Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus - Azwar Syuhada

Monday 15 February 2021

Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus

 | Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus | Semalam scroll Facebook nampak saudara Mohd Isa share koleksi deko mendeko ruang dapur. Cantik, boleh jadikan ilham kalau dah ada rumah sendiri nanti. Nak tengok lagi banyak inspirasi boleh search dekat pinterest tak pun Instagram. Banyak cantik-cantik. 


Tak perlu pakai barang branded, barang-barang dekat kedai RM2.00 pun boleh membuatkan sudut dekorasi kita nampak mewah. Yang penting kena ada skill untuk mendeko, bila dapur cantik barulah semangat nak memasak ya dak. Boleh jadi terus kenyang kalau tengok dapur nampak kemas. Jom tengok deko mendeko yang dikongsikan untuk tatapan semua orang. Boleh save dulu mana tahu ada duit lebih boleh cantikkan ruang dapur korang nanti.


Tak perlu pun beli kabinet mahal-mahal, cukup beli rak di Ikea, dan korang borang je balang-balang murah sama partern di Shopee tak pun kedai RM2.00 susun cantik-cantik. Dah complete dapur korang. Aku simpan sini jadikan inspirasi akan datang. Nak cari balik susah pula nanti.








Nak jimat, balang-balang macam ini korang boleh grab dekat kedai RM2.00 beli sama patern nanti sususan nampak teratur. Sticker pun dorang ada jual juga kalau tak silap, kalau tak dan nak ke kedai RM2.00 covic covic ini boleh je borong di Shopee. Semua benda ada. 

Raga nak isi bawang putih, bawang merah, halia semua ada. Bekas nasi pun ada weyh yang unik-unik di Shopee. Bolehlah borong nanti.

Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus


Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus

Koleksi Deko Sudut Ruang Dapur - Susun Atur Rempah Ratus

Cantikkan balang-balang yang isi rempah ratus dekat atas, raga yang isi santan, prego, biskus semua pakai raga yang sama, cuma diasingkan mengikut jenis makanan. Raga biskut lain, santan lain, tin prego lain. Nampak teratur, kemas. Pada isteri yang bekerja, suami balik rumah jengah dapur nak ambil barang makan pun senang. Sebab dah dilabelkan apa yang ada dalam tu. Kalau nak tunggu dapur cantik janganlah tunggu ada duit banyak, beli je sikit-sikit dahulu, lama-lama lawalah nanti dapur kau tu. 


Siapa yang tengah mencari label/sticker untuk rempah ratus bolehlah dapatkan di Shopee ini. Harga pun berpatutan. 

Nak beli boleh klik sini terus: https://shp.ee/qkzgfyc

Thank you for reading!

5 comments:

  1. Cantik. Kemas. Teratur. Duduk lama-lama di dapur begini pun ok.

    ReplyDelete
  2. lawa betul je rasa semua. Sendiri nak buat blur terus. Haha

    ReplyDelete
  3. Love sangat kalau dapat susun kemas dapur macam ni.

    ReplyDelete
  4. sukanya tgk dapur kmas macam ni..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!