FENIX360 x BOBO - Azwar Syuhada

Thursday 26 May 2022

FENIX360 x BOBO

 FENIX360, sebuah platform media sosial berevolusi dengan ciri advanced dilancarkan di Malaysia untuk menyediakan artis, pencipta dan peminat sebuah pengalaman baharu dan monetization model. 





Kuala Lumpur- 23 Mei 2022- FENIX360, sebuah platform artist-centric akan mengubah perniagaan tradisional para artis dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehkan artis dan pembikin atau pencipta muzik/seni mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut. Melalui cara tradisional terdahulu, industri telah menggunakan perkhidmatan orang tengah, mewujudkan sebahagian besar kos yang berlebihan dan tidak perlu , membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak mendapat apa-apa hasil, sebuah ironi yang bakal ditukarkan oleh FENIX360 di platformnya secara 360. 


Para artis dari semua cabang seni-pemuzik, pelakon, model, pelawak, penari dan pelukis- boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus di platform ini serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru ini yang dijanakan oleh teknologi secara blockchain. Pengalaman ini mudah, tepat dan terjamin.


“Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan para artis. Kami telah menambah sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis,”ujar Allan Klepfisz, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360.



Walaupun belum dilancarkan, platform yang mesra pengguna dan dinanti-nantikan ini telah diperkatakan dalam komuniti artis dan dianggap sebagai ‘sebuah aplikasi sosial media untuk semua’, membenarkan para artis untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka. Tidak seperti sosial media yang lain, FENIX360 mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah menyediakan kebolehan advanced seseorang artis atau sesiapa sahaja untuk mencipta aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit!  Untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh menggunakan SATU aplikasi yang hebat ini untuk menonton semua kandungan dan video artis dan dapat melayari ‘dunia’ artis tersebut melalui aplikasi yang dibuat secara ‘self-constructed’ ini. Sewaktu hari pelancaran, platform ini telah mengumpulkan 7000 Duta Artis Global dan 2.9 juta gabungan sosial media.







Lance Ford yang merupakan Pengasas serta Presiden FENIX360 memberitahu, “Dengan kemudahan ini, kami berharap untuk mewujudkan generasi pembikin aplikasi yang antusias. Ini merupakan cara mudah untuk mempamerkan diri kepada peminat serta sahabat handai serta membuatkan mereka berterusan teruja dengan platform media yang boleh dikawal.” 


Ini merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan serta media dan dimulakan dari syarikat yang berasal dari Singapura ini. Pengasasnya telah menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke dalam industri seni dan muzik, namun para artis masih bergelut dengan masalah kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain.


“Kami menghapuskan semua halangan dalam dunia kripto. Anda dengan mudah boleh membeli koin FNX360  di aplikasi ini dan menggunakannya untuk sebarang pembelian. Artis boleh mendapat bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka - seperti  live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi. There is real utility and it’s as close to frictionless as one can get,”kata Tomas Varga, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360.


FENIX360 kini boleh didapati di laman web, Apple iOS dan stor Android.


TENTANG FENIX360


FENIX360 merupakan sebuah platform media sosial artist-centric, berevolusi yang menyediakan pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan pendapatan artis  secara signifikan sambil memberi pengalaman yang menarik serta menyeronokkan kepada pengguna. Ekosistem FENIX360 menggunakan koin FNX. Ketahui lebih lanjut di https://www.fenix360.net/


Follow FENIX360: 

Instagram

YouTube


1 comment:

  1. wahh baguskan ada platform dan aplikasi buat mereka dalam industri hiburan ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!