First Time Hiking to Bukit Jugra (Jugra Hill) Banting, Kuala Langat - Azwar Syuhada

Saturday 12 December 2020

First Time Hiking to Bukit Jugra (Jugra Hill) Banting, Kuala Langat




| First Time Hiking to Bukit Jugra (Jugra Hill) Banting, Kuala Langat | Kalau orang sekarang tengah gian kayuh basikal, aku pula rajin tengok keindahaan alam, jogging, santai dalam hutan, nikmati pancuran air terjun dan juga hiking. Konon nak naik Bukit Gasing dengan housemate tuptup dia busy pula. So bila dah boleh rentas negeri ambillah peluang balik Kuala Langat, adik saudara aku dah rancang nak hiking awal lagi ke Jugra Hill. Aku pula sejak reti drive ini panjanglah langkah. Balik je nak merayap bawa kereta. Tak belanja apa-apa pun tak mengapa asalkan dapatkan bawa kereta.



So pagi tadi, sekitar 6.55am macam tu dah keluar rumah nak ke Jugra. Kalau gerak pukul 8.00am mesti naik dah panas hilang mood. Waktu terbaik nak hiking adalah pagi-pagi, cuaca sejuk, boleh tengok keindahan cahaya waktu pagi. Dari rumah aku nak ke Jugra ini around 20minit jugalah tak jauh mana. Tambah-tambah sejah ada laluan Kampung Sawah memang lagi dekat. Kalau ikut jalan Besar kena hadap jem, kereta banyak. Sepanjang aku membesar dekat Kuala Langat ini tak pernah lagi aku naik ke Bukit Jugra ini, boleh dikatakan ini first time seumur hidup.



Sepanjang jalan area Kampung Sawah menghala ke Jugra Hill ini ramai juga pagi-pagi dah keluar jogging dan mengayuh basikal secara berkumpulan. Bila tengok orang mengayuh basikal ini rindu juga nak mengayuh. Best kot kayuh, kalau aku join group depa off course aku orang paling campaign sungguhpun bawa basikal kapcai.



Sejurus sampai ke Bukit Jugra ini, dah banyak kereta menyusur parking. Rata-rata orang Melayu bawa anak--anak naik Bukit Jugra, ada juga yang mengayh sampai naik atas. Hebat-hebat orang Malaysia ini tau. Bukit Jugra ini terletak di Banting, Kuala Langat. Bukit Jugra ini juga mempunyai ketinggian 12meter dari paras laut. Bukit Jugra ini boleh juga jadikan permulaan pada mereka nak berjinak-jinak untuk Hiking. SUngguhpun kedengaran agak pendek, tapi korang dah sampai ke puncak korang akan rasa berpuas hati bila dapat melihat pemandangan yang begitu berharga. Boleh lihat rumah api sekaligus dapat melihat Sungai Langat yang mengalir dari Selat Melaka. 




Sebelum sampai ke puncak, korang juga akan dapat melihat Pejabat Daerah Lama di sini. Ikutkan banyak juga kawasan menarik di sekitar Kuala Langat. Tapi aku memang tak rajin nak explore. Sekarang balik macam-macam pembangunan ada, ada Bandar Parkland, kedai makan berderet dari susur keluar rumah (jangan tanya tempat makan best dekat sini). Aku jarang makan dekat luar, dapur mak aku juga yang aku cari. 



Bila sampai di puncak Jugra Hill ini korang boleh juga baca info serba sedikit berkenaan Kuala Langat. Daerah Kuala Langat ini merupakan salah satu daripada 9 daerah dalam Negeri Selangor. Terletak disebelah barat daya Negeri Selangor dan bersebelahan di bahagian selatan Daerah Klang serta di sebelah barat Daerah Sepang. Info lanjut berkenaan Kuala Langat boleh rujuk gambar dibawah, sempat juga aku snap tadi.




Ini view dari atas, waktu ini baru pukul 8.00am duduk jap tengok pemandangan. Bila sampai ke Puncak ramai juga yang dah ada di atas. Aku ingat aku paling awal sampai, rupanya ada lagi awal dari aku. PKP ini duduk di rumah je tak boleh juga, nanti aku membesar dengan jayanya. So, kena spent masa dengan aktiviti luar juga. Keluar keluar juga, SOP tetap kena patuh ya.



Ini pemandangan mengadap kubur Cina, cantik juga berhenti dekat sini. Feel dia lain macam. Masih naik Bukit Broga masih zaman universiti tak sempat sampai puncak kena turun sebab hujan lebat. Mujur naik Jugra Hill ini dipermudahkan. Tak terasa penat pun, mengah jerlah. 


First Time Hiking to Bukit Jugra (Jugra Hill) Banting, Kuala Langat


First Time Hiking to Bukit Jugra (Jugra Hill) Banting, Kuala Langat


Okaylah tayang gambar sahajalah, nak tengok full video perjalanan ke Jugra Hill Banting, Kuala Langat ini boleh tengok di youtube channel. Lama tak upload video. 




Thank you for reading!


6 comments:

  1. best kan hiking, sy da lama x hike sejak covid menyerang ni huhu

    ReplyDelete
  2. Ade laluan trail x...ke mmg laluan ni je...

    ReplyDelete
  3. ada nk pegi lagi tk hiking sini. nk ikuttt. tpi tk de geng

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ketinggian sebenar nya ialah 158 M/518 Kaki atau prominence nya 150 M/492 Kaki dari paras laut...
      Dari tapak Para-Gliding itu baru lah 120 M dr paras laut...

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!