Cara Mudah & Cepat Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Menerusi Email - Azwar Syuhada

Monday 4 May 2020

Cara Mudah & Cepat Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Menerusi Email

google
Cara Mudah & Cepat Daftar i-Akaun KWSP (ahli) Menerusi Email | Dalam pada orang sibuk-sibuk apply i-Lestari. Aku baru terhegih-hegih nak register i-Akaun KWSP. Malam tadi sempat usha beberapa sumber untuk apply i-akaun KWSP. Seperti mana kita tahu, umumnya semuanya dah ada akaun KWSP, dimana majikan korang dah bukakan cuma, i-Akaun ini kita dah monitor secara online. Sama juga seperti Maybank dan Maybank2u. Kita buat bukan sebab kita tak percaya pada majikan, akan tetapi kita kenalah monitor juga untuk kemudahan kita kelak. Sebab ada juga isu, company tak bayar. Jadi sama-sama kita jaga.

Kalau ikutkan kaedah untuk daftar ini ada  2 cara, 1 sama ada kunjungi mana-mana outlet KWSP ataupun menerusi email. Disebabkan wabak covic-19 ini, kenalah apply secara email. Kita nak dapatkan no PIN kita je sebenarnya. nanti boleh check terus. Jom ikuti langkah mudah untuk apply.

Cara Mudah & Cepat Daftar i-Akaun KWSP (ahli) Menerusi Email

1) Langkah pertama : Download borang pendaftaran i-Akaun KWSP di SINI . Borangnya korang boleh seperti di bawah. Isi maklumat diri anda seperti nama, no kad pengenalan, no telefon, dan "tick" pada kotak yang dikehendaki okay. Fill up the form guna apps dalam telefon pun boleh. Sekiranya korang dah download, first page tu dia dah terangkan apa dokumen yang perlu disertakan, macam mana nak rename dokumen. Kalau tak faham, tak mengapa boleh refer apa yang aku tulis ini.

Antara dokumen yang PERLU disertakan adalah;

1) Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun KWSP (ahli) seperti di bawah
2) Gambar Kad pengenalan (depan & belakang)
3) Gambar Swafoto Ahli dengan MyKad
4) Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: Bil Telefon/ Kontrak pendaftaran no telefon)
5) Salinan Penyata Bank Ahli yang aktif (Boleh download dalam apps bank)

Siap kesemua dokumen yang dikehendaki boleh email ke alamat: iakaundaftar@epf.gov.my

google
 CARA MUDAH UNTUK LAMPIRKAN & RENAME DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) Lengkapkan Borang Pendaftaran i-akaun KWSP (ahli). Setelah lengkap diisi save dengan format yang telah ditetapkan iaitu iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>

2) Salinan Kad Pengenalan (MyKad (depan dan belakang). Save dengan format yang ditetapkan pada iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>

Panduan: Anda semua digalakkan membuat garisan palang seperti dibawah "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"



 3) Gambar Swafoto ahli memegang MyKad kena clear. Save dengan format nama yang dah ditetapkan pada iakaundaftar_Swafoto_<Nama Ahli>


google
4) Bukti pemilikan nombor telefon ahli. Bolehlah screenshort dekat apps telco korang. Screenshort bagi jelas dan rename file pada iakaundaftar_Telefon_<Nama Ahli>

5) Akaun Penyata Bank Ahli yang aktif. Boleh dapatkan dengan 2 cara sama ada pergi kaunter bank ataupun download sahaja di aplikasi bank anda. Pergi dekat e-statement download bulan paling latest. Save dokumen dan rename file pada iakaundaftar_Bank_<Nama Ahli>

Remark: Jangan lupa bubuh garisan palang pada setiap dokumen yang disertakan pada "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"

Setelah lengkap dan rename kelima-lima dokumen yang dikehendaki bolehlah email ke alamat: iakaundaftar@epf.gov.my Settle! Tunggu balasan pihak KWSP hantar ID & no PIN.

Contoh email boleh refer di bawah;

google

Satu lagi makesure korang punya dokumen tu semua bawah 2MB. Better guna KB kalau tak lepas nak hantar. Tak caya boleh tanya blogger Ms Yatie. Aku banyak refer dia malam tadi. Senang sikit bila dah ada i-akaun KWSP ini, boleh check dekat phone kita je nanti. 

Ada orang kata bagus juga apply i-Lestari boleh carum masuk ASB. Apa kata anda ya, berbaloi tak? Sebab masuk dalam akaun KWSP amaun statistik sahaja. Bila carum i-Lestari, bulan-bulan RM500 tu pindah masuk ASB hujung tahun ada dividen. Kalau ada pandangan boleh SHARE sini tak. Berbaloi tak apply i-Lestari tu.

Thank you for reading!




3 comments:

  1. Sy buat i akaun dh lama..masa thun 2015 kot... Masa tu call je kwsp, dorang amik ic, x sampi 10 min dah setel..boleh dh log in

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu bagi yang nak daftar i-lestari ni

    ReplyDelete
  3. Thank you sharing step, mudah nak register nanti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!