| 21 April 2026, Kuala Lumpur | Hari ini aku rasa bangga sangat bila tengok satu lagi anak Malaysia melangkah jauh ke pentas dunia. Dalam satu sidang media yang diadakan, penyanyi berbakat JessC berkongsi tentang perjalanan dan kejayaan terbarunya yang semakin mendapat tempat di hati peminat antarabangsa.
Apa yang menarik perhatian aku, karya JessC bukan sekadar lagu biasa — dia tampil dengan pendekatan pelbagai bahasa yang akhirnya berjaya menembusi pasaran global. Bayangkan, lagu-lagu dia kini dimainkan di negara seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia. Malah, ada juga yang berjaya masuk carta radio di China dan Indonesia. Secara tak langsung, ini memang bukti kuat bahawa muzik dari Malaysia juga mampu berdiri sebaris di peringkat dunia.
Lebih membanggakan, platform muzik antarabangsa seperti Rolling Stone (Australia & UK) turut menamakan JessC sebagai “New Artists to Watch”. Bukan calang-calang pengiktirafan tu. Dalam masa yang sama, dia juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti di InterContinental Music Awards (ICMA) dan LIT Music Awards. Antara yang mencuri perhatian termasuk “Best Asian Pop” untuk lagu My Style, serta anugerah Platinum “Best World Music” untuk beberapa lagu lain seperti Expose dan Mari Menari Raya.
Bila dengar JessC sendiri berkongsi, dia pun tak sangka karya dalam tiga bahasa boleh diterima sejauh ini. Tapi itulah indahnya muzik — bila ikhlas, ia boleh tembus semua batas bahasa dan budaya.
Satu lagi yang aku suka, bila dia cerita tentang kolaborasi bersama Dato’ AC Mizal. Lagu Raya mereka bukan saja popular di sini, tapi turut sampai ke pasaran antarabangsa termasuk UAE, UK dan Amerika Selatan. Malah, video Satu Suara Raya pun berjaya masuk festival filem pendek di Jepun. Rasa macam budaya kita pun ikut ‘terbang’ sama ke luar negara.
Dalam kesibukan sebagai artis, rupanya JessC juga sangat aktif dalam sukan. Dia pernah menang banyak pingat dalam wushu dan pingpong di peringkat antarabangsa. Dari situ kita boleh nampak betapa disiplin dan gaya hidup sihat memainkan peranan besar dalam kejayaan dia hari ini.
Apa yang paling aku tersentuh, bila JessC cakap dia memang minat lagu-lagu Raya Malaysia dan ada impian untuk bawa elemen budaya ini ke seluruh dunia. Simple, tapi besar maknanya — memperkenalkan Malaysia melalui muzik.
Akhir kata, dia tak lupa ucap terima kasih kepada pasukan, peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong. Dan sebagai pendengar, aku harap perjalanan dia akan terus berkembang dan memberi inspirasi. Kadang-kadang, kejayaan seseorang itu bukan sekadar tentang diri dia — tapi juga tentang bagaimana dia membawa nama negara bersama.
Thank you for reading!
.jpeg)


.jpeg)







No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!