ketinggalan untuk mencubanya. Apa yang menarik mengenai BeautyOat ini adalah kerana ia mengandungi 4 kandungan istimewa.

4 kandungan istimewa dalam Beautyoat;
  • OATS - Oats ialah bijirin yang mengandungi serat laut dikenali "beta glucan" yang terbukti merendahkan tahap kolestrol mereka yang mengamalkan pemakanannya.
  • MARIN KOLAGEN - Kolagen marin ikan merupakan sumber kolagen terbaik. Ia mampu menganjalkan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan.
  • SAKURA - Sakura lebih dikenali dengan nama "Cherry Blossom". Selain keharumannya, ianya berkhasiat untuk menjadikan kulit lebih cerah dan mencegah radikal bebas.
  • BUAH DELIMA - Delima dianggap sebagai "superfood" kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Ia melancarkan peredaran darah dalam badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung.
Dengan adanya kandungan istimewa ini dalam Beautyoat, secara tidak langsung membantu

Memperbaiki Ketegasan, Keanjalan dan Tona Kulit

Mengurangkan Kolesterol, Garis Halus, Pigmentasi, dan Liang Roma

Meningkatkan Sistem Imunisasi, Tekstur Kulit, Tisu Kulit dan Tenaga

Mencegah Penyakit Jantung dan berat berlebihan

Sebenarnya product BeautyOut ini dah lama dapat, tapi baru sekarang berkesempatan untuk mencubanya. Thank you Jane kerana memberi peluang kepada Azwar untuk mencubanya. Bila buka parcel terus jatuh cinta dengan BeautyOut ini kerana packagingnya cantik sangat. Tengok? Belum cuba lagi dah jatuh cinta inikan pula bila meminumnya.

Untuk pengetahuan anda semua, BeautyOat ini diformulasikan dari Korea. Bila sebut korea sahaja, pasti semua orang buka mata besar-besar nak tahu apa kebenda BeautyOat ni kan? BeautyOat ini sejenis oat, ia lebih kurang macam QuakerOat jika nak dibandingkan dengan Nestum. Tapi banyak kebaikan yang kita boleh peroleh jika mengamalkan BeautyOat dalam kehidupan seharian. Jadi, bagi yang nak muka glowing seperti artis korea bolehlah cuba BeautyOat Collagen Plus + Oat Drink Formula ini.

Secawan BeautyOat merupakan cara yang baik untuk memulakan hari anda di waktu pagi dan sebelum tidur. Ia dapat mengembalikan keremajaan kulit, dan memberi kesan terhadap kulit muka dan badan. See? Bukan hanya mampu mencantikkan kulit muka, kecantikan dalaman turut dilancarkan.

google
Cara penyediaannya pun cukup mudah, hanya koyakkan 1 sachet beautyoat lalu masukkan ia ke dalam cawan. Kemudian, tuangkan 180ml air suam. Kacau sehingga rata dan minum! (Jangan campur dengan air panas!). Mudah kan? Jangan letak terlalu banyak air nanti rasa tak berapa sedap. =D

Perubahan yang dapat dilihat setelah mengamalkan BeautyOat?

Kebiasaannya, waktu pagi Azwar akan bersarapan roti sapu planta, nasi lemak, ataupun roti canai. Jarang makan Nestum mahupun Oat, kalau dibeli barulah makan. Nama pun duduk dirumah, ada mak dekat rumah, jadi hari-hari mak masak sarapan pagi. Kita suap sahajalah. Jadi, bila dah ada BeautyOat ini, Azwar tukar rutin harian waktu pagi dengan bersarapankan BeautyOat Collagen Plus + Oat Drink Formula. Boleh dikatakan Azwar rasa beruntung dapat mencubanya kerana rasanya sangat best! Menepati citarasa Azwar sendiri. Bagi sesiapa yang suka minum susu, apa kata korang cuba BeautyOat ini kerana ia rasa seperti minum susu DutchLady. Sangat mengenyangkan! Kalau dulu tak berapa jam dah masuk dapur cari makanan yang boleh dimakan. Now, sejak mengamalkan BeautyOat ini, selera makan pun kurang. Kalau kita minum BeautyOat ini waktu pagi, boleh dikatakan perut ini boleh tahan sampai petang. Kadang-kadang, makan malam pun kita dapat skip.

Sejak mengamalkan BeautyOat ini dalam kehidupan seharian iaitu waktu pagi dan sebelum tidur, ia juga mampu memberi Azwar tenaga. Bila bangun tidur sahaja, rasa terus bertenaga nak buat kerja. Bila masuk tengahari sahaja, mata ini tak rasa mengantuk langsung jika nak dibandingkan dulu bila masuk tengahari sahaja mata rasa berat (rasa nak tidur sahaja). Sekarang rileks bila masuk tengahari, malah makin bertenaga sampai waktu petang. Tak ngantuk langsung, tapi malam kenalah tidur (walau apa pun tidur mesti cukup tau). Lagi-lagi, gambar dekat atas bersama produk BeautyOat tu ada jerawat besar gila dekat pipi, masuk hari kelima minum BeautyOat jerawat tersebut makin pemalu kemudian terus lenyap hari demi hari. Cewahh, ayat aku memang tak boleh bla..

Apa-apa pun, BeautyOat ini memang bagus untuk diamalkan. Bukan sahaja baik untuk kulit malahan baik untuk kesihatan. Jadi apa tunggu lagi jom sihat bersama BeautyOat!

Seandainya engkorang berminat untuk mendapatkan BeautyOat (Collagen Plus + Oat Drink Formula) ini bolehlah berhubung di sini;

Address: 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras Selangor.
Hotline: 012-2444014 / 012-2444041 / 03-91002265
Email: Babeskin365@gmail.com
Instagram: BeautyOatOfficial
Website: BeautyOat
Reading Time: