Shining Like A Star: Anna Jobling Eksplorasi Smartphone Vivo V29 5G Aura Light 2.0 - Azwar Syuhada

Thursday 5 October 2023

Shining Like A Star: Anna Jobling Eksplorasi Smartphone Vivo V29 5G Aura Light 2.0

 Salam to all readers,


| Shining Like A Star: Anna Jobling Eksplorasi Smartphone Vivo V29 5G Aura Light 2.0 | Vivo melancarkan satu lagi edisi terbaru iaitu Vivo V29 5G Aura Light 2.0. Bersempenana dengan pengenalan edisi terbaru iaitu vivo V29 5G, vivo Malaysia telah mengadakan kempen menarik iaitu "Shining Like A Star". Ini selaras dengan tujuan utama mereka bagi memperkenalkan ciri potret aura inovatif 2.0 bagi membolehkan pengguna merakan potret ala-ala selebriti. Selain itu, pendekatan terkini vivo turut menggabungkan teknologi dan juga fesyen.


Seru Orang Ramai untuk Sertai Kempen "Shining Like A Star"

Kempen ini turut menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk kekal bersinar seperti pelangi, sejajar dengan visi vivo untuk menggabungkan tekologi dan juga fesyen.

Bermula 2 Oct- 8 Oct 2023, vivo Malaysia turut mengundang rakyat Malaysia untuk sertai acara "Shining Like A Star" yang akan berlangusng di perkarangan menarik iaitu di:

  • Johor Mid Valley Southkey Mall
  • Gurney Plaza Penang
  • Sunway Pyramid Mall, Kuala Lumpur

Cabaran di TikTok Platform "Shining Like A Star" vivo V29 5G

Rakyat Malaysia turut diberi peluang untuk merasai keuninkan smartphone ini, dengan menyertai cabaran di TikTok. Ikuti 2 langkah mudah di bawah untuk sertai cabaran  vivo V29 5G.

  1. Peserta harus merakam detik-detik yang menggambarkan anda bersinar seperti bintang tanpa mengira latar belakang anda.
  2. Kemudian, muat naik video tersebut di TikTok dengan hashtaf #V295GShiningLikeAStar dari 2 Oct hingga 8 Oct 2023 untuk peluang mendapatkan tempat dalam Majalah Grazia, Malaysia.


Keunikan Ciri Aura Light 2.0 Buat Anna Jobling Terpegun!


Anna Jobling turut turun bagi menyerikan lagi acara "Shining Like A Star" di Sunway Pyramid, pada 2 Oct lalu dan kehadiran beliau turun menarik perhatian orang ramai.

Anna Jobling turut menyeru semua orang untuk sertai Roadshow "Shing Like A Star" yang berlangsung pada 2 Oct - 8 Oct. Beliau turut mengajak semua orang untuk bergambar dan bergaya seperti "bintang" di photobooth Majalah Grazia.

Beliau turut berkongsi tentang kehebatan ciri Aura Light 2.0 yang membolehkan pengguna merakam potret yang sangat luar biasa walaupun dalam keadaaan cahaya yang malam. Rekaan vivo V29 5G ini diilhamkan oleh 'Starry Purple' yang memberi maksud keindahan bintang-bintang di langit malam. Ini menguatkan lagi mesej yang ingin disampaikan bahawa vivo V29 5G memberikan kepada semua orang supaya kekal bersinar seperti bintang.





Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini vivo, boleh ikuti laman rasmi Facebook vivo & TikTok vivo.


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!