My Routine Skincare with Product Kiehl's Calendula - Azwar Syuhada

Friday, 11 December 2020

My Routine Skincare with Product Kiehl's Calendula

 Salam to all readers,


My Routine Skincare with Product Kiehl's Calendula | Lama tak sembang product penjagaan wajah, tak usah kau nak beria wa, kau tu pun bukannya cantik sangat. Kalau ikutkan skin aku tak adalah bersih mana, tapi dari bangku sekolah menengah memang muka aku penuh jerawat jugalah, masuk universiti kurang sikit, lagi nak period memang mesti ada 1 jerawat timbol dekat bawah dagulah, hidunglah. Bertambah stress gamaknya. Masuk alam pekerjaan, baru nak bina kerjaya, hentam je apa yang ada.



Sekarang kerja stabil ada duit lebih barulah invest sikit untuk penjagaan wajah. Ikutkan aku pakai Kiehl's inii dari tahun lepas tak silap. Sebelum tu, guna Cetaphils, awal-awal pakai Cetaphils okay je, lama-lama dia jadi biasa je. Dia tak bagi kesan apa-apa bila dah lama pakai. So give up, baru tukar pakai Kiehl's ini. Kiehl's ini banyak product ini dari penjagaan wajah sehinggalah ke hujung rambut gitu. Untuk yang kuno macam aku ini tak tahu nak pakai binatang apa, aku walk in dan ada consultant yang terangkan product yang sesuai. Staff depa memang kulit cantik bersih semuanya. 



Aku walk in haritu di cawangan KLCC, time tu memang aku tak tahu benda. DIa tanyalah jenis kulit aku apa semua. Aku macam biasalah tak berapa pasti kulit aku jenis apa. Aku just cakap bila masuk tengahari je dahi aku penuh dengan berminyak. Tapi kalau korang walk in Kiehl's ini boleh sahaja kalau nak check jenis kulit apa. Dorang punya consultant semua baik-baik belaka. Kalau korang tak tahu guna nak yang mana satu produk, bolehlah tanya. Awal-awal dulu aku just beli Cleanser Calendula,mousturizer Kiehl's Ultra Facial Oil Free Gel Cream dan juga cream breakout (hilangkan parut-parut jerawat), nak tunjuk cream breakout tak boleh pula sebab dah habis.



My Routine Skincare with Product Kiehl's Calendula


Dalam setahun lebih gunapakai produk Kiehl's ini memang puas hatilah dengan hasilnya. Kulit wajah sekarang pun tak banyak sangat jerawat tumbuh. Parut jerawat pun makin pudar. Cuma bila datang bulan stress tu kadang-kadang naik jugalah 1 2 ketul jerawat sebagai pemanis muka. Ketiga-tiga produk yang aku tengah pakai sekarang memang puas hati terutama Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream (bekas biru atas ini). Kulit aku jenis combination minyak sikit + kering. So bila apply Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini kulit sentiasa lembab dan tak mengeringkan. Tapi kena konsisten pakai, sungguhpun duduk rumah moisturizer kena pakai lepas cuci muka apply toner. Yang aku tahu Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini hanya bagi kulit muka lebih hydrate sahaja, dia tak bagi impak pun nak pudarkan bekas jerawat ke apa. Sesuai digunapakai untuk semua jenis kulit. Terutama sensitive skin. Alhamdulillah, produk ini pun memang sesuai dengan kulit muka aku sebab tak bagi impak merah-merah pun.

My Routine Skincare with Product Kiehl's Calendula


Calendula Herbal-Extract Toner (Alcohol-Free), ini salah satu favourite aku juga. Walaupun baru guna 2 botol. Ini pun dah nak habis. Tunggu hujung bulan nak topap. Sebelum ini aku pakai toner jenama Simple, pun okay juga. Tapi ini lagi best, dalam dia kalau korang zoom sikit ada daun-daun sikit. After cuci muka, apply benda alah ini kulit lebih lembut dan fresh gitu. Paling penting ia sesuai untuk semua jenis skin. Kalau nak tahu produk tu sesuai dengan kita ke tidak, boleh test dekat tangan dulu, ataupun bila korang pakai sesuatu produk tu selang berapa hari, muka jadi merah-merah, terasa panas, menggelupas, lebih kering dan kusam. Itu tandanya produk yang korang tengah pakai tu memang tak sesuailah dengan korang.



Awal-awal singgah store Kiehl's ini aku pun tak tahu mana satu pencuci muka dia, toner, mousturizer dia yang mana sebab product dia kalau korang tengok macam dekat atas tu mombastik sangat satu persatu produknya. 




Ini pelembab wajah yang aku guna sekarang. Makesure apply hari-hari dan pakai sebesar duit syiling 10 sen je. Nomally for first time user consultant akan terangkan cara pemakaiannya. Macam mana nak pakai bila boleh pakai. Berbaloilah melabur skincare dekat Kiehl's ini, memang mahal tapi berbaloilah pakai berbulan-bulan. Cleanser dia 1 botol besar tu tahan 3-4 bulan. Toner dia besar atas tu tahan sebulan patutnya, tapi aku guna dekat 2 bulan jugalah, betapa jimatnya. Best pergi Kiehl's ini bila korang shopping barang, nanti dia akan bagi sample product, bolehlah pilih nak try product apa. Kecil je, travel kit punya sample. Aku pernah cuba kit mask Avocado tu best juga tau, shampoo (ini aku tak berkenan sangat kurang buih), sunblock dia pun best. Sunblock dia tahan 8 jam okay (boleh pakai 1 hari). Ada setengah sunblock tahan 2 jam, lepas tu kena reapply semula. 



So, inilah product penjagaan wajah aku sekarang, lepas pakai ini semua include sunblock just tempek compact poweder Laneige siap! Sekarang tak perlu bebedak pun takpe kot, sebab pakai mask kan, bukan orang nampak. So apply la maskara cantikkan mata. Pun boleh. 


Diingatkan sekali lagi, this entry not advertisement post. Aku just nak share product yang aku tengah guna sekarang. So, pada mereka yang ada masalah kulit wajah waktu zaman belajar, jangan cepat putus asa. Nanti dah kerja ada duit lebih pergilah invest sikit untuk diri sendiri. Niat bukan untuk melawa depan orang, just memberi kepuasan pada diri sendiri. Jangan cepat down okay! Sekarang nak Christmas Kiehl's pun ada buat sales juga ikut set-set yang ditawarkan. Tapi aku mampu beli 1 produk jerlah. 


Apa-apa pun jangan lupa pakai sunblock sebelum keluar rumah!


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!