Food Review: Nikmati Keenakan Kopi 5 Negeri di Lunckin Kopi @Jalan Panggong - Azwar Syuhada

Friday 25 September 2020

Food Review: Nikmati Keenakan Kopi 5 Negeri di Lunckin Kopi @Jalan Panggong

 Salam to all readers,


Kembali kita ke segmen jalan-jalan cari makan. Memandangkan tahun ini tak boleh sangat nak bercuti ke luar, so hujung minggu kita bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur sahajalah. Last week, aku dengan housemate aku memburu satu cafe area Pasar Seni. Orang kata cafe ini memang top dengan kopi. Buka twitter si Ash kaki memburu makanan pun ada tweet pasal cafe ini. Gambar makanan yang dia up memang terliur dibuatnya.


Housemate aku sorang ini bab memburu makanan dia okay je. Memandangkan Sabtu last week tak kerja, aku yang memang kaki berjalan ni mengatur jadual untuk berjimba sungguhpun cafe tu kira sekangkang kera je dari tempat aku. Asalkan dekat dengan LRT hidup je aku. Kalau tempat tu jauh dari public transport memang tak pergilah gamaknya. Kami gerak sekitar pukul 10.30am dari rumah sampai cafe around 10.45am. 


If korang naik LRT turun Pasar Seni then turun escalator nak ke MRT bawah tu, nanti ada papan tanda keluar Jalan Panggong (belok kiri kalau tak silap) keluar situ. Jalan terus keluar dari MRT Pasar Seni tu belok ke kanan, ke depan sikit dah sampai Cafe Lunckin Kopi. Aku galakkan engkorang datang before 12.00pm kalau tak jenuhlah Q depan kedai. Mujur aku kira awal jugalah datang, Q tak berapa panjang. Disebabkan cafe ini viral orang kata sedap, ramailah orang datang singgah makan. Tak sampai 15min aku dengan housemate aku dah boleh masuk. Kawasan Jalan Panggong ini macam dekat area Perak pula ala-ala nostalgia gitu.


Ini gambar pintu hadapan Lunckin Kopi if ambil yang depan-depan tu hilang pula bontot aku nanti, sesak dengan kereta keluar masuknya. Bertahun-tahun aku duduk KL ini first time aku jejak jalan sekitar sini. Cafe Lunckin Kopi ini ada 2 tingkat, memandangkan aku datang berdua sahaja, ramai orang pula, jadi kami dapat duduk bahagian dapur. 

Nak tengok apa kami makan? Sabar jap, kalau nak tahu apa yang kami order boleh scroll ke bawah sikit lagi.





Tadaaaa!!! Ini full set makanan yang kami order. Penat aku mengatur gambar dalam entry ini sudahnya berterabur juga. Layankan jerlah. Aku jarang pergi kedai orang recommend kata sedap, bila pergi tak adalah sedap mana. Tapi cafe Lunkin Kopi ini boleh kena dengan selera aku, housemate aku pun kata sedap. Tersandar jugalah lepas balik rumah. If keluar jogging nak makan sini pun best tau! Pergi pepagi tak sesak sangat, sebab apa? Sebab ramai orang masih berselebung dalam kelambu. Tengahari baru keluar cari makan. 

Jom layan satu per satu makanan yang kami order dan korang WAJIB order bila datang sini.


5 SET KOPI 5 BUAH NEGERI IAITU KUALA LUMPUR, MELAKA, JOHOR, PENANG & IPOH!!

Sungguhpun datang makan berdua, tapi order macam sekampung punya makan. Persetankan apa orang nak kata. Makan tetap kena makan, bukan senang nak datang sungguhpun duduk 1 kawasan. Siapa yang addicted dengan kopi, aku syorkan korang datang sini. Memang PADU gila kopinya. Aku suka kopi tapi cepat muaklah juga kalau telan banyak kali. Dekat sini engkorang boleh minum sepuas-puasnya kopi. Tambah-tambah korang boleh refill if tak cukup dah habis. 


Mana ada cafe atau restoran lain yang boleh refill air kopi. Mostly tawarkan air minimuan bergas untuk di refill. Set Kopi 5 buah negeri ini hanya RM19.90 Telanlah sampai muak!! Dah habis minta je refill. 



Air Kopi 5 buah negeri dalam jarak dekat. Petang-petang cicah dengan biskut memang sedap weyh!



Lunckin Toast (RM12.90)

Set roti for breakfast include telur separuh masak (2 biji). Set ini hanya RM12.90. Roti tu boleh sapu dengan kaya, nutella dan juga peanut butter. Sebabkan dah kenyang makan nasi benda alah ini tak habis makan. Nak sumbat lagi tak boleh masuk dua-dua kekenyangan. 




Set Chessy Chicken & Wedges (RM26.90)


Set ini ala-ala macam makan dekat K Fry rupanya. Aku tak pernah makan K Fry lagi tapi tengok orang up lebih kurang macam ini la rupanya. Set Chessy Chicken & Wedges ini juga meruapan salah satu makan the best seller di Lunckin Kopi ini. Puas hatilah order haritu, dia hidangkan siap dengan dapur memang panas, so kami berdua gaul-gaul cheese tersebut bagi cair baru salut dengan ayam dan juga wedges. Gulung-gulung tarik putuskan cheese tersebut baru sumbat ke mulut. Perghhh memang sedap makan panas-panas pula. 



Nasi Lemak Sambal Sotong 

Ini makanan housemate aku, rasanya boleh tahan jugalah. Potion makanan dekat sini sungguhpun nampak sikit tapi cukup mengenyangkan perut. Kami sempat merasa satu sama lain makanan, rasa sambal sotong ini memang sedap , sotongnya pun tak liat sedap jerlah makan.



Salted Egg Prawn (RM12.90)

Ini aku punya makanan. Salted Egg Rice memang favourite aku la ni. Korang boleh pilih sama ada nak Salted Egg Chicken boleh, prawn and 1 lagi squid rice. Disebabkan aku dah biasa makan salted egg chicken kali ini aku ubah selera dengan mengenakan Salted Egg Prawn pula. Rasanya memang padu jugalah. Tapi kalau kuah saled egg tu lebih sikit lagi hurmm rasanya. Semua cukup rencah. Kalau korang pergi ke Midvalley ada 1 kedai namanya The Canteen, situ pun Butter Chicken dia sedap tau. Lama gila aku tak pergi Midvalley. Last pergi masa makan Sukiya tak silap aku.


Aku rekomen kalau korang nak makan nasi dekat Lunckin Kopi ini bolehlah order Salted Egg Prawn ini. Sedap weyhh!!! Sekali cuba pasti nak lagi.

Ini antara menu yang BEST SELLERS dekat Lunckin Kopi ini. Bolehlah usha dulu sebelum nak datang. Staff dekat sini pun ramai dan senang minta tolong, biasa tempat top ini serve orang mesti lama kan? Tapi di Lunckin Kopi ini tak lama mana pun nak tunggu order sampai. 


Muka bahagia aku bila nampak makanan. Sekali sekala makan macam ini takpe, kalau berhari-hari datang makan badan aku pun bagai dipam-pam macam belon kot. Dah kena detox balik dah sumbat pelbgai juadah. Dah kekenyangan kami pun beredar, sekali keluar cafe berderet orang beratur panjang nak masuk makan. 


Pada mereka yang datang berkeluarga ada mak bapak yang berumur ataupun anak kecil aku sarankan korang datanglah pagi-pagi. Tak adalah kena beratur panjang. Weekend lagilah ramai orang, jadi atur jadual anda untuk ke Lunckin Kopi seawal pagi.



Sebelum balik kami sempat ke Petaling Street, dah kenyang makan kalau balik rumah mesti terbongkang so kena jalan sikit bagi mengurangkan risiko obesiti. Petaling Street ini best tau, kalau korang rambang mata, jangan pergi time gaji tak masuk, nanti gigit jari weyh! Macam-macam korang boleh shopping. Area sini mostly Cina. Kalau pergi Masjid Jamek area kawasan Melayu. Petaling Street sini best juga tau, macam-macam kau boleh dapat salah satunya beg rotan. Dan aku dan si Oyah pun tergoda lalu membelinya. Balik dua-dua seriau nak tengok bank akaun.


Itu sahajalah cerita jalan-jalan cari makan aku di sekitar bandar Kuala Lumpur. If korang datang ke KL bolehlah singgah makan dekat Cafe ini. For me berbaloilah makan dekat sini, harga pun setimpal dengan apa yang aku order. Kadang-kadang kedai mahal, gah, rasanya takadalah sedap mana. Had ini aku recommeded sangat siapa nak pergi makan. Servis pun okay je.


Post ini bukan post advertisement ya memang aku nak share memandangkan cafe nya sedap. So pergi jangan tak pergi. Untuk details lebih lanjut bolehlah layari facebook Lunckin Kopi.


Waktu Operasi Lunckin Kopi;
8.00AM to 9.00PM 

Lokasi untuk ke Lunckin Kopi;
14
Jalan Panggong
City Centre
50000 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur


Thank you for reading this entry!

5 comments:

  1. Memang cafe ni duduk dalam wishlist. Terliur tengok set cheesy and wedges tu. Ni kalau nak datang kena time betul2 lapar

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dpt cuba kopi2 tuuu..nampak sedappp

    ReplyDelete
  3. Nape tulis nama kedai LUNCKIN? Tgk gambar pintu depan tadi, tulis LUCKIN he, takde huruf N kat tgh.. 😆😬

    ReplyDelete
  4. baru pergi harga dah naik kopi 5 negeri rm 25

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!