Salam to all readers,
| Trip ke Setiu Wetlands, Terengganu [3H2M] bersama Vacayzen [Part 1] | Korang percaya tak, aku umur sekarang baru dapat jejak Terengganu. Ia akhir bulan 7, aku berjaya meneroka Setiu Wetlands dengan mengikut travel agent dari Vacayzen. Aku ajak Zaza sekali bagi meraikan aku resign. Ia I need vacation after resign. hahaha.. Punya semangat plan nak pergi Dabong awalnya, alih-alih jumpa pakej pergi ke Setiu Wetlands tak sampai RM500 seorang, teruslah grab. Trip ini adalah trip untuk 3 hari 2 malam bermula dari 27-29 July 2024. Sumpahh aku cakap, aku seronok and enjoy every moment.
Sebab aku tak ada tempat nak meluahkan detik-detik keseronokan ini, aku share dalam blog. Kot-kot next time korang nak plan ke sini. Aku disclaimer siap-siap ya, this trip bukan sponsorship, aku cari sendiri dan bayar dan enjoy the trip. Setiu ini senang cerita ia kawasan kampung yang cukup menenangkan, jauh dari bandar, jauh dari kesibukan ibu kota. Kalau korang takde kampung nak merasa sendiri suasana kampung, aku suggest korang datang sini. Sebabkan aku banyak masa terluang sambil survey kerja baru, aku ingin dedikasi travelog Setiu Wetlands Terengganu aku dalam blog.
27/8/2024 - Berkumpul di Terminal Bas Selatan seawal jam 8.00am
Btw, aku gerak sekali dengan travel agency yang aku pergi ini. Ikutkan jumpa dekat Setiu, tapi kami dua ni malas nak naik bas. Saje tanya kot-kot boleh tumpang kalau dari KL, alhamdulillah kebetulan dorang pun dari KL juga, dapatlah bergerak sekali, just tambah RM90 per head untuk duit minyak dan kudrat orang yang drive. hehe..
Perjalanan KL ke Setiu Wetlands, Terengganu mengambil masa lebih kurang 5 jam jugalah. Sempat jugalah aku buat tahu mata dekat dalam kereta. Pantang masuk kereta tahunya nak lelap sahaja. hehe.. Jalan tak berapa nak jem sangat pada hari kiteorang gerak tu. Kami berhenti makan tengahari area Terengganu. Lepas makan kami pergi ke bengkel kereta, tetiba no plat kereta tercabut 1 huruf, teruslah pergi tampal. Kang tak memasal kena tahan pula.
Kami sampai ke Setiu Terengganu sekitar jam 2.00pm petang macam tu. Terus check in homestay, berehat lepas solat Asar baru bergerak ke rumah Tok. Nak tahu apa aktiviti kiteorang buat dekat rumah tok tak? Scroll la sampai habis.
1) Belajar Membuat Satar dengan Mak Ngah &Amira
2) Layan Wayang Kulit di Pantai Penarikan
lama juga mukadimah nak masuk jalan cerita. Masing-masing muka dah mengantuk, penat jalan jauh. Sudahnya kiteorang berangkat pulang awal sikit sebelum wayang kulit berakhir. Aku pun tak berapa faham apa yang dikeceknya, bahasa Terengganu pior orang kata. heheh..
Esoknya, kami kena bangun awal, ada aktiviti outdoor yang kami kena redah. Nak tahu apa dia? Nantikan part 2.
Thank you for reading guys!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!