Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland | Melihat Keindahan Mossy Forest - Azwar Syuhada

Sunday 23 October 2022

Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland | Melihat Keindahan Mossy Forest

 Salam to all readers,


| Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland | Melihat Keindahan Mossy Forest | Yes, ini merupakan pengalaman aku mendaki gunung, sahajalah nak cuba sama ada pace dah maju ke depan ataupun mundur. Ikutkan, ini pun plan last minute, sambil scroll group hiking dekat FB nampak orang share pemandangan Mossy Forest. Subhanallah cantik gila, terus aku text Sue, jom. Sekali member ONN dah. Kami tak berani pergi berdua, memandangkan ini 1st gunung kami nak naik, jadi kami sertai group Foxas, lebih kurang 50 orang jugalah yang sertai pendakian kali ini.


Awal tu aku mati-mati ingatkan gunung ini dekat Genting Highland, rupanya dekat Cameron Highland, aku tak sempat buat research, biasa akulah yang tolong atur semua, kalini tak dann, semua Sue yang tengokkan. Dia yang paling semangat buat research, aku follow jer. Macam biasa, malam nak pergi tu aku tidur rumah si Sue dekat  Ulu Langat, memandangkan kiteorang nak gerak seawal jam 3.00am dari KL nak ke Cameron Highland. Kalini trip aku dapat geng baru, si Sue bawa kawan dia, Azwa juga namanya. Si Wa ini pula tak pernah hiking, seminggu sebelum nak mendaki Gunung Siku ini, si Sue gigih bawa dia hiking dekat Taman Tugu. Mujurlah semua selamat naik dan turun dengan jayanya. 


Macam biasa yang jadi tukang drive off course si Sue, dia ni aku tabiklah dialah drive, mendaki naik turun muka still maintain. Aku muka naik excited, muka tengah perjalanan dah macam minah lampir, bila turun barai terus. hahaha... Aku bukan hiker kental ya, janganlah request lagi suruh aku buka trip hiking, jadi guide. Aku bukan pakar, kalau korang nak pergi cari dekat group hiking. 


Trip Gunung Siku, Cameron Highland ini aku follow under group Foxas. Seorang RM90/pax. Bolehlah, pakej termasuk breakfast, first-aid, sweeper, sijil, dan etc. Biasa kiteorang naik bukit je kan, kalini kami upgrade naik gunung pula. Kami berkumpul di BHP Blue  Valley, Cameron Highlandseawal jam 7.30am. Sampai-sampai semua cari toilet, sebelum berangkat mendaki ke Gunung Siku. Bila dah siap breakfast, kami berkumpul dulu mendengar taklimat dan sesi suai kenal. Nak dijadikan cerita, kami mendaki gunung dalam hujan. Hujan tak terlalu lebat, hanya renyai-renyai. Tapi terasa lebat bilamana hujan renyainya tak berhenti. Hampir separuh perjalanan kami dihujani dengan air hujan.




Pendakian bermula sekitar jam 8.00am, masing-masing dah bersiap sedia berbaju hujan. Dahlah hujan, sejuk pula tu. Perghh best sangat, kalini pendakian memang santai-santai je, aku tak jalan laju mana pun. Memang nak ambil feel sambil melihat keindahan mossy forest. Bolehlah mendaki bukit dan gunung ini agak berbeza pada aku, gunung dia punya mencanak naik tu agak curam. Ditambah, tanah yang kami pijak ini sangat lembut, dan lembab, bila pijak macam nak tembus. Dari tempat kami park kereta, kami kena melintas jalan, dan lalu kawasan tanaman tomato, sehinggalah jumpa lorong untuk mendaki Gunung Siku.

Ikutkan banyak gunung cantik-cantik yang terdapat dekat Cameron Highland ini, disebabkan kiteorang ini kiteorang ni newbie lagi, so naiklah yang tahap newbie lagi iaitu Gunung Siku ini. 


Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland



Gunung Siku ini terletak di Tanah Tinggu Cameron Highland, Pahang dan ia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,284 kaki). Hutannya masih terpelihara dengan replika dan juga terdapat banyak flora dekat gunung ini yang boleh dijadikan sumber perubatan. 




Depan camera, off course muka mesti kena onn point. Ini baru puncak pertama, kami jadi lambat, sebab berhenti bergambar berhenti bergambar. Nak tunggu nanti turun ambil, memang takdan la. Asal jumpa port cantik je berhenti. Tambah Wa seorang lagi ni dia semput, nak laju sangat pun tak boleh. Mujur abang sweeper layan je kami yang naik ala-ala syahdu ni. Mostly yang join trip ini adalah pakcik dan makcik, kalau korang naik dengan depa semua mahu korang salute. Mereka lagi gagah weyhh naik ke puncak. Aku yang tak sampai 30 ni pun senak nak naik. 


Ala-ala dekat hobbit pula batang pokok ini. Sebaik abang sweeper layankan kami je. Siap jadi photograher tak berbayar kami. Jangan kata gambar,siap video juga. Terima kasih Abang As, jaga kami sampai naik ke puncak. 

Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland | Melihat Keindahan Mossy Forest

Kami sampai ke puncak sekitar jam 12.00pm. Sampai-sampai ke atas puncak ada kakak siap tawar buatkan air kopi panas-panas. Sebab dekat atas puncak tu dia punya tahap kesejukan tak boleh bawa bincang. Selalu panjat bukit dalam suhu panas berpeluh. Had ini naik Cameron Highland, punyalah sejuk, bercakap pun siap keluar asap. Dia tak boleh lama sangat dekat atas, sebab ruang dia kecik + sejuk. Dah puas bergambar barulah kami turun.

Dekat atas korang akan lalui satu lorong yang menampakkan mossy forest. Ala-ala dalam cerita Lord of The Rings gituew. Tapi sekarang kita berada di Gunung Siku, Cameron Highland (dalam Malaysia). Okaylah tu feeling2 sikit.

Pengalaman Hiking ke Gunung Siku, Cameron Highland | Melihat Keindahan Mossy Forest

Muka kepenatan + kepuasan terserlah gitu. Ada yang tanya tak penat ke hiking? So far, awal-awal baru nak menceburi alam hiking je la penat, lepas tu lama-lama tak penat dah. Kaki jadi lebih kuat sekarang. Tapi, kena berhati-hati jugalah tambah kalau pergi puncak yang lebih tinggi. 


Malam tu aku sempat ajak Sue singgah Decathon dekat Robinson. Konon nak tengok-tengok je, sekali aku terus grab kasut hiking. Aku sayang pula nak lanyak kasut Adidas. Tu satu-satu kasut aku pergi kerja, tu lah kasut pergi event (aku malas nak pakai heels), tulah kasut panjat bukit. Sketcher untuk aku jenjalan je, sayanglah nak bawa masuk hutan. So, hopefully kasut aku beli ini bertahan sampai aku naik Gunung Kinabalu tahun depan, Insyallah. Kasut RM138 (harga promo). Tapak kasut hiking bergigi sikit berbeza dengan kasut running. 

Now, kami dah start beli sikit-sikit barang keperluan hiking. Jelas terpancar kegembiraan bila dah sampai ke puncak. Duduk sambil menhirup udara segar. Kiteorang bawa beg hiking kecik je, dalam tu hanya sekadar isi air mineral, biskut dan coklat. Akak, abang, pakcik, makcik yang naik siap bawa cerik, McD burger, roti john, perghh gilalah dorang. Aku tak terfikir pun bawa benda alah tgu semua. 



Congrats Wa, finally awak sampai juga ke puncak even semput. Cuma turun, Sue dengan aku jadi serba salah pula rasanya. Even kau dah taknak pergi dah, at least kau dapat pengalaman seumur hidup gitu. Boleh tunjuk dekat cicit kau nanti, nenek naik Gunung Siku der. Kau hado? hahaha


Inilah dia penangan, panjat ke Gunung Siku, Cameron Highland. Pergi kasut bau kedai lagi, balik bau lumpur. Apa-apa pun overall kami puas hati. Thank you again bang As, the photos and videoi you cappture very nice and priceless gitu. Kalau ada rezeki, kami join lagi okay. Btw, jangan lupa saksikan video terbaru aku naik ke Gunung Siku, Cameron Highland di youtube.

Boleh refer di bawah;



Lokasi: Gunung Siku, Cameron Highland
Est pendakian: 4-6 jam (pace newbie lagi)

Pada mereka tak pernah hiking, jangan terus naik gunung, pergi la naik bukit-bukit dulu.

Thank you for reading guys!

1 comment:

  1. Wah bestnya. Saya tak pernah hike gunung lagi. Bukit sahaja. Kalau saya pun bawak makanan banyak sebab saya tak leh lapar

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!