Resepi: Step by step Masak Nasi Tomato + Ayam Masak Merah Versi Bujang - Azwar Syuhada

Sunday 10 May 2020

Resepi: Step by step Masak Nasi Tomato + Ayam Masak Merah Versi Bujang


google
Resepi: Step by step Masak Nasi Tomato + Ayam Masak Merah Versi Bujang | Lagi sikit je aku dah boleh buka restoran. Sorry gurau je. Baru masak 2 3 menu dah claim teror masak. Podahh...Siapa dekat sini gallery phone penuh dengan makanan sepanjang PKP ini? Kita geng. Memory aku sampai penuh tangkap 1 gambar makanan. Nak sembang, semalam aku berjaya buat Nasi Tomato style bujang khas untuk 2 3 orang makan. First try, alhamdulillah menjadi. 

Okay, taknak pandai sorang share dalam blog sini. Mana tahu ada yang nak cuba masak Nasi Tomato  time bulan puasa ini. Takkan nak makan nasi putih je kan, tukar selera sikit. Jom tengok apa barang diperlukan untuk masak nasi tomato. Nasi Tomato main dia off course nasinya, kalau nasi tak jadi makan tak menjadilah. 

Resepi Masak Nasi Tomato;

Bahan-bahan untuk Masak Nasi Tomato;

  • 3 cawan beras Basmathi + 3 cawan air
  • 3 kuntum bunga lawang (skip kalau tiada)
  • 3 kayu manis, 4/5 bunga cengkih, buah pegaga (3 serangkai)
  • 1/4 minyak zaitun (kalau tiada apa-apa minyak masak pun boleh, jangan pakai minyak petrol sudah)
  • 2 sudu besar planta (kalau tiada minyak sapi)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu garam
  • 3/4 helai daun pandan
  • 2 sudu tomato puri (aku tak ada, skip bubuh tomato ori)
  • 2 biji tomato besar dihiris halus
  • 2 bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar halia*
Yang ada tanda [*] korang blend siap-siap atau hiris halus-halus. Aku kalau hiris bawang memang failed gedabak-gedabak aku potong. Blend terus senang! Siap letak tepi.

Cara-cara Masak Nasi Tomato

1. Rendamkan beras

Orang kata kalau nak sedap, beras tu direndamkan terlebih dahulu. Ambil beras Basmathi tu masukkan dalam periuk nasi bubuh air letak tepi. Rendamlah selama 30 minit.

Kenapa kena rendam? Supaya bila masak nanti dia terbentuk cantik sebati dengan bahan-bahan yang kita nak bubuh nanti. If tiada beras Basmathi boleh sahaja pakai beras biasa. Dah selesai rendam nanti jangan lupa bilas dengan air bersih dan toskan.

2. Tumis bahan

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali dalam suhu sederhana perlahan. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, bawang putih, bawang merah, halia, diikuti dengan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Kacau hingga wangi.

3. Masukkan beras

Dah wangi masukkan beras yang korang dah toskan tadi, kacau rata-rata. Kacau selama 1-2 minit dalam suhu api yang perlahan. Kemudian, bubuhlah susu cair, tomato, mentega, garam, gula, daun pandan. Dah rata, tutup api.

4) Pindah ke rice cooker & Masak nasi macam biasa

Siap, boleh masukkan beras ke dalam "rice cooker" tunggulah dia masak. Terpulang korang nak masak atas dapur terus atau pakai rice cooker. Aku lebih prefer rice cooker. 

Tak complete kalau makan nasi tomato begitu je, so kena buat Ayam Masak Merah sebagai pasangannya. 1 lauk pun dah rasa sedap gila. Sementara menunggu nasi masak bolehlah buat ayam masak merah.


google

Ayam Masak Merah

Bahan yang diperlukan;

  • 4-6 ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 setengah halia
  • 4 sudu besar cili kisar
  • Sos Tomato
  • Air asam
  • Garam
  • Gula 
Cara-cara Membuat Ayam Masak Merah

1. Panaskan minyak, goreng ayam seperti biasa. Dah siap masak ayam letak tepi kita teruskan dengan membuat sambal.
2. Gunakan sahaja minyak goreng ayam tadi, kalau banyak sangat boleh keluarkan sikit. Minyak dah panas boleh masukkan bawang putih, bawang merah, halia yang dikisar. Kacau, garing sikit masukkan cili kisar nak sambal lebih masukkan banyak sikit. Kacau lagi, sampai dia naik minyak.
3. Bila dah naik minyak boleh masukkan air asam sikit, sos tomato, garam dan gula. Kacau sehingga menggelegak. Baru masukkan ayam, Kacau rata-rata.
4. Siap untuk dihidang!





Sedap juga aku masak sendiri semalam. Hairni housemate aku kata nak buat bihun sup pula. Tak sabarnya nak makan. For me, menjadilah untuk tekak sendiri. Apa-apa pun selamat mencuba.

Boleh lihat full video masakkan aku di youtube juga. Sekarang tengah berjinak-jinak buat video. Siapa ada akaun youtube, jangan lupa subsricbe ya.

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!