Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!! - Azwar Syuhada

Saturday 23 April 2022

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!!

 Salam to all readers,


| Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!! | Baru ini, aku baking kek batik indulgence. Dah lama teringin nak buat kek batik indulgence ini. Asal nak buat mesti ada je barang tak ada. Alang-alang tahun ini Anchor still sponsor Butter, so kita baking kek batiklah ceritanya. Aku akan buat apa aku suka makan. Kalini puasa, aku banyak tapau dekat bazar sahaja bawa balik makan dekat rumah. Sebab aku rasa, no point aku masak untuk aku sorang makan. Weekend aku balik kampung, bolehlah makan ramai-ramai.


Jenis aku pula, bila masakibarat memanggil sekampung datang makan. Baru ni aku baking kek batik aku sedekah dekat guard bawah. Nak suruh aku perhabiskan seorang diri memang tak habislah jawabnya. Mujur Dibah haritu, check in rumah aku. boleh bagi sikit. Tapi bukan nak kata apalah. Menjadi siutt aku buat kek batik Indulgence ini buat pertama kalinya dalam sejarah. Thank you Che Nom share resepi and sukatan.


Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!!


Ikutkan buat kek batik ini tiadalah ambil masa lama sangat. Tapi bila aku yang buat dia mengambil masa dekat sejam jugalah. Kacau sikit bergambar lebih. Semua benda nak di recordnya. Jom aku kongsikan dengan korang, resepi kek batik Indulgence style Che Nom. Make sure, korang pakai butter Anchor je senang. Sebab kek batik nampak lagi berkilat dan moist gitu.


🍰Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk buat kek Batik:

2 pack biskut marie
250g mentega
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan serbuk Milo
3/4 cawan susu full cream
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk lapisan cheese:

250 g krim keju
3 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu pekat manis
3/4 sudu besar serbuk gelatin
3 sudu besar air panas
200 ml krim putar

Bahan untuk coklat ganache:

300g coklat masakan gelap
250g krim putar tenusu
1 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla

Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!!



Cara Penyediaan Kek Batik Indulgence:

Langkah 1: Siapkan loyang dan lapikkan dengan kertas kalis air. Nanti senang nak tuang kek batik.

Langkah 2: Patah-patahkan biskut marie (guna sahaja apa-apa brand). 

Langkah 3: Panaskan butter Anchor sehingga ia cair. Kemudian masukkan pula, susu pekat manis, milo, susu full cream (Dutch Lady) dan serbuk koko. Kacau rata-rata sehingga tidak berketul.

Langkah 4: Masukkan esen vanila. Kacau sehigga mendidih dan tutup api.

Langkah 5: Tuangkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi sedikit demi sedikit. Gaul sehingga keseluruhan biskut kena coklat.

Langkah 6: Tuangkan biskut marie tersebut ke dalam bekas loyang. Tekan bagi padat. Dah selesai, masukkan ke dalam peti ais sementara buat dia punya lapisan cheese dan coklat ganache.

Langkah 7: Untuk penyediaan lapisan cheese pula, bancuh gelatin dengan air panas. Kemudian, kacau sehingga ia larut.

Langkah 8: Masukkan krim chesse dalam 1 bekas, diikuti dengan gula kastor, esen vanilla, susu pekat, gelatin yang dibancuh tadi. Kemudian, kacau bagi sekata.

Langkah 9: Ambil 1 bekas lain, putarkan whipping krim sehingga ia kental. Dah elok kental nanti, campurkannya dengan adunan cheese tadi. Kacau rata, baru keluarkan kek batik dan tuangkannya ke atas kek batik. Better tuang banyak sikit dan bagi sekata. Haritu aku tuang sikit je cheese nya, sebab loyang aku kecik dah nak membuak. Bila tuang sikit, endingnya lapisan cheese tak berapa nampak. Dah siap tuangkan cheese tadi, masukkan semula ke dalam peti ais.

Langkah 10: Beralih kepada pembuatan coklat ganache. Cairkan coklat (gunakan kaedah double bolier).

Langkah 11: Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.

Langkah 12: Masukkan sedikit butter Anchor supaya kek batik kelihatan lebih berkilat

Langkah 13: Masukkan esen vanila. Kacau lagi, bila coklat dan cair bolehlah angkat. Keluarkan kek batik dari peti sejuk, kemudian tuangkan coklat ganche ini ke atas kek batik tersebut.


Credit resepi: Che Nom

Biarkan iasemalaman dalam peti ais! Siap! Esoknya dah boleh makan 🍰


Resepi Kek Batik Indulgence Versi Che Nom | Sedapppp!!!


Aku memang suka pakai Anchor Butter ini kerana ianya 100 mentega tulen Anchor yg diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar Dengan warna keemasan semulajadi rasa berkrim dan kaya, mentega Anchor sesuai untuk resepi manis ataupun savuri. Kalau nak tahu, Anchor ini ada 2 jenis butter iaitu Anchor Unsalted Pure Butter dan juga Anchor Salted Pure Butter. Anchor Salted Pure Butter Rasa yang kaya dan berkrim ini sesuai untuk resipi savuri dan manis Warna kuning keemasan semulajadi (terhasil drpd beta kerotena dlm rumput semulajadi). Menjadikan kek batik Indulgence ku lebih berkilat dan lembut dimakan. 


Even, korang tengok persembahan kek batik indulgence aku ini tak berapa cantik, yang pasti rasanya sedap. Tak sia-sia aku follow Che Nom punya resepi. Menjadi weyh!!


Nanti raya boleh buat lagi. 


Thank you for reading!



2 comments:

  1. sedapnya kek batik.. ms pkp dlu rajin la buat..
    bkn stakat kek batik.. segala mcm kek try buat..
    skrg ni nk buat kek batik pon xde ms.. haha..
    blh try buat utk raya ni!

    ReplyDelete
  2. ehhh umi puasa...tu yg scroll laju2 bila jengah sini pepagi..haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!