Kedai Kerepek Fazz di Pekan Banting, Boleh Borong! - Azwar Syuhada

Wednesday 30 December 2020

Kedai Kerepek Fazz di Pekan Banting, Boleh Borong!

 Salam to all readers,


Kedai Kerepek Fazz di Pekan Banting, Boleh Borong! | Seperti yang semua sedia maklum tahun ini aku baru je belajar balik bawa kereta. So, setiap kali kali kalau balik kampung aku planlah dengan anak pak itam aku nak pergi mana-mana tak. Kalau hala ke Klang banyak kereta. Kalau jalan menghala ke Banting kurang sikit kenderaan. Banyak tempat dah aku drive. Dah naik ke kampung sawah, Jugra, pekan banting, Shah Alam pun dah. Asalkan bawa kereta, tak masuk mana-mana pun takpe. Now, okay dah cuma bab nak memotong nak masuk side sebelah kurang cekap lagi.



Alang-alang haritu merayap ke Banting sementara adik saudara aku nak beli Tokoyaki. Singgahlah ke kedai kerepek Fazz. Kalau korang nak tahu, pekan Banting ini memang cukup terkenal dengan orang jual kerepek. Ramai gak yang datang jauh-jauh semata-mata borong kerepek. Ada yang borong sebab orang kirim, ada juga orang beli untuk buat jual, ada juga beli untuk isi perut sendiri (salah seorangnya akulah). 


Kedai Kerepek Fazz di Pekan Banting, Boleh Borong!

Here you go, kedai kerepek Fazz ini terletak di Jalan Cempedak, Kanchong Darat, Banting. Kerepek Fazz ini cukup terkenal dengan pelbagai jenis jualan kerepek. Ia menawarkan hampir 300 jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang dan produk-produk IKS dengan harga borong terus dari kilang. Hari-hari mesti topap kerepek fresh bagi menjamin kualiti produk.


Kalau korang pergi hujung minggu tambah-tambah musim Covic-19 ini memang jenuhlah kena beratur. Aku cadang kalau nak pergi, pergi hari biasa. Tak pun pergi pagi-pagi tak penatlah menunggu. Bila tiba musim raya, kedai ini memang laris habislah dengan jualan kerepeknya. Kalau dekat sini penuh, korang boleh try pergi kedai kerepek kak Ros. area sini juga sebenarnya cuma kena jalan kedepan sedikit.



Aku rasa dah lebih dari 300 jenis kerepek. Kerepek pisang dia sahaja dah lebih dari 5 jenis. Aku pun tak tahu bezanya (mujur ada nama lemak manis, masin, semua ada). Aku beli kerepek apa yang mak aku nak dan apa yang aku nak makan sahaja. Because im not kerepek lover. Bahulu pun ada, bahulu asli dan warna warni. 




Selain kerepek, ada juga pes sambal, sambal hijau, sambal ikan bilis yang jual di sini. Sesuai sangat kalau nak bawa travel, tak pun simpan dekat office. Tak ada lauk nak makan boleh beli nasi sahaja berlaukkan pes sambal ikan bilis. Sedap juga makan dengan nasi panas-panas. Kalau korang pergi bahagian peti ais, korang boleh tengok ada chocolate moist cake, cheese cake, madu, air minuman seperti susu farm fresh pun ada jual dekat sini. Pendek cerita semuanya adalah.



Kalau aku pergi sini, mak aku suka kirim kerepek pisang ataupun kuih siput. Aku pula suka kerepek pedas-pedas manis. Haritu beli bahulu original 1 bekas pun sedap juga. Dapatlah makan sebagai kudap-kudap sambil melayan movie dekat televisyen. Tak kuasa aku beli nak buat jual. Siapa nak kirim boleh, kirim pakai duit sahaja diterima. Kirim pakai air liur memang tidak akan dilayan.



Banyakkan kerepek, selalunya nak pergi sini memang aku tanya mak aku siap-siap nak beli apa. So, kalau masuk pergi tempat barang tu sahaja. Sebab kita tahu tempat ini penuh dengan orang. Hari biasa belum tentu tiada orang, buatnya ada ramai penjual runcit datang memborong, masak jugalah nak kena beratur. 



Kedai Kerepek Fazz di Pekan Banting, Boleh Borong!

Pada mereka yang duduk sekitar Kuala Langat yang teringin makan kerepek tak tahu mana jual, pergi je kedai Kerepek Fazz ini. Senang je nak akses dalam google maps, parking pun senang, banyak pilihan dan harga berpatutan nak dibandingkan dengan harga luar. Selamat memborong kerepek guys!


Thank you for reading!

2 comments:

  1. banyak pilihan yang ada..harga pun okay

    ReplyDelete
  2. Perlu buka kasut sebelum masuk kedai?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!