Keangungan Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa Serta Amalan yang Digalakkan - Azwar Syuhada

Saturday, 19 March 2022

Keangungan Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa Serta Amalan yang Digalakkan

 Salam to all readers,


| Keangungan Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa Serta Amalan yang Digalakkan | Diam tak diam kita dah masuk bulan Nisfu Syaaban, tak lama lagi Ramadhan bakal menyusul. Kejap sangat rasanya, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tup-tup dah masuk tahun baru. Moga tahun ini aku lebih istiqamah dalam ibadah dan berbakti kepada dua orang tua. Jom tengok apa yang bestnya malam Nisfu Syaaban dari sudut bacaan aku.


Apa itu malam Nisfu Syaaban?


Nisfu itu bermaksud separuh (Nisf). Manakala, Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu jatuh pada malam ke-15.


Malam Nisfu Syaaban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmah selepas malam Lailatul Qadar. Betapa besar keanggungan Tuhan, tahun ini cukup indah bilamana malam Nisfu Syaaban jatuh pada malam Jumaat yang cukup indah.


Malam Nisfu Syaaban juga merupakan hari dimana buku catatan para muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku baru. Ibarat permulaan tahun baru, beserta misi baru. Justeru, rebutlah peluang berdoa sebanyak mungkin pada malam tersebut, kerana ia juga merupakan antara malam mustazab untuk memohon keampunan kepada Dia.


Mengapa Malam Nisfu Syaaban Begitu Istimewa?

đź’–Ikutkan banyak kelebihan malam Nisfu Syaaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

đź’–Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

👉Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
👉Lailatul Baraah (malam pelepasan),
👉Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian ◾dan penentuan)
👉Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
👉Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
👉Lailatul Syafaah (malam syafaat)
👉Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
👉Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Antara Amalan yang Perlu Dilakukan Pada Malam Nisfu Syaaban


đź’–Solat sunat Nisfu Syaaban
đź’–Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.
đź’–Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
đź’–Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Cara Menunaikan Solat Sunat Malam Nisfu Syaaban


👉Lafaz niat: Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala 

👉Sahaja aku menunaikan solat sunat malam nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun.
Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca Surah al-Ikhlas.
Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 KALI.


Baca Yasin dengan niat;

👉 Allah memanjangkan umur serta dapat beribadah
👉 Menambah rezeki, sekiranya kita ada masalah dalam kesempitan wang berdoalah pada malam tersebut
👉Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah

Selesai membaca Yasin, selitkan bacaan doa Nisfu Syaaban;

Keangungan Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa Serta Amalan yang Digalakkan




Keangungan Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa Serta Amalan yang Digalakkan


Rebutlah peluang sebaik mungkin untuk dapat pahala. Moga tahun ini aku lebih istiqamah beribadah kepada Allah. Jom sama-sama kumpul pahala. Bila dah masuk bulan Syaaban ini, makin terasa aura nak menyambut puasa. Apa perancangan anda semua puasa tahun ini?


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!