Unboxing Karpet Heritage 3D Dari Shopee! - Azwar Syuhada

Wednesday, 13 October 2021

Unboxing Karpet Heritage 3D Dari Shopee!

Salam to all readers,


| Unboxing Karpet Heritage 3D Dari Shopee! | Ikutkan mak aku dah lama gila minta tukarkan karpet dekat ruang tamu. Sebab karpet yang sedia ada ini jadi makin kasar lepas beberapa kali basuh. Aku kalau nak raya, ad masa terluang, keraplah cuci karpet rumah kat kampung ini. Ialah rumah kampung, banyak habuk. Kenalah cuci bagi bersih hilangkan kotoran. 1 lagi, karpet dekat ruang tamu ini memang tak boleh dibeli had yang memahal, nanti ada je yang menunmpahkan air, kita yang menengok sakit hati. 


So, haritu nampak ada orang share beli karpet dekat Shopee, cantik-cantik design nya dan harganya pun berpatutan. Aku tunjuk dekat mak aku kot-kotlah berkenan, sebelum ini aku main beli tak tengok size dah terkecik saiznya. Lepas tu mak aku suruh ukur betul-betul, barulah dapat size yang diidamkan. Penghantaran pun tak mengambil masa yang lama, aku order Sabtu malam, petang Isnin dah sampai. Awal-awal beli satu dulu tengok material dia macam mana, lepas dah beli satu mak aku request beli 1 lagi, bagi sama dengan belah sana (ganti karpet merah). Aku on jerlah, aku tolong belikan sahaja.


Unboxing Karpet Heritage 3D Dari Shopee!

Ini design yang aku pilih, ikutkan banyak lagi design yang cantik-cantik lagi. Korang boleh usha dia punya kedai dekat Shopee nanti. Rumah aku kena pilih warna gelap-gelap sikit, nanti cepat kotor pula kalau pilih terlalu terang. Aku suka design karpet dekat seller ini sebab dia tawarkan design ala-ala corak Turkey, tak mudah lari, cantik terletak elok dekat simen. Ada setengah karpet kita beli material macam ini, kita lari sikit dia pun ikut berjalan, jenis licin. Kalau ikutkan, harga orang jual karpet macam ini dekat luar ada cecah RM100 dan ke atas. So, why not kita berbelanja di tempat yang menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang sama. 2 karpet baru RM100. Tak ke berbaloi?


Bab-bab shopping secara berkhemah ini, aku sanggup spend time dekat Shopee untuk bandingkan harga dengan seller-seller lain. Aku check harga, aku tengok feedback, design dia mana lagi lawa. So, baru decide kedai mana bertuah untuk aku perhabis duit.


Antara Benda Menarik Karpet Gulung Heritage 3D:

1) Corak yang ditawarkan cantik-cantik, nampak elegan dan selesa bila dipijak.

2) Ready stock

3) Imported Crystal Velvet carpet

4) 3D Technology printed

5) Jahitan tepi karpet yang kemas, dan lapisan bawah jenis anti slip corak flora

6) Boleh cuci guna mesin basuh ataupun tangan

7) Paling penting seller bungkus dengan kemas secara gulung bukan lipat-lipat hantar. Kalau hantar pakai lipat, nanti nampak kesan lipatan tersebut. Kalau dihantar kemas secara gulung, bila bentang, auto nampak kemas.


Size yang aku beli ini adalah 2XL / XXL 220cm x 180cm, so sebelum korang nak beli cuba ukur dulu besar mana korang nak beli. Nampak kemas dan ruang lagi besar pula bila bentang 2 karpet. So jom tengok video aku unboxing karpet dari Heritage ini.


Kalau korang nak beli karpet macam aku ini, bolehlah shopping sini>> https://shp.ee/g8xhbs7


Thank you for watching!

2 comments:

  1. thanks for sharing. tak pernah lagi beli karpet online. maybe in future.

    ReplyDelete
  2. Akak baru ni pun beli carpet heritage ni...puas hati...besar karpet dia...murah pun murah

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!