Happy Birthday Myself! - Azwar Syuhada

Friday 3 March 2023

Happy Birthday Myself!

 Salam to all readers,


| Happy Birthday Myself! | Yeahhhh yesterday is my birthday. Terima kasih banyak atas ucapan dan doanya ya. Kalau tahun sebelum ini, aku sambut birthday dengan lambakan kerja, but tahun ini aku lebih appreciate diri aku. A little things apa aku archieve aku sangat bangga. Siapa lagi nak happy kan diri kita sendiri kalau bukan kita kan? Tak payah nak bagi hint pada orang untuk bagi pada kita. Usaha + kerjakan sendiri kalau nak lebih nikmat rasanya.


Awal permulaan tahun 2023 yang cukup bermakna, walaupun bulan January make me like roller coaster. Awal plan aku ingat nak travelsolo ke Perak, tapi budget lari. So, aku tukar plan birthday kalini aku staycation dekat Hotel town KL dengan mak. Aku dah cakap dengan mak aku siap-siap travel dengan aku kat KL 100% naik public transport, aku tak drive. Excited lah dia dapat naik bas, LRT, MRT, pergi tempat dia nak. Tempat teringin dia nak pergi katanya Central Market, okaylah bawa juga, lepas satu ke satu destinasi. Kemain puaslah dapat berjalan. 


Even, kampung halaman kategori dekat, aku jarang jugalah balik sebab setiap hujung minggu biasa aku dah ada aktiviti lain. Jadi, disebabkan aku jarang-jarang balik, jarang spend time dengan mak aku, jadi sempena birthday kalini aku bawalah dia datang ke KL. Tengok sendiri kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur. Aku dulu pun perakkk juga masa belajar dekat KL. Biasalah budak kampung bukan budak bandar. 


Bila dah belajar, kerja, bercampur pula dengan ramai orang dekat sini, berkembang jugalah otak aku. Dekat KL aku kenal erti kehidupan sebenar, bukan kemewahan tapi cara dan budaya dorang menyara hidup. Masuk train korang nampak pula pelbagai ragam manusia. 1001 manusia dikeliling kita mempunyai masalah yang ditanggung. Ingat 1 perkara, kalau kita rasa diri kita susah ada orang lain lagi susah dari kita.



Apa-apa pun Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri. Tahun ini aku lebih appreciate diri aku, aku suka apa yang aku kerjakan. Kenalan yang aku rapat jumpa pun, katanya aku tak stress dah sekarang. hahaah... Thank so much notice about that! Maybe salah satunya aku terlalu sibuk kerja, kerja dan kerja, weekend aku hiking, tak pun kerja lagi. Maigaddd happy duh sibuk dengan kerja.


Kerja terlalu relax pun tak best juga. Kena ada pressure baru adventure! Ikutkan banyak gila story aku nak share dengan korang semua, tapi aku kekangan masa nak story dalam blog. Aku banyak update dekat IG/TikTok sahaja sekarang. Doakan aku diberikan kesihatan yang baik ya, kalau aku sihat aku boleh kerja.

Okaylah! Next time aku share hotel mana aku menginap sempena hari jadi aku tahun ini. Aku akhiri zaman 20-an ku dengan perkara-perkara yang mengembirakan. 


Thank you for reading guys!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!