Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran! - Azwar Syuhada

Monday 1 May 2023

Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran!

 Salam to all readers,


| Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran! | Finally aku ada masa nak share info ini dengar korang, even aku akui mesti ada yang dah tahu info ini. Jujur aku cakap pakaian aku terlampau banyak baik dekat rumah sewa, dan juga dikampung. Macam mana boleh bertimbun? Mesti korang curious macam mana baju aku terlampau banyak, sedangkan aku shopping boleh dibilang dengan jari. Aku banyak baju atas ikhsan orang, rezekilah badan sama size dengan moksu dan juga kak saudara. Baju deme memang lawa-lawa, ada juga baju aku tak muat, aku simpan dulu, kononnya nescahya Allah kuruskan badan akan datang bolehlah pakai.


Aku nak membeli baju grand, mahal-mahal ini pikir 10 kali. So bila orang bagi, aku betul-betul hargai dan pakai sebaik-baiknya gitu. Dapat barang banyak, lepas tu barang sedia ada tak pernah keluar, mak aku dah start bising, kemaskan baju mana kau taknak pergi let go. Even aku dah kemas, baju aku still rasa banyak. Kadang-kadang tak terpakai pun ada. So, ini kali aku betul-betul dah clearkan almari dekat kampung, memandangkan aku tukar almari. Dulu aku rajin bagi jiran belakang, now jiran tu pun aku jarang jumpa, alih-alih aku decide recycle je baju yang elok-elok dekat H&M outlet.


Kalau aku rajin, aku drop dekat tong recycle di KSL,  RECYCLE BAJU TERPAKAI DI KSL Now, aku decide beralih arah untuk recycle di outlet H&M. Kalau korang recycle baju di H&M korang akan dapat redeem 15% shopping voucher. Bagi aku worthy la, kau recycle baju lepas tu dapat 15% voucher, lepas tu boleh shopping barang baru pula. hehe..Kan bijak.

Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran!


Baju Apa Je Boleh Recycle di H&M?

Untuk pengetahuan korang, semua jenis pakaian tidak mengira jenama ataupun yang tiada jenama, korang boleh hantar dekat outlet H&M. Semua outlet korang boleh datang walk-in. Caranya mudah sahaja;

1) Korang pack elok-elok baju dalam paper bag, tapi makesure baju yang korang recycle tu dalam keadaan eloklah. (Janganlah bagi yang dah koyak rabak)

2) Boleh pack baju kurung, seluar, baju, apa-apa jenis pakaian untuk di recycle (yang tidak berjenama atau brand lain selain H&M pun boleh).

3) Dah pack elok-elok boleh terus datang ke kaunter bayaran, ada setengah kaunter dia ada letak kotak recycle dekat belah hujung sekali. Ataupun boleh je tanya mana-mana staff dekat H&M, cakap korang nak recycle baju. 

4) 1 bag recycle boleh redeem 1 voucher 15%, kalau bawa dua beg dapatlah 2 voucher. Dulu dia bagi kad voucher. Now, setiap kali korang datang korang boleh scan je QR code dia bagi dalam apps H&M so nanti voucher code tu akan reflect dekat account kita.

Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran!



Recycle Baju di H&M & Dapat 15% Voucher Sebagai Pertukaran!

Ini 15% voucher terbaru, aku redeem menerusi scan QR code dia bagi. Lepas recycle, dia akan bagi QR code so korang scan menggunakan apps H&M, so boleh enjoy 15% off.


Mudah je! Apa tunggu lagi, jomlah recycle baju di outlet H&M. Kalau jumpa port menarik untuk recycle baju lagi, aku share dengan korang okay.


Thank you for reading!

5 comments:

  1. terima kasih dan terbaik atas perkongsian tersebut. mari jemput singgah blog saya... terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ada limit kan nk redeem voucher.klu bag yg ke6 dia xbg voucher da selagi kita xguna voucher2 yg da ada.bole smpi 5 voucher je rsnya

    ReplyDelete
  3. Saya tertanya, katakan 1 bag penuh lebih daripada 80pcs baju yg sama, boleh diterima tak? ke mmg kena asingkan into smaller size bag?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!