Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal, Banting! - Azwar Syuhada

Saturday 8 January 2022

Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal, Banting!

 Salam to all readers,


| Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal, Banting! |  Aku dah lama tak makan roti canai dekat kedai Tawaqal, Banting. Kedai ini cukup mengamit memori dari aku bangku sekolah kebangsaan lagi, dimana arwah atuk aku dulu selalu bawa aku ke mari pekena roti canai setiap kali datang ke Banting. Dari jalan depan rumah takde divider (palang tengah-tengah) sampai dah ada divider. Kalau dulu, pergi Banting ambil masak 15 minit, tapi sekarang rasa jauh sangat nak sampai ke pekan Banting.


So, haritu sahaja ajak mak aku ke mari, konon nak makan roti canai. Alih-alih tutup. Serius nak cakap korang, roti canai dekat sini sedap tambah cicah dengan kuah dall dia yang pekat tu. Dulu roti canai boleh dapat harga sekeping RM0.60 sekarang, sekeping ada yang cecah RM1.40 tu pun tak tebal mana, sedap tak sedap belakang kira. Punya dasyat inflasi harga barangan sekarang, tapi masih lagi orang pertikaikan kenapa tak cukup gaji RM1,200.


Memandangkan aku lama balik Kuala Langat tempoh hari, aku ajak mak aku sekali lagi singgah kedai Tawaqal untuk bungkus roti canai. Alhamdulillah, kedai operasi sedia kala, now kedai dia pun dah advanced, tak ada dah, pintu kayu, tingkap kayu dalamnya, semua upgrade jadi batu. Tapi sedihnya, kuah roti canai cicah dal tu tak sama macam dulu. Kurang ummm...roti canainya masih sama, kuah cair auto jadi tak sedap.


Kedai Tawaqal ini betul-betul dekat pekan Banting deret Pizza Hut, seberang jalan ada cendol Banting yang famous tu kalau tak silap. Banyak kali masuk televisyen, tapi sekali pun aku tak pernah jejak. hehehe..


Aku ni, kalau pergi kedai mamak, tak sah kalau tak order lebih 2 keping roti canai. Mamak lovers sungguh naaa.. Yang ianya, kalau bab makin memang terlebih-lebih aku tambah lagi benda tu aku suka makan. Mak aku kurang sikit makan roti canai, tapi kalau dah ramai balik rumah, bertambah juga dia makan.



Lihat, sekarang kedai dia makin cantik dah. Dulu ada penghadang pintu kayu kalau nak duduk belah belakang, sekarang boleh nampak orang duduk di depan dan juga belakang. Dapur pun mereka dah siap upgrade sekarang. Dulu ada loteng dekat atas belakang kedai ini, sekarang tengok dah tak ada dah. Hebat mamak Tawaqal ini. Sekarang deret depan kedai ini agak sibuk orang betulkan parit. So, kena parking jauh sikit kalau nak menapak ke mari. Sebaik boleh parking belakang kedai, taklah jauh mana kalau nak berjalan.

Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal, Banting!

Ini belakang kedai Tawaqal, Banting sekarang, 100% berubah mujur nama tak berubah masih maintain. Tapi mamak yang kerja situ pun mostly ramai orang baru. Yalah umur aku dah 20 lebih, aku pergi makan situ waktu aku kecik umur, 6 ke 11 tahun macam tu. Tak ke lama. Kita boleh mencipta sejah dan memori, tapi nak kembalikan orang dah pergi tak boleh. Begitulah kehidupan.

Selagi hayat masih ada, tingkatkanlah pahala banyak-banyak. So, siapa kat sini kalau pergi mamak order roti canai lebih 2 keping? Kita geng!


Okaylah, happy weekend guys and thank you for reading!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!