Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens - Azwar Syuhada

Sunday 20 June 2021

Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens

 Salam to all readers,


Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens | Memandangkan weekend pun tak boleh nak keluar, aktiviti harian pada hujung minggu adalah layan movie dekat Netflix. So, this weekend aku cerita santai-santai sikit. Asyik layan cerita sedih je, ini kali layan cerita happy and chills sikit. Sesuai ditonton seisi keluarga gitu. Filem ini boleh layan dekat Netflix, berdurasi selama 1 jam 40 minit. Okaylah tak lama macam cerita hindustan.


Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens


Ali & Ratu-ratu Quees merupakan sebuah filem yang memaparkan kisah Ali (anak tunggal kepada pasangan suami isteri). Ali dibesarkan oleh bapanya, setelah ibunya berhijrah ke New York untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi (pemain piano). Pendek cerita, Mak Ali ini memang bercita-cita untuk menjadi pemain muzik terkenal di New York. Ali pula cenderung melukis sedari kecil, sebelum ibunya berangkat meninggalkannya dia sempat titipkan sebuah lukisan buat ibunya, dalam tu ada gambar Ali, ibu, ayah dia, kapal terbang untuk terbang ke kota New York.


Suatu hari, ayahnya menelefon ibunya untuk menyuruhnya pulang. Namun, ibu Ali enggan pulang kerana dia mahu menggapai cita-citanya di Kota New York. Disebabkan, berlaku pertelingkahan dalam telefon, ayah Ali membuat keputusan supaya ibu Ali tak perlu kembali lagi. Ibu Ali menganggap suaminya itu tidak pernah memberi sokongan apa yang dia suka. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun juga sudah berganti. Ali pun dah menginjak dewasa, akhirnya ayah Ali meninggal dunia disamping Ali akibat stroke.


Setelah kematian ayahnya. Ali mengambil keputusan untuk terbang ke New York untuk mencari ibunya. Rumah agam dia sewakan kepada orang luar untuk dapatkan belanja untuk terbang ke New York. Semasa Ali mengemas rumah, Ali terjumpa beberapa keping surat yang dikirim oleh ibunya kepada ayahnya. Namun, ayahnya sikit pun tidak pernah membalas. Keinginan Ali untuk berangkat ke New York untuk mencari ibunya, dilarang sama sekali oleh makcik dan pakciknya. Namun, Ali menunjukkan bukti bahawa ibunya pernah mencuba untuk mencarinya namun ayah tak pernah membalas.


Lalu, setelah Ali meyakinkan makciknya itu lantas dia dapat terbang ke New York hanya 1 misi iaitu mencari ibu kandungnya. Hanya berbekalkan sepucuk surat lama menjadi penunjuk arah buat Ali. Ali ini kira hebat jugalah, terpelajar, dan mempunyai bakat dalam melukis dan menhasilkan video yang super duper POWER.


Sesampai sahaja di kota New York, Ali terus menuju ke Queens di mana ibunya tinggal. Punya excited, dia pun ketuk pintu rumah yang ibunya tinggal. Lantas, yang membuka pintu adalah Aunty Marcy, dan turut hadir Aunty Chinta, Aunty Biyah  Aunty Ance. Ali diajak masuk terlebih dahulu, Aunty Marcy memberitahu Ali bahawa ibunya dulu memang pernah tinggal di situ tapi sekarang tidak lagi. Aunty diva semua tersebut tak tahu ibu Ali ini menetap di mana, Ali mula kecewa. 


Disebabkan dia berjumpa aunty diva yang awesome, mereka menawarkan diri kepada Ali untuk membantu Ali mencari ibunya Mia. Namun, Ali harus membayar sewa bilik di situ sekiranya bersetuju dengan perjanjian tersebut. Ali tidak teragak-agak sama sekali lantas setuju sahaja. Aunty Marcy, Chinta, Biyah dan Ance, bekerja keras untuk menolong Ali mencari ibu kandungnya. Mereka begitu menyayangi Ali yang setiap hari menceriakan suasananya. Suatu hari, salah seorang aunty diva ini mendapat info dari kawannya, bahawa ibu Ali sudah berpindah di Fort Greene. Kawasan ini tempat kediaman orang-orang kaya katanya. 


Lantas keesokan harininya, pagi-pagi Ali telah memasak lauk kesukaan ibunya iaitu rendang untuk suprise kan ibunya. Sesampai sahaja di rumah ibunya, adik tiri Ali membuka pintu dan memanggil ibunya Mia. Ali memanggil ibunya namun ibunya enggan menjawab lantas menutup kembali pintu rumah. Ali pulang ke Queens dengan hati yang punah. Aunty diva bertanya namun Ali enggan menjawab. Ketika Ali sedang bersedih, saudaranya di kampung bernama Zulkifli buat video call. Lantas, aunty diva merampas untuk ketahui siapa disana. Bahagian ini menarik, si Zulkifli ini yang membocorkan rahsia Ali kepada kesemua aunty diva. Awalnya, aunty diva cukup marah dengan mama Ali yang enggan mengaku anak. Namun, setelah Ali meyakinkan kepada mereka bahawa mamanya mungkin terkejut justerus aunty diva semua memberi dorongan kepada Ali supaya jangan berputus asa.

Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens


Selang beberapa hari, Ali kembali untuk mendapatkan ibunya. Ibunya perasan lalu memberi namecard supaya Ali memberinya contact numbernya menerusi no telefonnya. Ali begitu excited lantas balik memberitahu aunty diva. Dalam pada masa mencari ibunya, Ali juga rajin menolong ratu-ratu Queens bekerja. Ratu-ratu Queens ini punya mempunyai misi untuk membuka sebuah restoran di sekitar bandar New York. Satu hari, Ali ada date dengan ibunya, mereka berjalan-jalan di sekitar bandar New York. Ali punya teruja setiap detik kenangan bersama ibunya dia rekod dalam phone dia. Bukan sahaja, gambar ibunya, malahan gambar dan keletah ratu-ratu Queens turut direkodnya. 


Dalam pada Ali bergelak ketawa dengan ratu-ratu Queens, Eva anak kepada Aunty Ance datang. Ali & Eva bertemua buat kali kedua, masing-masing mula menyukai antara 1 sama lain. Aunty Ance awalnya tidak suka Ali mendekati anaknya, dia mahukan yang terbaik buat anaknya. Nak dijadikan cerita, ibu Ali datang ke kedai ratu-ratu Queens, dia menitip sampul surat (dalamnya ada tiket untuk menyuruh Ali kembali ke Indonesia, dan sekeping cheque buat ratu-ratu Queens). Balik ke Queens, ratu-ratu menyampaikan pesanan kepada Ali dari ibunya. Ali tidak percaya sama sekali, lantas dia mengemas pakaiannya dan pergi ke rumah ibunya. Lalunya, ibunya menghalau Ali supaya pulang. Dia mengatakan dia bukan ibu yang baik, dia ada tanggungjawab lain dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. 


Ali hampa, lalu beredar dan terus mendapatkan Eva. Eva tumpang simpati lalu memeluk Ali. Ali nak balik ke rumah Queens namun dia segan kerana sudah meninggikan suara kepada ratu-ratu queens. Ali membuka komputer ribanya, dan mengimbau kembali kenangan bersama ibu, Eva, dan ratu-ratu queens. Dia compilekan sekali video tersebut menjadi 1 video yang cukup indah. Keesokkan harini, dia kembali ke Queens dan menunjukkan video tersebut lantas meminta maaf kepada ratu-ratu queens. Ratu-ratu Queens amat menyayangi Ali seperti anak sendiri. Ali mungkin tidak dapat kasih sayang dari ibu kandungnya, namun dia tetap didampingin insan-insan yang yang menyayanginya iaitu ratu-ratu Queens.


Movie Review: Ali & Ratu-Ratu Queens


Sumpah! Overall ceritanya memang seronok gila. Bila tengok cerita ini rasa nak terbang ke New York sekarang juga. Memang superbb dia punya video dan penuh pengambaraan. 


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!