Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming - Azwar Syuhada

Monday 24 May 2021

Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming

 Salam to all readers,


Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming | Memandangkan tak boleh nak keluar pergi mana-mana dan masih dalam mood raya lagi so semalam aku sempatlah buat salted Egg Conflakes. Haritu beli dapat sikit, had ini buat sendiri dapatlah banyak. Buat makan untuk sendiri je. Kuih raya ini time ada tak reti nak makan, bila tak ada barulah cari-cari nanti. Salted Egg Conflakes ini aku ikut resepi Khairul Aming. Aku sampai sekarang tak dapat lagi merasa sambalnya, ada orang dapat grab tak? Sedekahlah kat aku 1 nak juga merasa.


Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming

Jom tengok, macam mana nak buat Salted Egg Conflakes ini. Benda nak buat tak sampai setengah jam pun, bahannya pun mudah di cari. 


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Salted Egg Conflakes

1) Conflakes

2) Butter cup

3) Daun kari 

4) Cili api

5) Telur masin /Serbuk Salted Egg pun boleh (antara 2, orang kata serbuk jenama Adabi sedapp)

Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming


Resepi Salted Egg Conflakes Style Khairul Aming

Cara-cara pembuatan Salted Egg Conflakes

Langkah pertama: Panaskan kuali dan masukkan buttercup. Bagi dia cair.

Langkah kedua: Masukkan cili api dan daun kaun kari kacau hingga naik bau. Belakang rumah aku memang ada pokok daun kari, kalau boleh mak aku suruh bubuh 1 pokok. hehe

Langkah ketiga: Masukkan telur masin (isi kuning sahaja). Aku guna 8 biji telur masin. Kacau rata-rata.

Langkah keempat: Padamkan api, masukkan conflakes dan kacau rata-rata.

Langkah kelima: Masukkan conflakes yang dikacau tadi dalam loyang untuk dibakar ke dalam oven pada suhu 180 selama 3- 5 minit.

Siap! Dah boleh makan sambil tengok televisyen. Kalau tak tahu nak buat apa kat rumah tu, bolehlah try eksperimen masak-masak di dapur.


Thank you for reading!


2 comments:

  1. Best ada cornflakes ni buat simpan stock dekat rumah

    ReplyDelete
  2. patutla nampak daun kari tu segar, besar rupanya tanam sendiri... mau payah nk berhenti kalau makan ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!