Azwar Syuhada: jaket
Showing posts with label jaket. Show all posts
Showing posts with label jaket. Show all posts

Wednesday, 4 November 2015

Jenis-jenis jaket lelaki yang tampak bergaya
9:41 pm 16 Comments
Salam to all readers,

Guyss!! How are you today? Hopefully uall, semua sihat. Kali ini, aku nak share something dengan engkorang semua. Entry ini khas buat kaum adam yang maskulin. hehehe... Tak payah nak maskulin sangatlah, yang maintain menjaga keterampilan diri juga amat dialu-alukan membaca.

Outerwear sememangnya sejenis pakaian yang banyak membantu dalam menyerlahkan lagi penampilan seseorang individu itu. Baik lelaki mahupun wanita, outerwear dipakai untuk beberapa tujuan seperti;
  • -          Ketika cuaca sejuk
  • -          Aksesori
  • -          Untuk menutupi pakaian bahagian dalam



Jika wanita gemar memakai cardigan sebagai outerwear pilihan mereka, rata-rata lelaki pula bersetuju bahawa koleksi jaket lelaki merupakan jenis outerwear yang paling mereka gemari. Terdapat beberapa jenis jaket lelaki yang boleh anda temui di pasaran dan berikut merupakan 4 jaket lelaki yang paling popular dan sering menjadi pilihan utama;

Denim Jacket

Denim jacket adalah jenis jaket yang diperbuat daripada fabrik denim dan boleh digayakan dengan t-shirt kegemaran anda. Jenis jaket ini hanya sesuai digayakan dengan jeans bersama padanan koleksi boots.

Bomber Jacket

Bagi bomber jacket pula, ia boleh dipadankan dengan apa jua jenis seluar kegemaran anda. Ia memberikan gaya yang lebih santai dan bersahaja. 



Leather Jacket

Seterusnya adalah koleksi leather jacket atau jaket kulit yang tentu sekali diperbuat daripada material kulit. Ia sesuai digayakan oleh anda yang ingin tampil ranggi dengan padanan jeans dan boots. Namun, elakkan memakai jaket ini apabila cuaca yang panas kerana material kulit adalah tebal dan  tidak menyerap peluh.

Hoodie Jacket

Dan pilihan ke empat adalah hoodie jacket dimana ia merupakan jenis jaket yang paling sesuai untuk dipakai bagi aktiviti kasual. Ia juga merupakan pilihan terbaik ketika cuaca sejuk

p/s: Apa tunggu lagi, jom dapatkannya dengan segera!!

This is sponsored post!
Reading Time: