Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara - Azwar Syuhada

Saturday 2 July 2022

Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara

 Salam to all readers,


Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara | Seperti yang sedia maklum bermula 1 July 2022, semua barangan akan naik harga, pada aku takyah tunggu 1 July pun harga barang memang dah semulajadi mahal, now makin mahal terutama sekali barangan keperluan makanan, harga minyak, telur, ayam, tepung, so kena start berjimat semula. Even aku duduk bujang dekat KL ini, aku still kategori miskin bandar. Makan pun masih catu duh, gaji aku pun taklah banyak mana tapi cukuplah untuk tampung family, bayar kereta, sewa rumah, saving pulak kena catu kejap 5% kejap 10%. adoilah hidup. Nak mengeluh pun tak boleh juga. Takyah tunggu seminggu, selang beberapa minit dapat gaji, tolak expenses, dah murung tengok bank akaun. hahaha...


Semalam balik kerja aku sempatlah singgah 99speedmart beli roti, telur, minyak and sosej, 4 barang ini je pun dah cecah RM15 untuk seorang. Cuba bayangkan orang yang ada family hidup melarat. Ada sorang makcik borong minyak macam nak mandi minyak, dia nampak aku terconggok berdiri tepi nak ambil, dia pakat ambil semua bahagi 3 dengan family dia. Cantik benor punya perangai. Sebaik ada abang yang kerja situ baik pergi buka stock lain. Aku nak ambil 2 bungkus minyak je pun, tak boleh belah betul makcik tu. Its okaylah, aku pun dah dapat barang aku, malas nak banyak bunyi. Kita nak mengeluh pun tak boleh juga, inflasi harga barangan ini bukan hanya berlaku di negara kita, hampir seluruh negara tengah menghadapi harga barangan yang menggerunkan abad ini. Inilah orang kata, orang miskin makin miskin, orang kaya makin bertambah kaya, tiada impak pun pada mereka kalau harga barang naik. Kita ini, nak makan sedap-sedap pun pikir 2 3 kali, tak pun tunggu ehsan orang belanja. 



Panjang pula mukadimah aku kalini, actually kalini aku nak kongsikan tempat makan sedap dekat area Ara Damansara. Now, kerja area sekitar sini, dan aku tak jumpa pun lagi tempat makanan yang affordable price. Semuanya belas-belas ringgit. Dulu aku kerja area KLCC, bangsar village, TTDI, kerinchi, ada juga port makan below RM10 dan paling penting makanan cedok lauk tu ya gaisss.. Now, kerja area Ara Damansara memaksa aku membawa bekal dari rumah, at least 3 kali seminggu, 2 hari makan luar boleh. Kau bayangkan sehari RM15 kau makan, 5 hari dah berapa? Takkan dah RM75, takkanlah nak habiskan duit aku untuk makan je. Memang taklah. So mak aku suggestlah bawa bekal dari rumah, konon haritu nak buat cabaran 30 hari bawa bekal, baru 4 hari masak untuk bekalan ke office aku dah buntu nak masak apa. Lepas ini maybe aku plan masak terus untuk seminggu, masuk peti ais, esok sebelum pergi kerja tinggal panaskan je. Jimat masa dan tenaga, aku biasa masak malam, so pagi sebelum pergi kerja aku tinggal panaskan sahaja.


Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara

Area tempat aku tak banyak pilihan tempat makan yang sedap pun, but if no choice kalau itu je yang ada telan jerlah ya. So, tup-tup one of rakan kerja ajak pergi makan Mee Tarik dekat je dengan office, kena jalan sikit je. Hari pertama pergi sini kena jalan bawah basement parking sebab hujan lebat gila. Dah macam laluan maze runner cari pintu keluar, tambah lorong bawah tu sunyi betul. 


Mee tarik aku pernah try dulu dekat Giant area Kelana Jaya sana, aku tak ingat apa namanya, chinese muslim juga yang buat. Mee Tarik Chinese muslim memang sedap kalau diikutkan. Tapi sebab aku tak boleh hidup tanpa nasi, jadi menu utama aku pada haritu adalah Cumin Beef Chopped Rice (RM14.80). Air aku pilih air kosong je. Boleh tahan sedap juga juadah yang aku pilih, daging dia pun tak liat sangat, sedang eloklah makannya dengan nasi, dan telur tu.


Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara

Ikutkan servis dekat sini boleh tahan slow juga sebab kakitangan tak ramai kot. Then if korang pergi bergroup, hanya seorang wakil sahaja boleh bayar, tak boleh kira asing-asing. Haritu explain minta bayar asing tak dapat. 


Nak rasa umm lagi bila makan, korang boleh bubuh chili yang ada dekat meja tu. Bertambah sedap makannya, rasanya pun tak adalah pedas mana. Sedang elok jugalah rasanya.

Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara

Ini ruang dalaman restoran Samir Mee Tarik, besar dan selesalah nak makan ramai-ramai dekat sini. Korang juga boleh tengok dorang masak macam mana dekat belakang, sebab ada transparent cermin so boleh nampak dorang masak. Tukang masak aku tengok dalam 2 orang, yang ambil order antar order seorang, mana tak cukup tangan dan kaki nak menghantarnya. 

Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara


Ini menu hidangan aku dengan Grand, nampak menyelerakan betul mee tarik si Grand ini makan. Dia kata sedap juga rasanya. Apa-apa pun overall makanan dekat sini memang sedap setanding dengan harganya. Selain mee tarik, nasi, korang juga boleh pekena dumpling dekat sini. Aku tak pernah rasalah tapi just bagitau dekat sini ada jual juga. Sedap atau tidak entahlah. Awal datang haritu makan berenam sahaja, sebab ada yang work from home.

Samir Mee Tarik (Chinese Muslim Food) - Dumpling Restaurant @Ara Damansara

The next days, bila semua datang, dorang nak rasa makan sini juga. So kita repeat sekali lagi. Jadi, kali kedua aku datang aku order Tomato Beef Mee - RM11.80. Had ini memang sedap, kepedatan mee, gabungan sup dia dan rencah dalam dia memang padu. Habis jugalah aku hirup kuah sup dia. Yang taklergh bla, tomato dia dia ricih 3 keping jer, aku mati-mati ingat sup dia rasa tomato. Aigo ya! Apa-apa pun hidangan yang ini aku boleh datang repeat. Kalau dah 1/2 jam makanan kau tak sampai-sampai, better tanya sebab ada makanan takde dia lupa informed dekat customer semula. 

Sekali sekala makan sini bolehlah, hari-hari datang, kopak duit. This one of restoran aku boleh rekomen kalau korang datang ke Ara Damansara. Ada 1 lagi port sedap juga, nanti kalau aku rajin aku share k! 

Thank you for reading!



No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!