Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur! - Azwar Syuhada

Monday 12 December 2022

Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur!

 Salam to all readers,


| Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur! | Aku personally memang suka pergi massage compare tu facial spa. So, baru ini aku dapat luangkan masa pergi ke Siam Oasis cawangan Mid Valley. Ada yang suggest tempat ini best so I come here. Lama jugalah aku tak pergi massage since aku balik dari panjat gunung haritu, then tambah lagi sekarang badan aku cepat letih, jadi aku tak boleh tangguh-tangguh lagi. Kena pergi massage juga kalini. Sebelum pergi, aku dah booking awal-awal, takut full. Jadi, datang, terus bagitau nama dekat kaunter je.


Aku sebenarnya baru perasan kewujudan Siam Oasis ini dekat Mid Valley, dia macam tersorok sikit sebelah Daiso tingkat atas tu. Walhal aku banyak kali lalu lalang pergi Mid Valley. Bila ramai bagi feedback massage dekat Siam Oasis ini best, I gigih pergi. Sebab aku suka eksperimen tempat baru, sampai-sampai memang aku in love dia punya interior luar dan dalam. Deco style modern Thailand gitu. Kapkun kap. Benda utama kalau aku nak pergi tempat massage, aku pastikan staffnya perempuan dan private room secure untuk muslim friendly.

Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur!



Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur!

Ini bahagian luar, sementara tunggu turn boleh duduk dulu. 


Siam Oasis - Malaysia No. 1 Massage Brand

Siam Oasis merupakan one of wellness management yang menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan urutan yang menenangkan, fisioterapi pencegahan yang digabungkan dengan teknologi saintifik bagi membolehkan perbaiki kehidupan melalui detoksifikasi, serta menguatkan imuniti.


Kalau korang rasa penat, badan sakit-sakit, pergilah massage. For sure, badan korang rasa ringan dan fresh semula. I feel it!



Treatment yang aku cuba dekat Siam Oasis ini adalah Royal Aromatherapy (120 mins) - special using Premium Sacha Ichi Aromatherapy. Kali ini, aku betul-betul nak relax, sebab aku rasa penat gila lately. 


Belum start lagi, aku rasa excited bila dorang offer guna minyak Premium Sacha Ichi Aromatherapy. Ia bukan menggunakan minyak urut yang biasa kita guna. It Sacha Ichi Aromatherapy.


Sacha Ichi kaya dengan pelbagai nutrisi Omega 3 dan dikenali sebagai pengganti minyak ikan yang lebih baik. Kalau google banyak khasiat yang terkandung dalam Sacha I chi oil ini tau. Sacha Ichi sangat baik untuk kesihatan jantung, mengawal kencing manis, kolestrol dalam darah dan melancarkan perjalanan darah dan dapat membantu mencerdaskan otak. Sacha Ichi oil juga mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut. Nak tahu lebih tentang Sacha Ichi oil ini korang boleh google je.


Pengalaman Massage Body at Siam Oasis, Mid Valley | The Best Massage Body at Kuala Lumpur!




Macam biasa sebelum sesi massage body, akan ada foot scrub sesssion. Bagi yang pertama kali nak pergi massage jangan panik, kalau dia suruh tanggal kasut. Tu normal, aku dulu pun noob juga pergi tempat massage. Foot scrub massage ini tak ambil masa lama pun. Dia cuci bersih, massage sikit tampak kaki, siap lap baru pakai selipar yang dia serve. Dekat sini kau akan dilayan bak puteri. Don't worry! Kalau agak-agak kau ambil sesi massage dalam 2 jam, ada baik kau pergi toilet siap-siap. Karang ada pula kena berkemban nak ke toilet. Jangan cari nahas!!



Selesai foot scrub session, tukang massage aku bawa aku ke private massage room. Cantikkan interior laluan nak ke room? Aku suka gila! Hujung sekali ada cermin besar, bolehlah nak selfie! Aku punya bilik betul-betul hujung sekali. Sampai-sampai bilik private, aku shock gila sebab bila dia besar gila wehh! 2 kali ganda besar bilik sewa aku ini hah. 


See! Bilik massage dia besar gila, besar, bersih, selesa! Sink pun ada dalam bilik, ruang nak simpan barang dan persalinan baju pun ada. Ada tirai, tak ada orang ngitai pun. 


Dekat kalit dah ada tuala, hair cap + spender. So, masuk-masuk bilik boleh siap-siap tukar pakaian. Kalau urut dekat spa, memang kena buka semua (tanpa seurat benang), pakai barang yang mereka provide atas birai katil tu. Selesai tukar pakaian, sister akan masuk balik hidangkan aku tea. Mereka akan serve tea before & after treatment.

Disebabkan aku sakit bahagian belakang, aku dah bagitau siap-siap urut lama sikit, jangan tekan terlalu kuat. Korang boleh request nak kuat mana urutan tu. Ada setengah orang geli, ada orang tak tahan sakit. Boleh request. So far, tukang urut Siam Oasis yang serve aku ini memang best, dari awal sampai ending urutan memang sedap dia urut. Tak terlalu kuat, tak terlalu menyakitkan. Overall memang perfect, 2 jam urutan gila tak sedap? Sedap weyhh. 

Setelah selesai acara urutan selama 2 jam, tukang urut aku siap serve karate lagi/ senaman badan. Had ini memang best, meletop-letop ya bunyi masa dia karate. 

After 120 minutes session:

💚Badan rasa lebih ringan - kalau sebelum ini rasa berat, lenguh, terutama bahagian bahu. Lepas massage badan rasa lebih ringan sikit. 

💚Sakit urat sendi berkurangan - masa aku panjang gunung tempoh hari, aku ada jatuh. Lepas pergi urut, bahagian jatuh tu rasa okay sikit compare sebelum ini. 

💚Dapatkan rehatkan minda dan badan - I'm feel fresh after massage session. Badan & minda rasa lebih chills dan relax lepas massage. Now, orang nak cari gaduh dengan aku pun boleh. Aku ada tenaga nak gaduh balik.



After treatment, mereka serve tea lagi. Jadi minum sebelum berangkat balik. Aku ada tips, if korang dah selesai massage, elakkan minum air ais, dan jangan mandi dulu after balik rumah. Tunggulah 3-4 jam baru mandi. Bagii lancarkan sikit minyak yang dia lumur masa urut kita tu. Then u feel it apa yang aku sampaikan. 


Thank you pada yang suggest Siam Oasis ini pada aku. If korang tanya aku, adakah aku akan repeat lagi? Yes, I will come back again, servis urut memang tiptop, tempat (muslim friendly), affordable, bersih, staff pun friendly. Siap jadi photographer tak berbayar lagi. Thanks a lot. Kalau korang rasa Siam Oasis Mid Valley ini jauh, korang boleh kunjungi outlet lain juga.


Antara outlet Siam Oasis area Klang Valley yang korang boleh kunjungi adalah di;

* Mid Valley Megamall 
* 1 Utama 
* Bangsar village 2 
* Empire Shopping Gallery 
* Atria Shopping Gallery 
* D Network Setia Eco Park

Untuk makluman lanjut dan update terkini korang boleh layari website Siam Oasis https://siamoasis.com.my/


After this, aku ingat nak ke Bangsar Village outlet pula, dekat sikit dengan tempat aku. So, kengkawan yang tengah cari massage spa yang affordable & muslim friendly, aku syorkan korang ke Siam Oasis ini. Servis memang tiptop, orang yang urut pun bukan calang-calang. :)


Says, no more pain after massage!


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!