Azwar Syuhada: AEON
Showing posts with label AEON. Show all posts
Showing posts with label AEON. Show all posts

Sunday, 2 October 2022

Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali
12:03 am0 Comments

Salam to all my readers,

Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali


| Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali | Kalau dilihat sejak kita semua kembali kehidupan sedia kala dengan norma baharu, ramai juga yang dah mula plan semula untuk melancarkan majlis persandingan, ada yang buat majlis siap dukung anak, setelah 2 tahun pkp. So cute weyhh!! Bukan senang nak sanding sekali kendung anak waktu perarakan. Aku ada juga kenalan yang sanding sesudah pkp 2 tahun. Tahniah buat mereka yang telah mendirikan rumahtangga. 


Harini aku berkesempatan menghadiri pameran perkahwinan "Permaisuri Sehari". Menyedari peningkatan permintaan dari ramai pelanggan sempena musim perkahwinan ini, AEON CO (M) Bhd  (AEON) melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan "Permaisuri Sehari". Pameran perkahwinan "Permaisuri Sehari" ini sedikit sebanyak membuka ruang orang ramai yang ingin melansungkan perkahwinan mendapatkan busana pengantin dengan lebih mudah dan mampu milik. Aku pula memang suka tengok busana pengantin cantik-cantik, terus rasa nak kawenn. 



Majlis pelancaran pameran "Pemaisuri Sehari" ini berlangsung di AEON  Mall Alpha Angel, Wangsa Maju. Di bawah label Puteri, bakal pengantin atau bridesmaid boleh mendapatkan busana pengantin RTW (Ready-to-Wear) dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. Pelanggan boleh mengunjungi lapan (8) AEON terpilih yang menawarkan koleksi busana pengantin ini iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.


Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, “AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.”

Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali
Inilah antara busana pengantin dari Shashas Designer


Selain busana pengantin PUTERI AEON RTW (Ready-to-Wear), pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” turut disertai oleh Shashas Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.


Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali

Koleksi busana pengantin dari PUTERI

Aini Sophie memperagakan busana pengantin dari Puteri


Kesemua jenama lain yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang turut diperagakan oleh Aini Sophie, pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019.



AEON Malaysia juga mengadakan Peraduan “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial yang menjemput bakal pengantin untuk memenangi sepasang busana perkahwinan di samping menggalak kesedaran dan keterujaan terhadap koleksi baharu ini.


Melalui peraduan ini, tiga (3) pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk memenangi busana pengantin dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.


Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag @aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.


Pada aku inisiatif AEON Malaysia melancarkan koleksi busana pengantin sedia ada ini cukup bagus dan sangat membantu buat bakal pengantin mendapatkan busana yang cantik dengan harga yang berpatutan. Boleh dikatakan kesemua koleksi yang ditawarkan cukup menarik baik dari segi design, material dan terlalu berat. Lagi simple lagi cantik pada aku, dan boleh pakai lama bukan semata-mata pakai waktu kawen je. 



Ini antara koleksi busana pengantin yang korang boleh dapatkan. Tambah busana pengantin dekat sini korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM100-RM300 pula tu. Kalau ikutkan luar lagi mahal, ikutkan sewa busana pengantin pun boleh dikatakan lagi mahal dari harga busana yang ditawarkan dekat AEON. Lagi aku suka sebab, outlet AEON ini banyak tempat, boleh dikatakan semua negeri ada, justeru korang boleh walk in je mana-mana tempat untuk dapatkan busana pengantin idaman korang.


Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali

Jadi, buat bakal pengantin dan pelanggan yang mahukan inspirasi dan mendapatkan busana perkahwinan boleh ajak pasangan korang kunjungi AEON Alpha Angle, atau AEON terpilih untuk melihat sendiri koleksi busana pengantin RTW AEON ini.


Thank you for reading!

Reading Time:

Thursday, 1 September 2022

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65
8:30 am1 Comments

 Salam to all my readers,



Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

| Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65 | Selamat Hari Merdeka buat semua, harini timeline media sosial aku dibanjiri dengan status kemerdekaan. Setiap negeri tidak terkecuali untuk menyambutnya dengan meriah. Tahniah buat semua rakyat Malaysia yang masih kekal bersemangat patriotik. Dulu arwah atuk aku masih hidup, bila bulan depan dah masuk Ogos (bulan kemerdekaan), bulan sebelumnya dia dah pacak bendera depan rumah. Sejak ketiadaan dia, mak akulah ambil alih pacak bendera tiap tahun, pacak depan rumah 2 minggu awal. 


Aku pun tidak terkecuali juga, kali ini aku berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan dengan bertemakan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia. Bila aku dapat tahu sahaja AEON Mall Nilai ada mengadakan sambutan kemerdekaan, terus aku berkobar nak ke sana. Tambah, aku memang peminat setiap membeli belah di cawangan AEON Mall. Aku suka sangat konsep AEON Mall bawa kalini, sedikit sebanyak program yang dijalankan pada harini dengan bertemakan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia dapat meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. 


Acara bermula sekitar jam 12.20pm sehingga jam 2.00pm untuk belah tengahari. Belah malam pun ada aktiviti juga. Aku hadiri yang belah tengahari jam 12.20pm, dimana aku berpeluang menyaksikan sendiri orang ramai dalam AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan berhenti seketika untuk menyanyikan lagu Negaraku. Salute dengan warga Malaysia, even kita ada sengketa, dikala menyanyi lagu Negaraku kita masih ada sifat menghormati. Tahniah buat semua. Bagi aku Merdeka bererti kita bebas dari jajahan, merdekakan minda, jiwa, hati, penindasan dan paling penting merdeka diri dari sikap hasad dengki.


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Turut hadir menyerikan program pada hari ini ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA;  Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON. Apabila masing-masing dah tiba sekitar jam 12.20pm, mereka turut serta bersama Kandora untuk melakukan Aktiviti Drum dengan pelbagai rentak dan irama. 


Budak kecil tidak terkecuali okay, masing-masing excited turun padang untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai.

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

Buat julung kalinya AEON Malaysia bergabung bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) mengadakan upacara nyanyian lagu Negaraku dan Bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seluruh negara hari ini. Hal ini, secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan tanah air. Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat.


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ialah kerjasama AEON bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65



Selesai sahaja upacara nyanyian lagu Negaraku & bacaan Rukun Negara, aktiviti seterusnya adalah pengagihan kuih Bakar kepada semua pelanggan AEON. Bestkan aktiviti AEON? Macam-macam dapat, jadi kalau anda tak berkesempatan pergi tengahari tadi, boleh je datang belah malam. Banyak aktiviti & promosi menarik yang AEON Mall tawarkan. 


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Untuk pengetahuan semua, pada tahun lepas juga AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod "Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak". Syabas buat AEON, kerana mengekalkan elemen-elemen patriotik pada semua pekerjanya. 




Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Sebaik sahaja, aktiviti dalam mall habis, kami berangkat ke luar pula tengok acara perarakan motor-motor besar.  Ada juga booth jualan makanan dan servis ditawarkan di area parking kereta AEON Mall Nilai ini. Tidak ketinggalan acara dan aktiviti lain yang menarik seperti demonstrasi memasak, meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi ada di sini.

Jadi, buat penduduk warga Nilai dan sekitar dengannya, jangan lepaskan peluang keemasan ini berkunjung ke AEON Mall Nilai, Negeri Sembila bagi memeriahkan lagi sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini. Pelbagai promosi menarik menanti anda.

Semoga, aktiviti seperti ini akan kekal berpanjangan untuk tahun berikutnya. Tahniah sekali lagi AEON Mall Malaysia!


#AEONMerdeka #KitaMerdeka #KamiAnakMalaysia #AEONRetailMalaysia


Reading Time: