Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show - Azwar Syuhada

Saturday 18 June 2022

Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show

 Salam to all readers,


| Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show |  Kalau ikutkan minggu lepas aku patutnya pergi hiking ke Lubuk Tedung area Kemensah sana. Tapi tulah kita mampu merancang, Tuhan sebaik-baik perancang. Malam tu kawan sampai datang tidur rumah takut tak sampai sana pada masa yang ditetapkan, tambah itulah kali pertama kami berdua nak join aktiviti berkumpulan siap bayar lagi sebab nak buat permit masuk sana. Apartment aku tak boleh bawa kereta luar masuk, parking setiap rumah ada 2 je, nak taknak kena park dekat luar, okaylah. Masalah, entah manusia mana yang bahlol pergi block jalan, dah block jalan tak reti pula letak no. telefon. Biasa siapa park dekat luar tu dorang akan tinggalkan no. telefon. Tapi waktu hari kejadian, pukul 6.30am turun bawah, belakang depan tak tinggalkan apa2 notis. Hon pun tak berguna. Tanya orang pun tak kenal kereta siapa. Alih-alih kiteorang naik atas sambung tidur jerlah gamaknya sambil plan nak ke mana. Sempatlah text abang yang arrange hiking says sorry tak dapat join.


Panjang pula mukadimah aku, punya panas hati tak dapat masuk hutan. Malam tu kami sempat pergi Decathon beli tongkat nak hiking tu, kami aim nak panjang Gunung Kinabalu kalau ada rezeki. Angan-anagan tu kena ada, bila dan waktunya biarlah Tuhan yang atur. hahaha... So, sambil tergolek-golek atas katil balik, sambil tu scroll sosial media mana port menarik dan FREE untuk dilewati area KL. Aku teringin nak masuk Galeri Bank Negara tapi kena buat appointment at least 2 hari awal. So, kami pergilah berkunjung ke Menara Ilham, dekat sana ada pameran seni open untuk public. 


Area KLCC sana, takkanlah aku nak suruh member aku balik dahlah hiking tak dapat. Nak pergi sungai aku malas nak cuci kasut, makanan pun takde. Alih-alih pergilah somewhere yang cools sikit. Jom tengok apa yang menarik dalam Galeri Seni Ilham ini. Kebetulan nampak orang share dekat Tiktok haritu, sajerlah pergi tengok apa yang menarik.


Lawatan ke Ilham Art Show


Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show

Ikutkan aku bukanlah orang seni, tapi minat jugalah masuk tempat macam ni, nak tahu apa dorang pamerkan. ILHAM Art Show 2022 merangkumi karya yang meninjau naratif yang kompleks, yang peribadi dan berunsur politik, dari segi sejarah mahupun konsep. Ada karya yang menggabungkan tradisi dan teknologi, lama dan baharu, menangani pelbagai subjek seperti sejarah yang dipertikaikan, penghijrahan, konsep masa dan dunia khayalan, adat penyembuhan dan hubungan dengan budaya dan tempat.


CC KUA : Everybody Has A Change

Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show

Aku berdiri di lakaran pensel warna, hasil karya CC Kua. Setiap karya diseni mempunyai simbolik dan cerita sendiri. Untuk pensel warna ini CC Kua menceritakan perihal setiap satu pensel warna yang baru dibeli memiliki panjang yang sama, tapi tak semestinya semua warna akan digunakan dengan kerap. Sebagai artis yang banyak meluangkan masa dengan melukis, dia mempunyai pilihan warna tersendiri, dan berasa serba salah terhadap warna yang jarang digunakan. Dia turut memiliki sekotak pensel warna yang telah digunakan sejak 10 tahun yang lalu. Boleh bayangkan- ada yang panjang, ada yang pendek sebab kerap digunakan. Dia bercadang untuk menjadikan kesemua pensel warna yang jarang digunakan ini sama pendek, memberi peluang pada pensel yang jarang digunakan untuk menonjol.


Tujuan karya ini dihasilkan bukan untuk menunjukkan betapa mahirnya menghasilkan komposisi gambar, sebaliknya membantu pensel-pensel warna ini untuk menonjolkan diri mereka.


Cheng Yen Pheng - When The Land Tortoise Meets the Sea Turtle Test Fly, I believe I Can Fly


Yen Pheng menyalurkan minatnya terhadap karya berasaskan komuniti menerusi projek yang bertajuk When the Land Tortoise Meets the Sea Turtle di mana beliau menyelidik hubungan antara wau Terengganu dan tengkujuh, dan bagaimana keduanya berhubung kait dengan cara kehidupan masyarakat setempat.

Dalam penghasilan wau, Yen Pheng fikir pengalaman membuat tidak sama dengan pengalaman menerbangkannya. Anda boleh menghasilkan wau yang boleh terbang tapi mungkin tidak tahu cara untuk menerbangkannya. Dalam proses percubaan menerbangkan wau, lebih banyak gagal daripada yang berjaya. Walaupun begitu, setiap percubaan itu satu pengalaman yang amat berharga.

Aku suka sangat dia punya cerita, kesimpulannya, jangan lekas berputus asa. Once you down, bangun teruskan perjuangan. Gagal sekali bukan gagal selamanya.


Mimi Aslinda: Air di Air Terjun Lembah Anai Terus Mengalir

Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show

Kisah disebalik fabric. Mimi dilahirkan di Malaysia kepada ibu bapa warga Indonesia yang berpindah dari Padang, Sumatera pada tahun 1980-an. Beliau memohon untuk melanjutkan pengajian dalam kursus seni di universiti tempatan namun ditolak disebabkan status bukan Bumiputera. Ini membuatkan beliau menyoal identiti dan rasa termiliknya. Dalam Aiyier Di Aiyier Tarjun Lambah Anai Taruih Mangalier (Air Di Air Terjun Lembah Anai Terus Mengalir), Mimi menggunakan cebisan bahan fabrik dari kilang hijab milik ibu bapanya untuk menghasilkan potret keluarga yang diambil di hadapan Air Terjun Lembah Anai yang terkenal di Padang, Indonesia. 


Penggunaan bahan ini menandakan kehidupan dan kepayahan hidup keluarnya sekian lama, ikatan kuat dengan warisan Minangkabau, dan juga pengorbanan ibu bapa merantau ke Malaysia sejak 30 tahun yang lalu. Sebagai generasi yang lahir dari keluarga pendatang, perasaan terhadap dwi identiti begitu kuat sebagai warga Malaysia berketurunan Minangkabau.


Kalau ikutkan banyak lagi lakaran seni dalam ini, kalau nak terangkan satu persatu tak terlarat aku nak up dekat dalam blog. So, kalau korang berminat tengok pameran macam ini boleh je pergi hujung minggu dengan kawan-kawan. Masuk pun PERCUMA sahaja. 




Unplanned Buat Lawatan ke Ilham Art Show

Galeri dibuka:
Selasa-Sabtu: 11.00am to 7.00pm
Ahad: 11.00am to 5.00pm
Tutup pada setiap hari Isnin & Cuti Umum

*Dilarang bawa makanan dan minuman masuk dalam galeri
*Dilarang menggunakan flash kamera


Itulah dari plan nak hiking terpaksa tukar plan pergi galeri. Apa-apa pun enjoy the moment. Aku panas bontot duduk rumah during the weekend. Memang kena merayap juga, sebab weekend je ada me-time. Weekdays dah habiskan masa dekat office. Vibes yang berbeza!


Thank you for reading guys!

2 comments:

  1. Menarik jugak tempat ni. Memang tak faham sangat seni. Conteng2 pun ada maksud.

    ReplyDelete
  2. bab seni-seni ni kadang tgk tapi tak paham...hehehhe
    naya je lah kalau orang jenis block parking lepastu tak reti tinggal no tepon, kalau akak tingin nk calarkan je ketenya hahahha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!