Kedai Baik Pulih Phone Murah di Sri Serdang - Gila Gadgets - Azwar Syuhada

Sunday 19 November 2023

Kedai Baik Pulih Phone Murah di Sri Serdang - Gila Gadgets

 Salam to all readers,


| Kedai Baik Pulih Phone Murah di Sri Serdang - Gila Gadgets | Telefon kalau tiada line internet sudah mengharukan inikan pula kalau telefon rosak. Telefon ini dah menjadi satu gadget untuk kita menghubungi keluarga, cari info, simpan data dan berinteraksi dengan orang di pelusuk dunia. Pendek cerita, telefon ini merupakan bestfriends jugalah kalau boleh tak mahu berenggang. Kalau rosak janganlah lekas decide pergi beli baru, sedangkan korang boleh je pergi hantar repair. Jadi, buat mereka yang tengah tercari-cari kedai repair telefon di sekitar Serdang mahupun Seri Kembangan bolehlah kunjungi Gila Gadgets yang teletak di Taman Sri Serdang. 


Ini pun kawan aku yang rekomen tempat ini, tak perlu diragui kerana orang yang repair telefon dekat sini cukup berpengalaman. Sekarang nak pergi Serdang senang, MRT pun dah ada, jadi takde isu jauh disebabkan public transport. 




Siapa pergi naik kereta, korang boleh Waze sahaja: Gila Gadgets Sri Serdang, ia betul-betul berhadapan dengan Medan Selera Taman Sri Serdang dan juga berdekatan dengan padang. Aku memang dah lama nak aim pergi kedai repair telefon, sebab nak minta tolong tengokkan phone aku yang ada masalah bateri. Bila kawan rekomen Gila Gadgets ini murah dan juga tukang repair berpengalaman jadinya aku tak was-was la nak pergi. Gila Gadget ini merupakan perniagaan Bumiputera yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun. Jadi tak perlu rasa was-was nak hantar baik pulih telefon, gadget, mahupun repair laptop korang, yang sudah semestinya staff nya adalah dikalangan orang terlatih dan berpengalaman.


Baik Pulih Telefon Secara (Face to Face)


Menariknya, di Gila Gadgets ini mereka melakukan baik pulih di hadapan customer sendiri. Jadi, korang boleh nampak sendiri akan ketelusan staff Gila Gadgets membaik pulih telefon dengan secara teliti. Mesti ada yang tertanya-tanya berapa jam, mahupun berapa hari boleh siap dari baiki kan? Sekiranya, kerosakan itu pada bahagian minor dan alat gantian itu sedia ada dikedai, ianya mengambil masa dalam 30 minit untuk diperbaiki. Akan tetapi kalau masalah gadget korang tu pada bahagian major, nak taknak kenalah tinggalkan untuk beberapa hari untuk dibaiki.





Antara servis yang ditawarkan di Gila Gadgets, Sri Serdang

  • Baik pulih komputer, dengan menetapkan setting dan pemasangan
  • Membaiki port pengecasan telefon 
  • Data recovery
  • Mengantikan screen telefon yang retak mahupun pecah 
  • Hapuskan virus, Spyware &Ransomware yang menggangu peranti
  • Membaiki Microsoft Windows PC, Apple, iMac, Macbook

Pemeriksaan secara PERCUMA



Aku akui ramai yang ambil jalan pintas dengan membeli telefon baru disebabkan beranggapan membaiki telefon kos lagi tinggi berbanding beli baru. Dan ada juga yang berkira-kira untuk pergi ke kedai telefon untuk repair sebab takut tak cukup budget. Jangan risau, di Gila Gadgets ini korang boleh melakukan pemeriksaan telefon/gadget yang rosak tersebut kepada staff mereka secara PERCUMA sahaja. Setelah melakukan pemeriksaan, mereka akan memaklumkan semula kos untuk baik pulih. Jadi, korang boleh pilih untuk meneruskan untuk baiki ataupun datang pada lain hari (jika mempunyai modal yang mencukupi)




Alat Gantian yang Original

Alat peranti yang digunakan oleh Gila Gadgets dalam membaik pulih telefon mahupun laptop adalah alat gantian yang berkualiti tinggi dan original. Ini bagi memastikan supaya peranti tersebut boleh berfungsi dengan baik. Takdelah rosak banyak kali. Bukan smartphone sahaja, malah iPhone turut boleh dibaiki di Gila Gadgets, jangan rasa was-was lagi nak hantar untuk baiki telefon disini. Kerana dorang memang guna alat gantian yang original sahaja bukan copy ori.


Pelbagai Aksesori Telefon Murah Ada di sini!


Selain baik pulih telefon, Gila Gadgets turut menawarkan aksesori telefon pintar dan juga gadget yang lain dengan harga yang berpatutan! Antara aksesori yang ada disini adalah seperti casing, tempered glass, wayar USB, powerbank, kipas, speakers, headphones, speaker dan banyak lagi. Rambang mata jugalah pusing dalam Gila Gadgets ini, pendek cerita macam-macam ada. Harga memang jauh lebih murah berbanding pasaran kedai telefon yang lain. 







Gila Gadgets turut mempunyai cawangan lain iaitu di:

  • Gila Gadgets Hulu Langat
  • Gila Gadgets Taman Permata
  • Gila Gadgets Shah Alam
  • Gila Gadgets Senawang
  • Gila Gadgets Sri Serdang
Boleh kunjungi Gila Gadgets yang berdekatan dengan korang sekiranya nak betulkan telefon mahupun beli aksesori.






GILA GADGET SRI SERDANG

Alamat: No 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00am-9.00pm)
Contact no: 013-650 0531




Instagram: https://www.instagram.com/gila_gadgets
Facebook: https://www.facebook.com/repairphoneserdang
TikTok: https://www.tiktok.com/@gilagadgets



Jadi buat mereka yang duduk sekitar Serdang, Seri Kembangan, Bangi atau berdekatan yang ada masalah telefon bolehlah kunjungi Gila Gadgets Sri Serdang ini. Yang pasti puas hati tambah harga servis yang berpatutan. Next time, aku nak hantar servis laptop pula ke sini!


Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang tengah survey tempat baik pulih telefon atau laptop!
















No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!