Cara Mudah Bayar Bill Umobile Menggunakan Laman Shopping Shopee - Azwar Syuhada

Sunday 5 April 2020

Cara Mudah Bayar Bill Umobile Menggunakan Laman Shopping Shopee

Salam to all readers,

Harini bangun lambat tahu-tahu je dah nak dekat pukul 12.00 tengahari. Sudahnya masak nasi lemak, sap-sap siap terus. Walhal, semalam text mak macam mana nak buat sambal tumis ini hah. Alhamdulillah menjadi juga nasi lemak aku buat. Housemate aku sorang lagi, bancuh cekodok. Dapatlah jamu bersama-sama. Aku menyewa 6 orang, tapi musim covic ini, ada sebahagian sempat balik kampun, Wan balik rumah suami dia. Jadi, tinggal aku dengan Oyah jerlah dalam rumah. Bila tinggal berdua ini, macam benda kiteorang buat selain masak, dari kemas peti sejuk, kemas ruang tamu. Sekarang sampai tak tahu nak kemas celah mana pula.

Kalau ada daun pandan, bubuhla dalam nasi. Aku pakai instan kelapa je. Tak ada daun pandan pun. Sambal tumis itu, apa yang ada dekat dapur aku campakkan je. Tumis bawang merah, masukkan cili mesin, tunggu sampai naik minyak masukkan air asam, garam, gula secukup rasa. Kemudian, tunggu dia masak sikit, siap! Mudahkan.

Tadaa!! Rumah sewa aku dah ada meja makan, azab tau if nak makan kena dalam bilik. So, kongsi dui beli meja makan dekat Shopee. Shopee kata duduk diam-diam dekat rumah, dia hantar barang. Aku order hujung bulan 3, semalam baru tiba. Ok sesangat, cuma kena beli lapik meja sebab meja ini tak boleh kena air ataupun panas takut kembang. 1 kerja pula nak cari cari lapik meja. Baru ada meja makan, dah berangan-rangan nak beli televisyen letak lepak dekat luar. Mengampuk sorang tu nanti. Harga meja ini pun not bad, tengah promosi RM209 + postage RM80 = RM289. Erghh.. Apa-apa pun memang selesa habis bila dah ada meja makan.

Point utama entry kali ini nak share dengan korang macam mana nak bayar bill Umobile dekat Shopee. Bukan Umobile je bil lain korang nak bayar pun boleh. Setakat ini komitmen aku bayar Umobile sahaja. So jom ikuti langkah-langkahnya.

Cara Mudah Bayar Bill Umobile Menggunakan Laman Shopping Shopee

1) Buka apps 'Shopee'. Kalau nak duit lebih buka akaun Shopee dari apps 'Shopback'. Dalam pada kamu membayar, kamu juga dapat pulangan semula. Tak kisahlah 20 sen sekalipun, duit juga kan?

google

2) Tekan pada bahagian 'Deals, Top-up & Bills'. Buka dekat phone senang sebab dah sedia log in.


3) Tekan pada button 'Postpaid'.

 4) Select Telco mana korang guna. If guna Umobile, klik sahaja terus.

google
5) Masukkan nombor telefon yang korang nak bayar tu. Tak perlu letak +6 di hadapan. Terus sahaja 017.... Kemudian masukkan jumlah bayaran korang nak bayar. Contoh RM94. Dah confirm nombor telefon, dan amount nak bayar tu, boleh klik button checkout bawah tu. Lepas tu dia akan pergi kaedah bayaran, samaada online transfer ataupun credit card. Macam kamu buat bayaran beli barang tu. Siap!

Mudah sekarang bila semua di hujung jari. Tapi tak semua orang celik IT, pakai Whatsapp ataupun medium-medium lain. Jadi, tolonglah mereka yang mana tak reti guna. If parent korang dah berumur tak reti guna telefon pintar, korang boleh tolong bayarkan bill mereka juga. Hope entry kali ini, membantu orang macam mana nak bayar bil lagi efisyen. Sekali lagi, korang register la akaun 'Shopback' juga kalau korang memang kaki shopping.

Thank you for reading!



3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!