Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Port Menarik untuk Jogging - Azwar Syuhada

Sunday 27 December 2020

Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Port Menarik untuk Jogging

 Salam to all readers,


Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Port Menarik untuk Jogging

| Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Port Menarik untuk Jogging | Semalam cadangnya nak ke Tasik Cermin tapi tak jadi memandangkan jauh sangat. So tukar plan ke Taman Botanic Shah Alam. Sampai-sampai tutup pula sebab Covic-19. Waktu tu dah pukul 7.55am nak balik macam awal lagi. So pergi sarapan pagi dekat kedai mamak area Shah Alam. Konon lepas lepak Taman Botanic nak ke Putrajaya pick up barang buat Nasi Arab. Disebabkan tutup pula taman tu, pick up barang tersebut dekat rumah orang tu. Mujur di kawasan Shah Alam juga.


Waktu sarapan dekat mamak, sempat search taman rekreasi area Shah Alam. Pak cik aku yang cadang pergi sini katanya kira baru buka lagi, tak ramai orang sangat. Baca review pun not bad dekat google. Lepas sarapan, pick up barang terus ke Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam ini. Taman ini terletak di Seksyen 5. Sepanjang perjalanan nak ke sini ada je orang naik basikal, so kena hati-hati juga masa driving. Tambah yang naik basikal ambil 2 line. Sangat-sangat bahaya.


Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam ini kecil sahaja tapi cantiklah kalau bergambar. Semalam aku pergi ada je pengantin datang bergambar. Tapi kena pergi awal pagi sikit sebab parking dia sangat-sangat limited. Aku pusing sampai 2x untuk cari parking. 


Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Cantik dengan Tumbuhan Hijau



Kalau datang sini memang rasa nyaman gila sebab taman ini dipenuhi dengan pohon-pohon, pokok-pokok menghijau. Tasik belakang aku ini pula dipenuhi dengan pokok bunga terati besar-besar. Memang cantik. Semalam aku tak jongging pun lebih kepada bergambar sebab dah around 9.00am taklah nak jogging tengah panas. Siapa yang suka berjongging dan elakkan tempat yang ramai orang boleh datang kemari memang mendamaikan kawasannya. Waktu aku pergi taklah ramai mana orang. Ada juga warga emas yang duduk berjalan kaki ke mari.


Aku perasan Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam ini terbahagi 2 track untuk berjongging. 1 jalan yang perlu mendaki. 1 lagi jalan mendatar je. So aku semalam ambil jalan berbukit. Naik atas nak tengok apa yang menarik.

Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam - Port Menarik untuk Jogging



Lihat Tugu Peringatan Negeri Selangor


Setelah berpenat lelah mendaki bukit SUK, Shah Alam ini ada 1 lorong membawa kita melihat tugu peringatan Negeri Selangor. Gigih mendaki semata nak tengok apa yang ada dekat atas. Mujur sepanjang berjalan ke atas dikelilingi pokok menghijau tidaklah rasa panas sangat. Nak tahu apa yang nampak dekat atas? Naik-naik je dapat melihat Tugu Peringatan Negeri Selangor.


Kalau korang nak tahu, tugu ini dibina bagi memperingati semua perajurit dan pahlawan yang telah bertarung nyawa menegakkan kedaulatan, kebebasan, kemerdekaan dan kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan. Cantik dan terpelihara. Aku suka pergi taman yang sesak dengan orang. Kalau sunyi sangat pun takut. At least tak sepadat macam dekat Titiwangsa. Jongging pun kena berjalan sebab sesak dengan ramai orang.



Tak dapat duduk lama, aku bawa adik aku yang kuat membebel. Nak balik nak balik, menyesal pula bawa. Aku baru nak lepaskan gian bawa kereta. Duduk KL aku tak jalan sangat pergi kerja balik kerja. Tambah Covic-19 ini banyak kerja dari rumah. 



Apa-apa pun Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam ini memang cantik, dan sungguh mendamaikan. Dipenuhi pokok menghijau dan track pun senang je. Kawasan tak menyeramkan yang pasti dapat relax.


Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!