Statistik Kes Covic-19: 16/5/2021 - Azwar Syuhada

Sunday 16 May 2021

Statistik Kes Covic-19: 16/5/2021

 Salam to all readers,


Statistik Kes Covic-19: 16/5/2021 | Amat mengusarkan statistik kes Covic-19 makin hari makin meningkat. Area Shah Alam banyak kes, kes tidak bergejala kita pun tak tahu datang dari mana. Sungguh hebat kuasa Tuhan, dia hantar sekecil-kecil hama yang kita sendiri tak nampak. Jika nak dibandingkan berlakukan tsunasi mahupun gempa bumi. Contohnya, tsunami di Indonesia, kita dah tahu bahagian mana yang kena, justeru negara kita turun padang membantu. Tapi kes Covic-19 ini kita tak nampak bayang dia dengan mata kasar. Tambah-tambah Covic-19 ini bukan sahaja melanda negara Malaysia sahaja malah turut dirasai di seluruh negara. Tahu-tahu puluhan ribu rakyat telah terkorban.



See, angka statistik Covic-19 amat membimbangkan, tapi ada juga segelintir rakyat yang tak ambil kes Covic-19. Mana-mana yang ada mak ayah dekat kampung, serulah mereka duduk di rumah. Sekarang bukan masa nak menyalahkan antara satu sama lain. Kita masing-masing kena jaga antara satu sama lain. Bila tak bagi keluar rumah bising, bila bagi keluar, tanpa segan silu menunjuk di media sosial. Simpan sikit tahap kebodohan kau tu sikit. Patuhlah SOP yang sedia ada, bila bagi kelonggaran rentas negeri atas urusan kerja gunalah sebaik-baiknya. Janganlah ambil kesempatan, ada orang berjauhan dengan family tak dapat balik raya, kau senang-senang rentas sana ke mari. Dah salah, lepas tu penuh bangga update.


Baru-baru ini raya pula, berkumpul beramai-ramai dalam Mall. Kalau tiada kepentingan nak keluar, better duduk rumah. Kes Covic-19 ini janganlah dibuat main. Hujung bulan 2 haritu aku baru sahaja kehilangan Mak Alang aku, dia memang sakit kebetulan wad dia duduk pula kena kuarantin untuk kes Covic-19, tak sempat nak habiskan kuarantin arwah meninggal di hospital. Mak Alang kira saudara rapat dengan keluarga aku, waktu aku kecik-kecik dulu macam-macam dia belikan, kalau raya je mesti meriah, Nasi Tomato merupakan hidangan utama di rumahnya menjelang Syawal pertama. Nak melawat di hospital tak dibenarkan, kami semua berbalas whatsapp sahaja mampu, sehingga saat akhir dia kami semua tak berkesempatan nak peluk cium dia. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Duduklah rumah guys, jangan keluar kalau tiada kepentingan. Covic-19 ini betul-betul wujud, cuma kita tak nampak sahaja. Selagi tak kena dekat keluarga masing-masing selagi tulah korang tak pernah sedar. Masih ada ya, golongan-golongan yang tak percaya Covic-19 ini wujud. Dahlah tak percaya, kemudian sebarkan benda-benda tahyul dalam group whatsapp, makan ini nanti hilang, cari daun pisang gantung dekat pintu nanti hilang. Guys, this real please take action. 


Ku seru kerajaan, buatlah PKP yang dibuat awal-awal dahulu. Tutup semua sektor awam mahupun swasta tak perlu beroperasi seketika, SOP diperketatkan bagi semua duduk rumah, hanya 2 orang boleh keluar untuk beli barang. Kalau nak buat PKP buatlah betul-betul kalini, SOP diperketatkan lagi. Ya, mungkin ada yang tak bersetuju kalau semua sektor kerja tutup, nak makan apa, duit tak ada nanti. Tapi nyawa lagi penting sekarang ini, jangan sampai satu tahap doktor terpaksa buat pilihan untuk menyelamatkan mangsa Covic-19. Semua hospital dah penuh dengan lambakan mangsa Covic-19, tak termasuk yang duduk dalam ICU lagi. Duduklah rumah kawan-kawan, janganlah keluar kalau tiada urusan.


Selagi dalam diri kita penuh dengan sifat angkuh, bongkak, megah aku ada segala-galanya, selagi itulah benda tak boleh selesaikan. Tak semua benda boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Allahuakbar. Justeru kita kena teruskan berdoa semoga Covic-19 ini cepat-cepat lenyap dari muka bumi ini supaya kita boleh jalani kehidupan seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Thank you for reading!


#Saveforpalestin


2 comments:

  1. Entah sampai bila pandemik ni akan sampai ke penghujungnnya

    ReplyDelete
  2. Angka kematian tertinggi... takut sampaikan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!