PROMOSI KAUNSELING SYIRA LOKMAN - Azwar Syuhada

Monday 10 October 2022

PROMOSI KAUNSELING SYIRA LOKMAN

 Isu kesihatan mental bukan satu perkara baru tetapi menjadi aspek penting dalam pembentukan kesejahteraan hidup kita. Banyak perkara bermain di fikiran hingga kita tak tahu bagaimana nak teruskan hidup.


Perlu bekerja, tapi tempat kerja beri tekanan 😞

Nak sambung belajar tapi keliru nak pilih bidang apa 😣

Kawan sebaya dah capai itu ini, aku bila lagi? 

Anak-anak buat hal, macam mana nak urus emosi? 

Pening bagaimana nak urus keluarga. Duit tak cukup, masa tak ada 😭 

Aku ni ada anxiety ke? 😰


Bila keliru macam ni, korang pernah tak dapatkan perkhidmatan sesi kaunseling?

Siapa kenal Syira Lokman?

Dulu dia seorang penulis blog namun kini dia lebih aktif sebagai kaunselor serta penulis buku.

Nak tahu apa yang lagi best?

Sekarang Syira berkhidmat sebagai kaunselor panel di OUR STARS THERAPY CENTRE IPOH dimana di sini juga merupakan pusat terapi untuk individu berkeperluan khas.

PROMOSI KAUNSELING SYIRA LOKMAN

Di Our Stars Therapy Centre, terapis bukan hanya membantu anak-anak bekeperluan khas tetapi mereka juga mementingkan parental attachment yang adaptif melalui pengurusan psikologi yang baik oleh ibu bapa sendiri. Ibu bapa mempengaruhi tahap kesihatan mental anak-anak. Sebelum nak bantu anak, jiwa ibu bapa perlu dibantu terlebih dahulu. Oleh sebab itu, Syira telah dilantik sebagai panel kaunselor di Our Stars Therapy Centre, Ipoh. Syira boleh membantu klien dalam mengendalikan isu seperti :

Isu tingkahlaku & pengurusan emosi

Pengurusan kewangan & masa

Sokongan dan bimbingan keibubapaan

Kaunseling kerjaya

Isu kekeluargaan & perhubungan 

Ujian saringan kesihatan mental (tekanan, depresi dan keresahan)

Ujian personaliti

atau apa sahaja isu berkaitan


Sebagai kaunselor, Syira bukan hanya membantu isu-isu di atas tetapi Syira turut membantu ibu bapa individu berkeperluan khas untuk mendapatkan sokongan emosi. Sebabnya, menjadi ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak bekeperluan khas ini tidak mudah. Ada kalanya, fikiran celaru, sukar mengurus masa, emosi terganggu dan mudah marah. Lebih sukar apabila ada ibu bapa tidak tahu cara mengawal keadaan bila anak tantrum di tempat awam dan tidak tahu cara sesuai untuk membawa anak keluar melihat dunia. Ada masanya juga, ibu bapa rasa takut dengan masa depan anak-anak serta bimbang dengan tahap penerimaan org sekeliling.

Syira menjalankan sesi kaunseling untuk semua peringkat umur secara bersemuka atau atas talian. So kalau korang tidak menetap di ipoh pun, korang masih boleh dapatkan khidmat kaunseling dari Syira tau. Best kan?



Kalau di tempat lain, kebanyakkan harga untuk satu sesi kaunseling melebihi RM180 tetapi korang akan terkejut bila tahu harga yang Syira tawarkan. Paling murah berbanding tempat lain. Apa yang lebih menarik, semua klien yang ingin mendapatkan sesi kaunseling akan mendapat 25% diskaun sepanjang bulan Oktober.

“tapi saya nak mulakan sesi bulan November, tak ada ke diskaun?”

Boleh, sesiapa yang ingin memulakan sesi pada bulan November, anda boleh mendapatkan diskaun yang sama namun anda perlu memilih slot sesi dan membuat pembayaran penuh dalam bulan Oktober juga. (sekiranya bayaran dibuat pada bulan November, tiada diskaun 25% diberikan)

Jadi apa tunggu lagi ? Jom bertemu kaunselor!

Setiap perkara tidak mungkin selesai sekelip mata tetapi 
masih ada cara sekiranya kita rela dibantu.

Sebarang pertanyaan, anda boleh mengubungi kaunselor Syira melalui whatsapp 0134006121. 

Jom saya kongsi sikit latar belakar kaunselor.

Wan Syahirah binti Mior Lokman merupakan Kaunselor Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia  (KB08081/PA07662). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya dan berpengalaman lebih 3 tahun mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling bersama klien dari pelbagai latar belakang dan usia seperti kanak-kanak hingga dewasa.

Beliau juga sering terlibat secara langsung dalam mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling untuk kanak-kanak serta bimbingan keibubapaan. Selain itu, beliau pernah mengendalikan klien yang terlibat dengan isu tingkahlaku dan kes jenayah bawah umur. Selain berkhidmat sebagai kaunselor, beliau juga aktif sebagai seorang penulis buku.

1 comment:

  1. Harap dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan kaunseling dan terapi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!