Kemeriahan Mini Festival Year End Zakat 2022 (YEZ) Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik - Azwar Syuhada

Sunday 27 November 2022

Kemeriahan Mini Festival Year End Zakat 2022 (YEZ) Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik

 Salam to all readers,


| Kemeriahan Mini Festival Year End  Zakat 2022 (YEZ) Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik | Semalam 26 Nov 2022, aku berkesempatan meluangkan masa memeriahkan lagi mini festival Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. Pelbagai aktiviti menarik dan perkongsian menarik yang turut disertai selebriti dan pendakwah yang cukup popular tanah air bagi memeriahkan lagi suasana. 



Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahaiga Tan Sri Daro' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, 26t Nov 2022, sekitar jam 11.30am. Kempen YEZ 2022 ini berlangsung dari 26 November hingga 31 Disember 2022 bertujuan menggalakkan lagi orang ramai supaya menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember. Di majlis yang sama juga, turut diadakan acara penyerahan zakat perniagaan, bantuan sumbangan bakul rezeki kepada 10 orang golongan asnaf, sembang santai YEZ bersama KPE-PPZ-MAIWP, sembang santai bersama PU Amin, persingahan ke setiap booths jualan, dan macam-macam lagi.

Kemeriahan Mini Festival Year End  Zakat 2022 (YEZ) Berkonsepkan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik


Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada:

1) Felcra Processing & Engenieering Sdn Bhd berjumlah RM375,220.38

2) Kop. Jaya Murni Wanita Bhd berjum;lah RM157,129.73




Penyanyi Lah Ahmad turut hadir ke Mini Festival Year End Zakat 2022 (YEZ) ini di AEON AU2, Setiawangsa bagi memeriahkan lagi suasana. Lah turut menyanyikan 2 buah lagu lagi, masing-masing begitu teruja dengan persembahannya.

Kehadiran VVIP dan tetamu yang hadir memeriahkan Year End Zakat 2022 (YEZ), 26 Nov 2022


Dengan mengangkat tema "Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan meunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam faktor ekonomi yang sukar kini. PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.



Salah seorang asnaf yang mendapat sumbangan bakul rezeki.


Jom lihat perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan:


1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP

Bayaran zakat kini boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Sepanjang bulan Disember ini, kaunter akan dibukan selama 7 hari seminggu bermula jam 8.15am hingga 4.45pm.


FRIDAY+

Istimewanya tahun ini, PPZ-MAIWP melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap Jumaat sehingga jam 9.00pm. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan dapat baucar KFC bernilai RM10


2. PORTAL PPZ-MAIWP & APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui www.zakat.com.my / aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play/ Apple Store. Pembayar juga boleh kira, bayar dan semak rekod bayaran.


3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

Pembayaran zakat boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan pos.


4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai "one-stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan boleh terus layari terus portal https://mytemujanji.zakat.com.my


5. TALIAN ZAKAT

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya 1 panggilan ke 1 300 88 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.


Menariknya lagi, pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi hadiah lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah secara rawak tertakluk pada terma dan syarat. Antara hadiah yang ditawarkan adalah seperti air fryer, pakej Umrah, Vacuum Robot Mi, Iphone 14 Pro dan macam-macam lagi. 



Dalam festival ini, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP turut menekankan bahawa program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.


Jelasnya lagi, dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki perlulah tampiluntuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.



Untuk makluman lanjut boleh berkenaan kempen YEZ 2022, boleh layari www.zakat.com.my/yez2022


Apa tunggu lagi, jom bayar Zakat guys!!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!