Belanja Sambil Dapatkan Pulangan Balik dengan ShopBack! - Azwar Syuhada

Tuesday 9 February 2021

Belanja Sambil Dapatkan Pulangan Balik dengan ShopBack!


Belanja Sambil Dapatkan Pulangan Balik dengan ShopBack! | Duduk rumah ini bukan makin berjimat ya adik-adik, tangan ini duk gatal belek Shopee. Tak ada duit pun gigih buka tengok apa menarik dalam tu. Housemate aku pun tidak terkecuali hari-hari ada je parcel dia angkut dari bawah, tak barang makan dari Foodpanda adalah tu barang shopping dari online. 


Aku kalau tak check out barang, dapat add to chart to pun dah rasa happy sampailah Shopee bagi notification barang dah nak habis please grab sekarang. Terpaksalah aku remove bagi orang lain beli terlebih dahulu. Orang tak dapat nak keluar pergi mall, jadi dia lunaskan kepuasannya dengan shopping online pula. Jadi aku nak share dengan hanpa semua sebelum berbelanja dimana-mana shopping online gunalah Shopback, check samada shopping online tersebut available tak dekat Shopback.


Rugi gila kalau korang tak guna Shopback tambah-tambah buat yang kaki shopping online. Apa itu Shopback? Legit ke tidak web ini, macam mana cara mereka beroperasi? Ayuh ikuti cerita lanjut.

Apa itu Shopback?

Shopback ini senang cerita pulangan semula kepada pelangan setiap kali berbelanja dimana-mana shopping online yang colaborate dengan Shopback. Berapa boleh dapat? Ia semua bergantung kepada percentage shopping online yang kita guna. Aku dah cash out juga sebelum ini tak banyak mana pun bolehlah beli jajan. 


Macam mana nak earn more money dengan Shopback? Mudah je, setiap kali korang berbelanja di Foodpanda, Shopee semua guna je Shopback. Takpun jadi volunteer setiap kali kalau orang minta tolong beli barang online (makesure orang tu transfer duit dulu pada hampa). Bukan tolong pakat air liur. Margin beli barang dekat Shopee tak banyak mana pun, depend pada barang kita beli, nomally dapatlah dalam RM0.80sen, RM0.20sen. Kalau korang rajin travel cari hotel dekat Agoda ke boleh juga guna Shopback. 


Antara Shopping Online yang berkolaborasi dengan Shopback. Shopping online paling popular di Shopback pun ada. Makin mahal barang korang berbelanja makin tinggi margin pulangan cashback/shopback korang boleh dapat tau.




Aku benda yang mendapat benefit pada diri aku memang aku guna. Banyak-banyak shopping online yang cukup familiar dan berhantu sekarang ini off course Shopee. Kategori orang berbelanja ini ada dua, selagi ada duit dalam bank selagi tulah dia nak membeli, satu lagi orang tak ada duit pun dia tetap gigih nak beli juga. Tambah-tambah orang share review benda ini best rugi tak beli katanya.


Apa-apa pun berbelanjalah cara berkhemah. Wait, macam mana nak guna Shopback ini? Aku kerap shopping dekat Shopee gak ini, tak dapat apa-apa pun. Jom lihat macam mana guna Shopback ini.


Cara Berbelanja dengan Shopback


Aku tunjuk sample berbelanja Shopee menerusi Shopback. Makesure korang buka Shopee menerusi Shopback. Kalau tiada akaun Shopback boleh sign up terlebih dahulu. Once sign up dia akan keluar banyak-banyak online shopping. Korang tengoklah online shopping mana korang nak guna tu. Macam aku nak berbelanja di Shopee. Just klik pada ikon Shopee dalam Shopback ini, nanti dia akan pop up window macam ini.


Bila dah keluar pop up macam ini, korang just continue dengan klik pada pautan "SHOP NOW". Apabila dah klik, dia automatik akan ke page Shopee, so korang boleh scroll pilihan barangan korang dan check out macam biasa. Shopback ini berjaya setelah korang selesai membuat bayaran ya. Kalau setakat masuk tak beli apa-apa, ualls takkan dapat apa-apa. Korang kena makesure, korang buka shopping online tersebut menerusi aplikasi Shopback. Mudahkan berbelanja.




Boleh refer gambaran bagaimana Shopback ini beroperasi. Jom sama-sama ternak duit bersama. Kita ini kalau nak berbelanja biar cerdik orang kata. Mana datangkan benefit kita share. Pada mereka yang tiada akaun Shopback boleh lah register lekas.


Siapa tiada akaun Shopback lagi, boleh sign up SINI


Thank you for reading!



1 comment:

  1. kalau saya buat payment kat 7 eleven still boleh claim dekat shopback ke?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!