Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023! - Azwar Syuhada

Thursday 27 April 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023!

 Salam to all readers,


| Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023!  | Selamat hari Raya everyone!!! Masih belum terlambat kan nak wish selamat hari raya? Rayakan sebulan. Alhamdulillah tahun ini masih diberi kesempatan beraya dengan keluarga. Diam tak diam ada lebih 10 tahun jugalah atuk nenek pergi meninggalkan kami. Dulu waktu dorang masih hiduplah kan, rumah memang meriah, lagi-lagi bila selesai solat Aidilfitri dekat masjid. Lepas sorang sorang saudara mara datang bersilih ganti untuk beraya. Bila atuk dan nenek takde, kuranglah sikit orang datang. Mengimbau kenangan lalu tu kadang-kadang terasa rindu. 


Nak dijadikan cerita last week, aku kerja sampai Khamis je, memandangkan office aku off days start hari Jumaat, bersambung ke hari Isnin sehinggalah Rabu. Kononnya,Jumaat dijangka akan raya, malam tu istihar Sabtu raya. hahaha...Sebaik tahun ini standby, takde terkejut sangat. Macam biasalah, part aku kemas rumah, masukkan beras dalam daun ketupat dengan Kada (maaflah tahun ini terlembik sikit ketupatnya). Rumah aku takde benda nak kemas sangat pun, sebab aku kerap balik bulan puasa, so dah kemas sikit-sikit. 2 hari sebelum raya tu, aku tolong mak aku gantung langsir (langsir baru tahun ini, gigih dia beli kain jahit). Katanya, dah bertahun tak bertukar, warna pun kusam dah. Okaylah, kita gantung jerlah.


Tahun ini abang dan moksu tak beraya dekat sini, masing-masing balik kampung. Dah kawen tiba-tiba masing-masing ada kampung pula, kalau tak raya kat rumah jerlah. Aku berharap gaklah pasangan aku tu ada kampung, ada atuk nenek lagi, merasalah pulang ke kampung (tak jauh mana pun takpe). Berangan dulu, jumpa tak jumpa belakang cerita. Rumah aku even ada mak dengan adik aku je, ibarat duduk berpuluh orang juga dalam rumah, tambah kalau anak buah aku balik. Kalau dorang tak bercerkau memang tak aman. Aku bising-bising mulalah serabut. 


Macam biasalah hari terakhir puasa tu, belah petang sekitar jam 6.00pm macam tu, dah standby rebus ketupat, mak aku pun dah start masak rendang. Kami berbuka dekat rumah pak itam (belakang rumah je), buat julung kalinya makan rumah belakang bagi merasmikan rumah dah selesai renovation. Sebaik sempat masuk sebelum raya. Kalau tak dah kena beraya rumah taman (rumah sewa sementara). Nabila masak mee tomyam, cekodok off course tak tinggal. Cekodok main menu dekat rumah aku, 30 hari berpuasa, 30 hari jugalah kena ada cekodok. Sebaik masing-masing hantu makan cekodok, tiadalah berlaku pembaziran di bulan puasa. Selesai berbuka puasa, balik rumah, siap-siap mandi, gosok baju raya, lepas Isyak main mercun katanya. Aku suka tengok, tapi xsuka keluarkan modal ya. Dia cantik di langit, lepas main halaman kau penuh dengan sampah sarap mercun (terpaksalah jadi dbkl memalam). Aku pantanglah tengok halaman aku kotor. Gigihlah sapu lepas tengok adik aku letopkan mercun.


Disebabkan abang aku tak raya sini, kami bergambar seminggu awal sebelum raya, memandangkan time tu semua ada dekat rumah. Si Citam pun taknak kalah, dia pun bergambar sekali siap berbaju raya tahun ini (aku belikan).


Ini baru gambar betul dipagi hari raya. Aku, adik & mak. Selesai sesi bermaaf maafan & bergambar, kami bergerak ke rumah Pak Alang dekat area Selayang. Abang Wan (anak pak lang) masak nasi minyak jamu kiteroang datang beraya. Dorang tak dapat balik, memandangkan kak Iqin aku masih berpantang lagi, jadi kami ke rumah dorang siap bawa ketupat lagi. Abang Wan masak nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, kuah kari, (ayam masak merah dia padu, tak pedas sangat). Bolehlah roger kalau nak buat tempahan.  hahahah... Btw, moksu aku pun ke rumah pak alang juga pagi tu, awal tu cadangnya nak ke rumah Pak Ngah terlebih dahulu, disebabkan mak aku risau ketupat dia basi nanti dalam kereta, tak menyabar-nyabar nak pergi rumah abang lang dia dulu.

Aku ikut jerlah mana-mana, asal aku dapat makan. Bukan aku yang drive lagipun. Jadi tak boleh banyak bunyi. Selesai beraya rumah pak alang, siap solat zohor sekali barulah kami bergerak ke rumah Pak Ngah area Shah Alam.



Masuk-masuk je, memang ramai dalam rumah dia (saban tahun ya). Biasalah Pak Ngah kita lagi glamour dari kita, nak buat macam mana. Masuk-masuk je, jumpa keluarga Pak Uteh & Pak Cik lagi, sempatlah bergambar dengan dorang yang jarang-jarang ketemu (asal aku tulis macam Indon pula). Rumah Pak Ngah tak lama mana pun, sebab masing-masing kenyang makan rumah Pak Alang, ada lebih kurang sejam macam tu kami berangkat pulang ke rumah. Mujur cepat keluar, balik tu hujan lebat.

Me, Zira, Ina bergambar di rumah Pak Ngah

Raya ke-2 & ke-3 aku pulun tidur dekat rumah memandangkan tak keluar pergi memana. Adalah keluar pergi dapur, buatkan air untuk orang datang. Mak aku punya bisinglah aku asyik tidur, aku happy gila balik dapat tidur lama atas katil. Nama pun cuti, cuti kena dihabiskan masa dengan perkarang yang mengembirakan. Tidur tulah perkara buat aku happy. 


Raya ke-2 keluarga Nek Ucu datang bertandang ke rumah. Nek Ucu (adik arwah nenek) & Tok Ucu dulu sihat rajin datang ke rumah, bila dah berumur, masing-masing tak kuat, jadinya anak dan cucu dorang yang datang bawa beraya. Tok Ucu datang dibawa anaknya yang sulung, & bongsu. Sementara, nek ucu dibawa anaknya yang kedua, pada keesokkan harini. Nek Ucu sekarang tak sama macam nek ucu dulu, sekarang dia kena lebih diberi perhatian (tambah tak cam orang sangat). Bila tengok gambar atas ini, cepat betul masa berlalu, masing-masing dah besar. Si Aishah dulu kecik je lagi aku tengok, now dah bersuami dah. Adik-adiknya pun dah besar-besar belaka.


Raya ke-3 still duduk di rumah sambil tu tunggu orang datang beraya. Asal free aku sambung tidur, tidur dan tidur lagi. Bising jugalah mulut mak aku tengok aku tidur memanjang. hehehe..

Raya ke-4 barulah kami sambung beraya, memandangkan moksu & abang dah balik. Mak aku beriya nak beraya dengan anak sulungnya juga. Pergi 2 kereta, aku naik dengan moksu, mak aku naik dengan abang aku. Mula-mula kiteorang beraya ke rumah TokCik Doll area Klang je (tok-tok saudara aku semua duk bandar, tak duduk kampung). 


Gambar sebelum keluar rumah, biasalah disaat kita bergembira bergambar, ada juga yang berduka bila ambil gambar.


Sempat bergambar dengan TokCik dol and pasangannya Cik Jah. Singgah sini mesti lama juga, memandangkan Cik Zah kaki menyembang juga. Mujur dorang jamu Mee bandung tak silap aku. Sedappp!!! Nak makan lebih nanti tudung kotor pula, jadi makanlah bersederhana. Selesai beraya rumah tokcik Dol kami bergerak ke rumah Tok Itam (kedua-dua rumah ini adalah adik beradik belah atuk mak aku). Singgah rumah tok Itam sebak jugalah melihat kondisi nek Itam yang terlantar di atas katil (guna mesin), tok Itam pula masih dekan IJN belum balik, jadinya kami singgah beraya rumah anaknya di sbeelah iaitu Pak Ngah Firdaus. Sambil menunggu dorang bersembang kita explore rumah dia. Aku suka tengok deco rumah orang ada-ada ini, lagi rumah anak-anak tok itam. Dorang punya rumah, memang amazed la setiap kali masuk. Rumah Pak Ngah Firdaus ini ala-ala English style dia buat. Takdelah aku tangkap gambar. Aku tangkap luar rumah jerlah.


Lihatlh keayuan aku memakai baju kurung Lubna. Bukan kaleng-kaleng aku pakai heels kot. hahaha... Idaklah kasut pun flat je tu. Ini aku bergambar depan halaman rumah tok Itam & berhubung dengan rumah Pak Ngah Firdaus. Selesai beraya rumah tok Itam, kami ke rumah Pak Ngah area Shah Alam (rumah aku beraya di hari pertama, merangkap rumah abang kepada mak aku). Selesai beraya rumah Pak Ngah, kami bergerak ke rumah Pak Alang (rumah abang mak juga), sampai dua kali kami menyinggah disebabkan abang aku xdatang beraya lagi. Pergi jerlah sekali lagi. 


Patutnya lepas asar kami ke rumah Tok Su (rumah anaknya di Cyberjaya), tapi disebabkan dia tak bergerak lagi ke rumah anaknya, kami cancel nak datang. Alih-alih lepak rumah pakcik Udin dekat dengan rumah Pak Alang. Masing-masing dah kepenatan beraya, jadinya rumah pakcik last, barulah kami bergerak balik ke Telok. Hujan selebat-lebatnya masa perjalanan pulang. Alhamdulillah masing-masing selamat sampai. Balik tu, order Domino sebagai pelengkap makan malam. Masing-masing tidur awal kepenatan. Patutnya moksu aku balik ke rumah dia malam tu, tapi dia pun dah letih, tidur jelah lagi, keesokkan harinya baru balik. 


Dan surprise jugalah, tahun ini aku berkesempatan beraya rumah abah aku juga. Semalam sebelum berangkat balik ke KL, aku singgah pergi rumah abah aku, adik aku ikut sekali. Kebetulan dia yang hantar aku balik ke rumah sewa. Alhamdulillah abah aku pun sihat, sekarang banyak duduk rumah tambah dah pencen. Banyak bercucuk tanam sahaja di rumah. Tengok dia sihat pun dah okay. Mujurlah hati tak pernah rasa nak marah dekat bapak sendiri. Yang bercerai hanyalah mak bapak kita je, kita ini dengan mak ayah tak perlulah nak putuskan hubungan. 



Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Ini sahajalah cerita raya aku tahun ini. Selamat Hari Raya semua!!



3 comments:

  1. Selamat menyambut hari raya :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya..alhamdulillah, meriah raya tahun ni kan

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya maaf zahir batin. wah meriah ziarah menziarah ya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!