Malu Masuk Form 6 Sebab Tak Glamour ;( - Azwar Syuhada

Sunday 29 November 2020

Malu Masuk Form 6 Sebab Tak Glamour ;(

 Salam to all readers,


| Malu Masuk Form 6 Sebab Tak Glamour | Disebabkan entri masuk UniKL mencapai pageview yang tertinggi, ada yang request, kak tolong share ambil subjek apa, akak dari lulusan mana ya? Rasa rugi pula tak tulis masa awal-awal masuk form 6 dulu. Sekarang umur dah cecah 27 tahun nak flashback sangat pun bukan boleh nak ingat semua. Disebabkan ramai yang spam dekat komen UniKL tu, akak cuba tunaikan apa yang korang minta. Hopefully bergunalah perkongsian akak kau kali ini.



Jujur aku cakap habis SPM aku tak terpikir pun nak masuk tingkatan 6. Dalam hati taknaklah masuk form 6, nanti kena masuk sekolah balik, pakai baju sekolah. Tak glamour pun :( Tapi tulah orang kata benda yang kita tak suka tu jugalah yang melekat dengan kita. Aku ada 3 sepupu sebaya satu sekolah pula, 2 dapat tawaran universiti, sorang lagi sama dengan aku ambil form 6 juga. Aku punya cita-cita konon nak belajar jauh-jauh, nanti merasalah naik bas berjam-jam, seperti suasana balik kampung kononnya. Alih-alih dapat UniKL dekat Bandaraya Kuala Lumpur ini pun dah terasa jauh jugalah. Tambah dah kerja sekarang nak balik kena plan, takkan nak balik tiap minggu kopak duit walaupun kampung kau taklah jauh mana.




Mostly yang taknak ambil form 6 ini pun sudah semestinya sebab kena berpakaian sekolah, terikat pula dengan tatatertib sekolah, kena sertai perhimpunan apa semua. Relax form 6 ini tak lama mana pun pengajiannya hanya setahun setengah. Pejam celik pejam celik habis dah. Aku merasa berpakaian sekolah waktu form 6. Habis batch aku kementerian pelajaran waktu tu rombak balik konsep pelajar STPM ini, dimana akan ditempatkan satu tempat khas, dah boleh pakai pakaian casual (sepertimana kemahuan pelajar inginkan). Senang cerita macam matrikulasi.




Aku bukan anak orang senang, apa nak semua dapat. Sebagai anak yang taat aku follow the flow. Pakcik and makcik aku pun galakkan masuk form 6. So aku ikut cadangan mereka. Masuk sekolah balik bayar yuran sekolah macam biasa (korang tak terikat lagi dengan pinjaman PTPTN). Ini salah satu kelebihan utama ambil form 6.



Antara kelebihan pengambilan Tingkatan 6;

1) Tempoh pengajian yang singkat hanay 1 tahun setengah (18 bulan) - 3 sem
2) Kerja kursus setiap semester (20%40%) untuk setiap peperiksaan - Kalau kurang bab peperiksaan, korang boleh pulun dalam kerja kursus. Aku suka gila buat kerja kursus. Makesure, kerja kursus original bukan copy paste, dan bukan plagarism
3) Peperiksaan setiap semester (60%-80%) setiap subjek
4) Form 6 ini nampak je tak glamour dimata budak belasan tahun tapi dia punya sijil tu mahal ya. Diikitraf oleh IPT dalam dan luar negara. Ramai juga batch aku habis form 6 dapat universiti yang top.
5) Pelajar diberi peluang mengulang peperiksaan semula sekiranya gagal atau tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Repeat paper senang cerita.
6) Struktur pengajian merangkumi kemahiran (soft skills) serta akademik.
7) Sijil STPM yang diperolehi boleh digunakan untuk memohon pekerjaan sektor awam dan swasta.
8) Pelajar SPM boleh memohon tingkatan 6 hingga had umur 20 tahun



Aku akui form 6 susah jugalah walaupun tempoh pengajiannya singkat. Kau kena banyak membaca dan terus membaca. Jangan leka, jangan study last minute. Kalau kau memang pro bolehlah study last minute. Subjek yang aku ambil masa STPM dulu adalah Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah, Bahasa Melayu. 4 Subjek pengajian Am ini memang wajib diambil bagi semua pelajar lulusan STPM dan diwajibkan lulus. Sekiranya tidak lulus maka gagallah STPM kome semua.



Form 6 ini bestnya juga, korang dah kenal dengan cikgu korang. Tak faham boleh berjumpa lepas habis kelas. Dia akan bantu apa yang korang tak faham. Jangan malu. Aku ingatlah cikgu subjek Sejarah Puan Atikah, lembut je dia betulkan aku punya kerja kursus untuk penambahbaikan. Sampai sekarang aku ingat lagi. Dekat universiti berapa percentage sahaja orang nak dapatkan rujukan, melainkan student tu sendiri yang sedaya upaya nak bertanya. Dekat universiti kau punya kelompok lagi ramai orang kau jumpa. Salah pilih, susah juga.




Ini gambar jamuan akhir tahun masa pengajian STPM tahun 2012. Perghh muka aku paling tak boleh bla. Mostly semua dah kawen dalam gambar ini. Congrats guys!! Alhamdulillah, tahun 2013 aku berjaya menghabiskan pengajian STPM aku (lulus). Tapi pointer tak adalah okay sangat. Aku ingatlah lagi pointer akhir aku 2.89 macam tu. Nak apply sambung Degree dekat universiti awam nak berlumba dengan beribu orang lagi dalam Malaysia. Ada gak try apply UPU, sekali tu tak lepas memag taklah nak apply lagi.



Then makcik aku, cadangkan apply UniKL. Yuran pun lagi murah senang nak dapat dengan kelayakan mak aku. Walaupun awal-awal tu tak ada hati pun nak masuk sini. Universiti swasta kan ada ke orang pandang? Persetankan apa orang nak kata. Janji kau pergi belajar. Kebetulan ada UniKL ada open booth dekat Mara Banting, mak aku bawalah aku kesana. Aku siap bawa segala sijil nak sambung belajar dekat UniKL ini tau. Apa aku nak ambil pun aku tak tahu waktu tu. Akak tu terangkanlah semua, waktu tu UniKL kira baru nak mencanak naik jugalah namanya. UniKL salah satu universiti separuh swasta. Bagi mereka dari keluarga susah nak sangat belajar boleh try sambung dekat sini dan apply Mara.



Boleh baca sini, penggal pertama aku di UniKL: Hala Tujuku Selepas STPM


Aku ini anak yang menurut perintah, orang suruh ambil kos bisnes. Aku pun ambil, bisnes pun banyak cabang kau boleh ambil marketing, administration, accounting, international bisnes, islamic finance, management entreprenuership. Aku dekat uniKL dulu ambil kos Bachelor of Business Administration of Marketing.


Bila apply degree dari Diploma kebihan yang kau dapatlah adalah kau boleh drop subjek yang kau pernah ambil dulu. Jadi jika banyak kau boleh tolak subjek yang dah ambil. Cepatlah tempoh pengajian kau buat Degree. Kalau dari STPM ke Degree, maaf tiada subjek anda boleh tolak untuk ambil. Jadi nak taknak kena hadap semua subjek okay.


Ada yang tanya kak kalau kita tak ambil akaun waktu STPM dulu, waktu SPM kita ada ambil, boleh kena nak apply Degree Account? 


Jawapannya: Boleh. Waktu zaman aku dulu memang boleh tak tahulah sekarang macam mana. Waktu batch aku ada dapat tawaran kos A, bila masuk nak tukar kos B pun boleh bergantung dengan management tempat korang belajar. Time aku dulu UniKL Business School ini kira baru lagi, dan kos marketing pula baru je wujud. 


Harini aku buka page UniKL dah banyak dah kos yang ada untuk Degree holders. Boleh refer official website mereka : UniKL | Where Knowledge Is Applied


Jom Sambung Belajar di UniKL Business School

Page pun dah lain dah makin advance dah. Cantik! So korang boleh je apply dekat website UniKL. Sama je sepertimana nak apply UPU dulu. Buka website UniKL ini, pergi bahagian Bachelor Degree, pilih kos mana korang berkenan. Dalam pada masa yang sama, korang juga boleh review kos korang nak tu berkaitan dengan apa. Bila dah tahu, boleh explore lebih details, sepertimana kos ini senang tak nak dapat kerja nanti. Market demand tinggi ke tidak. Boleh start untuk bina kehidupan. Zaman belajar kau habiskan la masa korang dengan penuh gembira. Sebab nanti dah kerja, benda yang korang paling rindu sudah semesti zaman belajar. Serius tak tipu!

Jom Sambung Belajar di UniKL Business School

Subjek Kos Marketing

Ini aku tunjuk contoh kos aku ambil dulu. Korang boleh review kos ini kos apa. Apa career path untuk kos ini, subjek yang akan belajar. Dah boleh juga tengok yuran pengajian setiap unikl. Bolehlah bajet korang punya kos juga nak masuk sini. Kalau tak cukup duit nak apply masuk univerisiti ini awal-awal. Boleh juga apply e-pendahuluan mara. Dapat dalam RM1,500 macam tu. Tapi habis belajar kena pulang balik.


Siapa kata ambil kos marketing ini belajar main Facebook & twitter je? Sebenarnya facebook and twitter tu point dalam advertisement je. Dekat univesiti subjek-subjek marketing yang kita belajar lagi advance nak kena tahu upbond, falsafah marketer. Tapi percayalah benda tu kau belajar dekat universiti je. Nanti dah kerja tak guna pun. 








Inilah subjek aku ambil sepanjang buat Degree Holder of Marketing. Korang boleh cuba review dulu kos-kos lain di official website unikl. Sekarang bulan November sempat lagi untuk buat permohonan untuk kemasukan bulan Jan 2021. Apa yang penting dah masuk study elok-elok, dapatkan pointer yang bagus. Dapat bagus senang orang grab masuk kerja, dapat potongan mara banyak tu..



Itu sahajalah perkongsian aku boleh kongsi. Hopefully terjawablah untuk persoalan korang semua. UniKL is the best. Where knowledge is Applied. Bestnya ramai yang study di UniKL dapat Knowledge dan juga jodoh. 

Okaylah. Thank you for reading!





4 comments:

  1. rugia tak mask form 6 dulu..:)

    ReplyDelete
  2. Diaorang tak sebut ting 6
    tapi sebut pra U

    ReplyDelete
  3. Masuk form six ni bagus sebenarnya. Ramai jugak kawan-kawan Eza dulu sambung form 6 sebelum dapat sambung degree ke universiti tempatan. Paling penting kena study sungguh-sungguh dan tak hampakan harapkan mummy daddy..

    Salam kenalan dari Eza. Done follow awak tau. Hihi.

    ReplyDelete
  4. dulu kot atau pemikiran orang yang salah tentang form6 nih, sedangkan sama lebih kurang je ambik form 6 atau amik dip pastu amik degree...
    apa pun janji ada usaha kita akan berjaya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!