Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan - Azwar Syuhada

Wednesday 15 December 2021

Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

 Salam to all readers,


Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan | Last week, berlangsungnya Karnival Kerjaya di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bertempatkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9/12 sehingga 12/12/2021. Ikutkan dah lama aku tak pergi karnival kerjaya, last aku pergi zaman habis study. Disebabkan kontrak kerja aku bakal tamat awal tahun hadapan, so aku dah start survey kerja kosong yang ada.

Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan


Aku pergi hari ke-2 memandangkan weekend mesti full punya. Alhamdulillah sepanjang ke karnival kerjaya, semua berjalan lancar dan mengikut SOP. Lebih 70 majikan daripada pelbagai sektor dan industri mengadakan interview secara terbuka di karnival tersbut, menawarkan peluang pekerjaan 24,300 jawatan kosong. Masa aku pergi, ramai golongan fresh graduate yang hadir, ada yang datang sendiri, tidak ketinggalan ada yang hadir ditemani dengan mak ayah.


Awal-awal tu aku nak datang usha-usha je, alih-alih bila masuk dekat kaunter pendaftaran diberi 2 pilihan samaada nak join interview terbuka ataupun datang survey. Kalau datang survey je boleh direct masuk. Alang-alang dah datang aku terus jerlah join interview terbuka, max 3 company je, kalau nak lebih dari 3 boleh tapi kena register masuk semula ambil no. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan dengan orang ramai. Kira, bagi setiap seorang merasalah.


Register Akaun MY.FUTUREJOBS.GOV.MY


Makesure, korang dah ada akaun myfuture job terlebih dahulu sebelum walk in ke dalam. Memandangkan, karnival ini anjuran PERKESO so nak taknak kena register akaun Myfuturejobs. Ikutkan PERKESO turut menawarkan skim bantuan kepada golongan yang dah lama tak mencarum PERKESO sejak July 2020 sehingga sekarang. So, korang berpeluang grab skim RM500. Mana yang majikan still mencarum dari date tu, anda tidak layak untuk tuntut ya.


Makesure akaun profile korang dalam Myfuturejobs.gov.my ini up to date, sebab majikan akan view profile korang menerusi akaun Myfuturejobs.gov.my ini. Boleh tahan company yang join dalam karnival ini. Boleh tengok dekat pamplet bawah ini, lepas register boleh dapatkan 1 pamplet ini tengok company yang available pada hari tersebut.



Ini antara company yang available pada hari aku datang tu. Kalau nak tengok jawatan yang available pula kena scan barcode dekat tempat tu nanti dia akan keluar list jawatan kekosongan setiap syarikat. Mostly, banyak jawatan engineering dan IT juga. Jangan risau buat graduan yang baru habis belajar, kalau korang tak sure nak apply syarikat mana, korang boleh dapatkan consultant terlebih dahulu sebelum sesi temuduga tu. Nanti consultant tersebut akan suggest mana yang sesuai dengan bidang awak belajar. Aku skip part consultant ini, terus pergi company mana yang aku aim nak pergi je.


Lepas dah register 3 company yang mana kita nak attend interview, kena tunggu dulu sehingga no anda naik untuk masuk. Hal ini bagi bertujuan mengelakkan kesesakan dalam sana. Jumaat haritu kebetulan ada solat Jumaat, so tak ramailah sangat orang datang waktu tengahari. 

Untuk pengetahuan korang semua, karnival kerjaya ini bukan sahaja terbuka kepada graduan yang habis belajar sahaja malah turut terbuka untuk golongan OKU juga.  PERKERSO berbesar hati mempelawa golongan OKU yang aktif mencari pekerjaan untuk menyertai karnival  ini dengan membuat pendaftaran  menerusi portal https://bit.ly/KarnialOKU2, selain menerima bantuan Insentif Mobiliti  di bawah program Penjana Kerjaya sehingga RM1,000 jika ditawarkan pekerjaan.



Cadangnya, aku nak datang awal pagi lagi sebab nak dengar talk dari Nik Akmal, tapi aku kerja hakiki lagi, ni pun aku pergi sini minta kebenaran SV nak hadir interview. Mujurlah dia pun faham. Aku ingat, aku tak perlu dah nak attend karnival kerjaya lagi, now Im back to seeking the job! Hopefully, adalah rezeki aku dapat pekerjaan yang lebih better.

Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

Karnival Kerjaya Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) | 24,300 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

Semoga tahun 2022 akan datang, ada sinar untuk aku. Hopefully aku dapatlah pekerjaan tetap before contract aku tamat nanti. Ameen.


Thank you for reading guys!




No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!