Peluang Kerjaya untuk Fresh Graduate! - Azwar Syuhada

Monday 18 October 2021

Peluang Kerjaya untuk Fresh Graduate!

 Salam to all readers,


| Peluang Kerjaya untuk Fresh Graduate! | How your weekend? Dengar cerita ramai dah start balik kampung memandangkan dah boleh rentas negeri. Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Dah boleh dah buat comeback raya. Tumpang seronok tengok kawan-kawan dah boleh balik kampung dimana yang hidup di perantauan. Malam ini aku rasa nak kongsikan port baik untuk bakal fresh graduate yang struggle cari kerja. Aku akui sekarang ramai yang menganggur, ditambahkan lagi requirement peluang kerjaya nak 2 3 tahun pengalaman kerja. 


Baru-baru ini ada yang soal, kak lepas habis UniKL nanti senang tak nak dapat kerja? Gaji tinggi tak? Aku pun tak boleh nak bagi harapan terlalu tinggi, apa yang aku boleh katakan dapat kerja ini bergantung pada rezeki masing-masing. Ada orang berpuluh-puluh interview pergi, tapi 1 pun tak lekat, ada orang pergi sekali terus lulus. Semua bergantung pada rezeki. Apa yang penting kena tawakal dan usaha. Aku pun masih struggle mencari peluang yang lebih baik. 


Lately ramai orang reveal gaji dekat Twitter tak setimpal, mengutuk majikan dekat public, ia benar sosial media adalah hak kita sendiri nak tulis apa. Somehow, even aku tak puas hati pun jangan sesekali kita tulis in public. Now, semua benda di hujung jari, before orang panggil kita interview maybe HR tu tengok profile kita di sosial media. So be carefull apa yang kita taip. Even benda yang korang laporkan tu benda benar. Daripada pada memekak di media sosial ada baiknya laporkan pada saluran yang betul.


Berbalik kepada cerita peluang kerjaya untuk fresh graduate.


Zaman belajar dah habis graduate adalah zaman paling gemilang kita nak struggle timba sebanyak ilmu yang ada. Aku akui memang susah nak dapat kerja sekarang, but kerajaan juga ada buka peluang kerjaya untuk fresh graduate. Iaitu program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) atau dulu dikenali sebagai program SLIM. Aku akui ramai juga yang tahu dah akan program PROTEGE. Program ini bagi peluang kepada fresh graduate yang tiada pengalaman kerja, dimana ia bagi training selama sebulan kemudian sambung dengan pendedahan cara bekerja. Kerajaan ada open program ini di syarikat-syarikat besar seperti GLC, kalau korang aim nak kerja syarikat besar seperti Maybank, Petronas, TM, boleh je try apply program ini di Jobstreet ataupun di website company itu sendiri.


Program PROTEGE ini dia ikut batch, kalau batch January dah tutup dia open next batch. Normally program ini lebih kurang 8 bulan ataupun 12 bulan, bergantung kepada company tersebut. Kalau korang join program PROTEGE ini korang akan dapat elaun RM2000 setiap bulan. Semua elaun sama tiada tambahan apa-apa. Okaylah tu kalau nak ikutkan kerjaya aku lepas habis graduate lagi rendah. Mujur hidup bujang takde komitmen sangat.


Dalam pada yang sama, korang juga boleh upgrade your skills. Jual sesuatu yang korang boleh buat ataupun jual apa yang korang minat. Secara zaman teknologi kan? Diusia muda inilah korang boleh pulun untuk cari gali apa yang korang minat. Kalau rasa gaji korang rendah, try upgrade your skills.


Inisiatif upskilling, reskilling, MyStep, bantuan EIS, free online courses, MDEC Coursera, E-Latih HRDF still open lagi setakat ini. So, cepat-cepatlah register. Kemungkinan besar ia tamat hujung tahun ini atau 2022. Kalau korang active dekat Linkedin, boleh try join Master class Marketing. So jom tengok hustle job yang tengah in demand dan boleh pergi jauh. Cuba aim 1 or 2 skills yang betul-betul korang nak explore. If you consistent Insyallah boleh pergi jauh. 




Aku still try and error buat copywriting, social media marketing, dalam pada masa yang sama explore excel knowledge. Cuma aku tak buat dengan konsisten. Bila mood aku ke laut haram aku tak buat. So, ualls banyak masa try and error kuasai skills yang tengah demand ini. Korang boleh offer dekat negara luar if negara tempatan bayar rendah. Sebab banyak web negara luar cari orang kepakaran ini.


Salah satu web yang korang boleh offer bakat korang tu dekat Intellifluence.


Jom ketahui lebih lanjut Jana Side Income dengan Intellifluence


Apa yang penting jangan sesekali terasa terlambat nak cuba apa-apa dalam hidup ini, dan jangan sampai akhir hayat menyesal.


> Kenapa aku tak cuba ni dulu

> Kenapa aku taknak ambil risiko

> Kenapa aku tangguhkan ni dulu


Somehow, aku pun kadang-kadang ada up and down juga. Aku tak suka orang gelar aku Influencer hakikatnya aku hanya penulis blog. Seorang penulis blog yang suka berkongsi sesuatu cerita yang baginya kedengaran serius, sesuatu yang berguna untuk dikongsi kepada umum, dan baginya juga mampu memberi inspirasi kepada umum. Cewahh... kemain angkat bakul sendiri pula.


Apa-apa pun good luck untuk adik-adik yang masih mencari kerja. Jangan cepat putus asa okay!


Untuk baiki kerosakan iPhone, boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 
No. Telefon: 017-282 8089
Alamat: 118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor


If anything you want ask me, just drop in email. Aku rajin je balas email, amat berbesar hati untuk membalasnya. 


Thank you for reading!

3 comments:

  1. Selalunye brapa lama ek akan dipanggil temuduga after kita apply prog protege nii.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Selalunye ambil masa brapa lama ek utk dipanggil iv after kita apply prog.protege nii..?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!