Cara Mudah Bayar Pinjaman MARA - Azwar Syuhada

Saturday 14 November 2020

Cara Mudah Bayar Pinjaman MARA

 Salam to all readers,


Cara Mudah Bayar Pinjaman MARA | Aku tak sangka pula perkongsian aku berkenaan nak apply pengurangan mara menjadi top entry dalam blog ini. Aku harap ianya membantulah buat student-studen yang nak apply pengurangan. Aku dulu waktu-waktu sem akhir cuak jugalah, terfikir macam mana apply pengurangan, nanti nak bayar nak masuk ke akaun mana. Macam mana kaedah nak membayar sebab tiada seorang pun pada waktu itu yang boleh dirujuk. Mujurlah, waktu sem aku tu ada sorang student memang produktif berkenaan kebajikan student ini. So, lepas convo, dia add member-member batch dia yang dah habis konvo joint satu whatsapp group, dalam tu ada salah seorang staff yang kerja dengan mara.



So akak tu la brainstorm kami semua macam mana nak apply pengurangan. Dan kaedah nak bayar mara. Kalau tak memang tak tahulah kami ini semua. Habis konvo selang seminggu aku terus settlekan form yang nak dicop untuk apply pengurangan. Semua online je sekarang.



Tak sangka pula, ramai yang buat rujukan ke blog ini untuk tahu macam mana apply. Nak dapatkan cop siapa. Paling senang kalau rajin pergi sekolah ambil cop pengetua pun boleh. Aku dulu ambil cop ketua kampung. Penat juga nak cari rumah dia dekat dalam kampung sana. Disebabkan ada yang DM aku, kak macam mana nak bayar duit mara ya?



Senang je sekarang, guna jompay. Ada orang kata mara dah apps sekarang. Tu aku tak sure, malas nak download banyak-banyak apps. TNB lain, Umobile lain, touch& Go lain. Pakai 1 apps boleh bayar semua terus tu I likes. 



Cara Mudah Bayar Pinjaman MARA Guna Jompay


1) Buka aplikasi Maybank/CIMB atau mana-mana bank yang korang guna


2) Tekan "Pay Bill"


3) Diikuti dengan klik pada button "Jompay"


4) Biller code masukkan: 7195 (mara code)


5) Ref 1: isi no akaun mara , Ref 2: masukkan NRIC korang


Selesai!


Jangan lupa check selang 2 3 hari di ebaki. Aku suka bayar 4 bulan sekali, lumsum kan semua terus. Malas nak bayar bulan-bulan RM100. Senang sekali jalan. Mudah sebenarnya pakai jompay kalau dah tahu biller code mara apa. Make sure akaun mara dan NRIC number korang tu betul. Nanti simpanlah resit dia. Aku harap aku punya hutang mara ini selesai sebelum umur aku 30 tahun. Boleh buat hutang lain pula. kahkahkah..


Untuk apply pengurangan mara boleh rujuk sini>> Cara Mudah Apply Pengurangan MARA


Semoga membantu! 


Thank you for reading!

2 comments:

  1. terima kasih kak. nasib baik akak tulis pasal ni. saya nak bayar mara tapi taktau apa no acc dorang dan bank dorang. nasib baik ada jompay ni. thanks again <3

    ReplyDelete
  2. terima kasih...sangat membantu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!