Resepi Nasi Ayam Mudah dari Dapur Bujang - Azwar Syuhada

Sunday 12 April 2020

Resepi Nasi Ayam Mudah dari Dapur Bujang

Salam to all readers,

Aku bukanlah kaki masak pun, tapi sejak PKP ini tengok orang duk post gambar makanan sedap-sedap teringin pula nak makan. Boleh je order dekat foodpanda, tapi kalau hari-hari kau ber foodpanda sakit juga kocek kau. PKP dah masuk fasa ke-3 kita pun tak tahu bila akan berakhir. So, baik beli bahan dan buat sendiri, bolehlah repeat dua tiga kali makan. Tengok dalam peti ais ada bahan-bahan nak buat. Gunalah barang apa yang ada dekat dapur, yang tak ada kita pejam mata.

Dekat rumah sewa ini tinggal aku dengan Oyah je, yang lain sempat balik rumah parent, dah tersangkut dekat kampung. Mujurlah si Oyah ini sekepala dengan aku, dapatlah beregu bersama di dapur. Nasi ayam ini menu hidangan tengahari semalam, sampai ke malam. Jimat sekali jalan. 

Kami buat pun refer google. So jom tengok olahan resepi kami buat. Bangun-bangun pagi semalam terus rebus ayam, sementara tu pergi bersiap kemaskan diri. Sungguhpun kau duduk di rumah, bersihkanlah diri, kemas tempat tidur, barulah hari kau ceria dan cergas sikit. 

Resepi Nasi Ayam Mudah dari Dapur Bujang

Benda pertama yang kena prepare adalah masak Nasi Ayam;

Basuh beras macam biasa
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, mentega + 3 serangkai kayu manis
Dah tumis masukkan ke dalam beras yang dah basuh tadi
Celupkan kunyit 1 jari ke dalam beras (bagi naik warna kuning)
Masukkan air rebusan ayam tadi, sukat mengikut paras beras.

*Air rebusan ayam jangan lupa tinggalkan baki unuk buat sup dan juga kicapnya.

Dah selesai masukkan dalam periuk nasi. Tunggu dia masak, settle!

Selesai masak nasi, kita perap ayam dulu;

Keluarkan ketulan ayam yang direbus tadi
Lumurkan dia dengan kicap, sos tiram, bawang putih, dan halia. (nak sedap letak minyak bijan sikit kalau ada)
Dah lumur sehingga sebati, letak tepi pagi perapan tu sebati
Selepas 15 minit atau20 minit kami gorengkan dia dalam kuali. Takyah lama sangat pun takpe sedap tadi kita dah rebus dia. Asal nampak garing okay. Siapa ada oven panaskanlah dalam oven. Rumah aku tak ada oven, jadi goreng atas kuali.

Kemudian kita beralih kepada sos nasi ayam;

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia
Dah garing masukkan cili boh, tunggu sehingga naik minyak bubuh gula dan garam
*Kami tambah sos cili sikit, nak manis kena tambah gula, masukkan air sikit
Tunggu dia masak

Beralih pula kepada kicap nasi ayam;

Masukkan kicap dan air rebusan ayam sikit. Tunggu dia masak dan boleh angkat.

Last sekali, sup nasi ayam, kalau ikutkan sup tu punya rupa keruh je air dia kan?

Takde daun sup, takpe, bubuh je apa yang ada. Baki air rebusan ayam tadi jadikan sup. Masukkan kentang, tomato, garam sikit dan tiup sup 3 rasa. Tunnggu masak, dah boleh hidang.

Maka, inilah hasil Nasi Ayam yang aku dengan Oyah buat semalam. Boleh tahan sedap juga kami masak. Mak aku pesan, kalau nak tunggu bahan cukup memang kau tak masaklah gamaknya. Gunanya bahan apa yang ada. Benda yang tiada tu skip je. 

Ada hikmah juga PKP ini bersambung, dia suruh aku belajar masak. Kalau balik kampung cakap je nak makan apa, mak aku masakkan. Duduk sendiri, kau nak makan kenalah masak sendiri. Adventure juga main masak-masak ini. Siapa nak try bolehlah buat, tak jadi buat lagi sampai jadi. Orang kata try and error.

Barang dapur aku pun dah susut, habiskan yang mana ada. Next week baru nak pergi beli. Apa-apa pun, stay at home a jangan merayau tak tentu pasal.

Thank you for reading!

12 comments:

  1. Nasi ayam tak pernah tak sedap

    ReplyDelete
  2. saya pun pkp sorang2 kat rumah. hehe hari2 cari resepi. thanks share resepi mudah

    ReplyDelete
  3. Sedap ni, ada satu kedai dkt rumah ada menu nasi ayam yg sangat sedap. tpi bila pkp ni tak bukak pulak kedai tu. nampaknya kena buat sendiri la hehe

    ReplyDelete
  4. Pandai dia masak, lepas ni cuba nasi ayam hainan ke madu ke plak..kalau dah pandai masak basic, nanti mesti boleh masak nasi yang lain..syahbas anakku..

    ReplyDelete
  5. Kalau hari2 mengorder pun bole sakit kocek..klu masak sendiri jimat sikitkan..kalau ada kawan masak bersama mmg bersemangatlah jadinye

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing! Next time juga boleh try recipe Veronica ye~ halal juga!
    Tapi Chinese Style!

    ReplyDelete
  7. Wah nanti nak cubalah resepi nih, cuti PKP nih belum masak nasi ayam lagi, nanti nak tya dengan family nak tak nasi ayam... tq sharing

    ReplyDelete
  8. Senang juga nak buat nasi ayam ye. Malas nak buat sb ingat nak sediakan ayam tu susah. Nanti bell folllow resepi org bujang ni lah.

    ReplyDelete
  9. kadang kadang yang masak simple ni la yang sodapnya. pandai betul bujang ni masak ye. mommy ni.. masak tak berapa nak reti

    ReplyDelete
  10. Time PKP ni ramainya masak sendiri dah share byk resepi2 dkt wall fb kak haaa... kak pun hari2 masak tp mls nak share sbb masak main campak2 jer heee

    ReplyDelete
  11. Baru terfikir nak buat nasi ayam. Tapi x tahu nak buat bila..hehehe. Malas rasanya nak masak. Order je lah nanti :)

    ReplyDelete
  12. sedapnya nasi ayam, dah lama tak makan nasi ayam. last pon rasanya makan dekat setahun lalu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!