Keenakan Menjamu Selera BBQ Town, Shabu Shabu di Midvalley - Azwar Syuhada

Sunday 26 July 2020

Keenakan Menjamu Selera BBQ Town, Shabu Shabu di Midvalley

Salam to all readers,

Last week minggu gila, gila dengan kerja bertimbun. Hari-hari balik pukul 9.00malam. Lagi gila kena buatkerja orang lain. Huh! Hari relax aku hanya hujung minggu, tu pun tak berapa nak relax sangat mesti ada kena buat. Why la depan bos beria semua kata boleh buat, last-last past kerja dekat orang lain suruh settlekan. Okaylah, harini aku nak share restoran aku pergi makan last week.

Bila dah stress, hujung minggu kena happy kan diri sendiri. Sebaik housemate aku memang kaki makan, dia yang teringin sangat nak pergi makan sini. Aku dah janji lama nak makan luar sama-sama tak jadi, sebab dah 3 minggu turut-turut aku balik rumah makcik aku kalau tak silap. Kebetulan last week Sabtu aku kerja, terus pergi. Dia tunggu aku dekat Abdullah Hukum. Sampai Midvalley around 3.00pm jugalah sebab aku gerak lepas solat Zohor. Midvalley ini kalau masuk tak sah kalau tak sesat. Tujuan masuk pun nak makan shabu-shabu. Tanya info kaunter dia bagi petunjuk dekat dalam Aeon pula. Tengok-tengok memang nama foodcourt tu pun Sukiya. hahaaha..

Tanya info kaunter 1 lagi baru bagi yang petunjuk yang betul. Sampai-sampai depan restorang BBQ Town ini kena beratur. Gatal sangat pergi hujung minggu. Nak pergi time kerja memang tak danlah. Tak sampai 30min dah boleh masuk. Masuk-masuk je, meja kami dah dihidangkan dengan plate berisi udang, daging, ayam. Ini main yang wajib dihabiskan, kalau tak habis kena bayar. Gitu.. Mujur yang pergi ini memang tengah lapar.

Restoran ini macam tersorok sikit. Aku tak pernah lagi makan sini. Last aku makan steamboat pun tahun lepas rasanya. Pak John Steamboat kalau tak silap. Steamboat kalau ikutkan kebesaran makanan otrang Cina. Aku suka makan tempat macam ini jarang-jarang, kalau selalu muak juga.

Aku cadangkan kalau nak makan weekend pergi mall yang tak ramai orang. Aku pergi Mid pun sebab dekat dengan rumah. Bolehlah, puas hati makan berdua semua sapu licin.

Masuk-masuk je, tempat duduk kiteorang dah terhidang main menu dia. Semuanya nampak segar-segar belaka. Kalau nak tambah apa-apa mee ke, fishball, sushi, salad, kena layan diri ambil sendiri. Sauce BBQ paling sedap dekat sini. Jalang lupa ambil cicah dengan daging.

Aku jumpa makanan, semua masalah hilang. Jadilah seperti aku makan dan terus makan. Dah gemuk nanti pikir kemudian.

Fishball yang bulat tu sedap gila sebab dalam dia ada cheese, yang petak tu hang fishball biasa tanpa cheese.


Kalau ikutkan menu dia tak banyak mana pun nak bandingkan steamboat tempat lain yang mana lagi banyak. Desert dekat sini hanya ice cream dan buah tembikai sahaja masa aku pergi. Tak sure la kalau ada banyak lagi. Sushi pun dah tinggal sikit. Sebaik dapat grab juga.


Makan macam ini, sedap gila weyh! Sayur tu kau gulung dengan daging/ayam yang dah dibakar. Kemudian letak sos BBQ tu banyak-banyak baru ngap. Sedap gila! Ala-ala makan style orang Jepun gitu.

Penutup tirai kami makan dekat sini, off course ice cream dia. Ini Oyah punya, aku ambil pakai cone punya lagi nikmat rasanya. Siap makan kami bergerak balik ke rumah dengan kekenyangan. Masa makan tak ingat dunia, dah kenyang tersandar terus.

Apa-apa pun keluar ke tempat public jangan lupa jaga jarak, pakai pelitup muka, pakai handsanitizer. Wabak Covic-19 makin tinggi pula sekarang ini, karang ada yang tak balik raya lagi. Jaga diri masing-masing okay.

See you again. Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!