Aplikasi The Noor Kemudahan Umat Islam Praktik Bacaan Surah Lazim - Azwar Syuhada

Friday 29 January 2021

Aplikasi The Noor Kemudahan Umat Islam Praktik Bacaan Surah Lazim

 Salam to all readers,


| Aplikasi The Noor Kemudahan Umat Islam Praktik Bacaan Surah Lazim | Finally, Neelofa lancarkan juga aplikasi mudah untuk umat Islam menghafal surah-surah lazim. Aku baru je muat turun aplikasi ini. Dah meningkat usaha ini belajar-belajarlah praktik bacaan surah lazim. Takkan nak baca surah Al-Ikhlas sahaja setiap kali solat. Tambah sekarang PKP banyak masa terluang, bolehlah mengisi masa lapang praktik baca surah lazim.


Sambil naik LRT/MRT nak pergi kerja bolehlah buka aplikasi The Noor ini untuk baca surah-surah lazim. Jom tengok apa yang menarik aplikasi di The Noor. Aku biasa guna aplikasi Muqri sebelum ini, aplikasi ini Neelofa juga yang share. Kali ini nak nak tukar selera, dengan muat turun aplikasi The Noor. Jom tengok apa yang menarik dengan aplikasi The Noor.


Jom tengok apa menarik aplikasi The Noor

Hanya perlu download aplikasi The Noor ini di Apple/Google Apps Store. The Noor punya simbol seperti gambar di bawah. So colourful I like.



Bila tekan sahaja aplikasi The Noor ini korang akan nampak 114 surah-surah lazim. Cara nak dengar surahnya just klik pada button surah nak di dengar. Korang juga boleh pilih nak dengar suara siapa untuk bacaan surah-surah lazim ini. Ada suara Maher Al-Mueqly, Saud Al-Shuraim, dan ramai lagi. Ada dalam 16 suara ulama sedap. 


Bukan itu sahaja, korang boleh cuba tengok kedudukan arah Qiblah yang betul. Boleh set timing untuk waktu solat. So boleh set nak bangun pukul berapa nak solat. 

Aplikasi The Noor Kemudahan Umat Islam Praktik Bacaan Surah Lazim

Korang juga boleh pilih tema warna The Noor yang korang nak tau, just klik pada pautan "The Theme" untuk pilih pilihan warna. Nice juga macam ini. Cuma bacaan surah lazim hopefully lepas ini ada terjemahan ayat-ayat tersebut.


Aplikasi The Noor Kemudahan Umat Islam Praktik Bacaan Surah Lazim

All okay, setakat ini belum ada lack lagi. Mungkin lepas ini ada lebih lagi penambahbaikan. Bagi aku currently aplikasi The Noor ini dah bagus. Senang nak praktik hafal surah-surah lazim. Boleh baca sambil naik train, masa terluang, sebelum menunggu solat Isyak boleh buka juga. Good job Kak Lofa, perubahan dia sedikit sebanyak menyedarkan anak-anak muda lebih mengenal Tuhan.

Jom sama-sama praktik belajar menghafal surah-surah lazim menggunakan aplikasi The Noor.

Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!