JBR Bundle Klang, Pusat Bundle Terbesar di Sekitar Lembah Klang! Mesti Kena Pergi! - Azwar Syuhada

Sunday, 14 June 2020

JBR Bundle Klang, Pusat Bundle Terbesar di Sekitar Lembah Klang! Mesti Kena Pergi!

Salam to all readers,

Time Raya haritu sempat aku keluar pergi ke kedai JBR Bundle area Johan Setia sana. Kalau ikutkan setiap kali balik Klang aku memang melepak dekat rumah je tak keluar mana-mana pun. Balik Klang tak macam dulu, area rumah aku pun dah serupa bandar, sebaik rumah aku rumah kayu, adalah suasana kampung lagi. GM Klang tu tak sampai setengah jam dah sampai dah dari rumah, tapi aku boleh bilang berapa kali je aku jejak. JBR ini pun first time pergi, sebab dia buka betul-betul dekat tepi jalan besar, kawasan sesak, tambah orang tengah buat pembinaan LRT 3. Yang buat sesak pun sebab traffic light. 

 Hari last aku kat Klang time raya haritu, sempatlah bawa adik-adik saudara aku jalan kedai bundle JBR ini. Sebelum buka JBR dia pasang kain rentang kelas renang, tup-tup buka bundle. Siapa yang rajin beli barang-barang bundle ini tahulah nak pilih apa yang okay. Banyak je baju-baju masih elok yang boleh dapat dengan harga murah. Ada 1 baju tu RM5 je wei. Murah gila, cuma tengok cara seseorang tu gayakannya nampak mewah je.


Seluar jeans, sweetshirt, boots, handbags, baju sejuk, backpacker pun murah-murah. Aku borong dua barang je haritu jacket larian dalam RM8 1, satu lagi seluar kerja RM5. Cantik je lagi. Mainan budak-budak pun ada.

Aku kalau bawa balik kereta boleh je pergi ambilkan order untuk orang. Tapi aku tak rajin nak buat. Mana-mana duduk sekitar lembah Klang, bolehlah singgah ke JBR Buddle Klang ini, besar selesa gila nak shopping. Penat boleh duduk dekat kerusi yang disediakan. Baru je buka balik setelah lama tak beroperasi masa PKP. Masa ini kita support balik anak Malaysia punya bisnes okay. 

Dia dua tingkat, bawah jual baju-baju tshirt, jeans, sneakers, swimming suit, mainan budak-budak, atas ada backpack, baju sejuk, baju running, pelbagai brand ada. Elok pun elok.

Antara Kelebihan Beli Barang di JBR Bundle Klang;

1) Pelbagai pilihan barangan dan harga jauh lagi murah dari harga pasaran
2) Barang masih cun
3) Tempat parking luas
4) Lokasi strategik, lalu Jalan Besar dah nampak
5)  Koleksi barangan menarik seperti baju, kasut, handbag dan macam-macam lagi
6) Boleh ber OOTD lagi
google
Add caption





Tertinggal seorang tengah buat sibuk online kelas dekat tepi. Sekarang pergi mana-mana kena patuh SOP, pakai mask, scan barcode MySejahtera, ambil suhu. Okay juga new normal ini, mendidik orang Malaysia menjaga kebersihan. Sedar tak sedar, Covic-19 ini banyak pengajaran pada semua orang. 

Sekarang dah boleh rentas negeri dah! Selamat pulang ke kampung siapa yang tak dapat pulang beraya haritu! Hati-hati, balik-balik juga, jangan lupa patuh SOP yang disediakan oleh MKN. Selamat Hari Raya ualls!

Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!