Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya - Azwar Syuhada

Sunday 25 April 2021

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

 Salam to all readers,


Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya | Ikutkan memang dah lama gila aku tak turun pergi spa untuk dapatkan urutan, kira-kira setahun lebih dahlah sejak PKP ini. Nak dijadikan cerita, mak usu aku bagi tiket free pergi berurut dekat Baliayu Spa. Perghh.. gila kau taknak? Off courselah mahu, orang duk hulurkan. Kita pun onn je. Aku biasa urut dekat area Bangsar Village apatah namanya, haritu nak pergi asyik full, terus tak terpergi. 


Dah alang-alang mak usu aku bagi tiket free pergi berurut dekat Baliayu Spa Sanctuary ini aku pun on jerlah. Aku book Hari Sabtu, seminggu sebelum menjelang puasa kalau tak silap aku. Habis kerja pukul 1.00pm, lepas Zohor aku gerak. Baliayu Spa Sanctuay ini terletak dekat dalam mall, iaitu dalam Paradigm Mall. Jadi, aku ambil train turun Kelana Jaya and order Grab terus. Kalau nak pergi spa better buat tempahan direct, main terjah nanti takut full. Sekarang semua online, call je buat tempahan. Sampai-sampai terus dapat layanan.



Aku pun first time datag Baliayu Spa Sanctuary ini. Sampai-sampai seperti biasa diberi minum teh halia gitu dan dia akan cuci kau dengan air suam-suam panas. Perghh nikmat gila dapat masuk spa, orang urut satu badan. Aku punya slot 2 jam, lagi puasa hati. Orang yang mengurut kita ini orang perempuan dan merupakan orang seberang kalau tak silap. Sekarang nak post sebarangan pun tak boleh, karang orang duk mengata, Covic-19 berani pula kau pergi spa na. As long kau jaga SOP cukuplah, kalau rasa tak yakin tak payah pergi okay?


Aku suka concept spa Baliayu ini memang menenangkan. Even kalau masuk mana-mana spa memang best pun. Dorang akan pasang insturment muzik yang slow. Ruang untuk berurut pun besar, ada ruang untuk simpang barang peribadi kita. So selama 2 jam, memang aku nikmati sungguhlah kenimatan urutannya.Walaupun ada part dia tekan tu rasa nak menjerit. Hahaha... 




Bila dah penat bekerja, even suri rumah sekali pun adakala kena me time untuk diri sendiri. Jadi, pergilah spa buat segala sakit urut sendi di badan. Aunt yang urut aku tu kata aku banyak gila angin. Lama tak pergi berurut ke, lembut je dia cakap. Tapi dia punya urutan memang padu.


Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Had ini ruang urutan. Setiap orang bilik sendiri. Semua staff perempuan, jadi tak seganlah nak salin pakaian. Apa-apa pun lepas selesai urutan, badan memang rasa ringan gila, maybe hilang dah angin 1 badan. Setahun lebih peram tak berurut. Spa ini pun baru buka balik, waktu PKP juga dia tak beroperasi. Hopefully, semua peniaga, penjaja makanan dapat mencari rezeki seperti sediakala.

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Baliayu Spa Sanctuary | Khidmat Urutan Tradisional di Area Petaling Jaya

Korang boleh tengok perkhidmatan yang ditawarkan oleh Baliayu Spa Sanctuary ini. Macam-macam ada, mana-mana nak release tention, badan penat, ataupun yang mana nak mendirikan rumahtangga dan masih mencari spa untuk manjakan diri bolehlah datang ke Baliayu Spa Sanctuary. Puas hati dengan perkhidmatan dia bagi, badan rasa ringan, lepas ini boleh fokus kerja semula.


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!