Kerja Dari Rumah Sepanjang 2 Minggu Disebabkan Isu Covic-19 - Azwar Syuhada

Friday 20 March 2020

Kerja Dari Rumah Sepanjang 2 Minggu Disebabkan Isu Covic-19

Salam to all readers,

Hari ini merupakan hari ketiga aku bekerja dari rumah. Sepatutnya ada rotation staff masuk office, memandangkan kadar orang yang kena covic-19 ini, semua staff diarahkan beroperasi dari rumah. Bila bekerja dari rumah baru terasa kemudahan bekerja di office lagi berguna. Bekerja dari rumah agak limited, banyak benda tiada.
Nak update blog punya pasal, aku bertudunglah. Kalau tak pakai baju tidur lagi. Ada juga syarikat-syarikat yang masih beroperasi. Bila PM dah kata duduk diam-diam rumah, ada juga yang degil pergi keluar juga. Bukan minta pergi berperang pun, suruh duduk diam-diam dalam rumah sahaja. Ini pun sebab nak mencegah isu covic-19. Kalau kamu semua taknak beri kerjasama janganlah menyusahkan orang lain.

Bila anda dikatakan positif covic-19 cepat-cepat pergi klinik, ramai kakitangan nak bantu awak. Baru-baru ini, sekali lagi Tan Sri Muyiddin menegaskan sekiranya ramai pihak masih tidak memberi kerjasama sepanjang 2 minggu ini ada kemungkinan kawalan pergerakan akan dilanjutkan. Kamu semua nak ke? Masing-masing ada kerja nak tanggung family. Jadi, sama-samalah kita beri kerjasama.

Bosan? Tak tahu apa nak buat sepanjang kuarantin ini? Jom, follow aku punya aktiviti. Aku buat bila ada masa terluang, sambil buat kerja office, boleh buat kerja rumah.

Antara aktivti yang boleh anda lakukan sepanjang kuarantin 2 minggu, Covic-19?

1) Kemas rumah

Memandangkan kita sibuk duk ulang alik ke office, mesti kekangan masa nak kemas rumah kan? Jadi inilah masanya. Bangun awal pagi, korang boleh start dengan cuci baju yang 2/3 hari tak berbasuh, sapu ruang tamu yang berdebu, mop lantai, cuci kipas, akhir sekali cuci bilik air. Aku dah buat semua ini hari pertama kuarantin. Perghh puas hati bila rumah dah bersih.

2) Mencuba pelbagai resepi

Sepanjang 2 minggu ini korang juga boleh melakukan eksperimen. Bukan eksperimen cinta tapi eksperimen masak-masak. Tak ada peluangkan nak masak-masak. Jadi, gunalah masa yang ada ini untuk mencuba masak pelbagai resepi. Tadi je aku dah terliur orang buat tutorial air starbuck guna nescafe dengan susu kotak. Jap lagi baru nak cuba! Menakjubkan.

3) Layan Movie di VIU, Iflix & Netflix

Siapa kata tak apa boleh buat? Bagi mereka yang gemar layan cerita hantu, drama korea, omputih, melayu boleh cuba layan dekat 3 apps ini. Ini khas bagi mereka yang tiada astro ataupun televisyen. Layan dekat phone je senang. Sekarang ini Iflix bagi kemudahan layan semua cerita until 31 March tanpa perlu langgan as vip member. Bak kata PM layanlah HBO ke dekat rumah. Masalah ini korang manfaat yang ada. Okay? Jangan lupa layan Crash Landing On You!

4) Baca Buku Ilmiah / Mengaji

Covic-covic juga, Tuhan jangan dilupakan. Ada masa lebih jangan lupa mengaji. Jangan duk gatal join tabligh. Memang benar kita perlu berdoa kepada Tuhan, akan tetapi Tuhan minta kita berusaha. Jadi, tolonglah semua berusaha duduk dalam rumah diam-diam, jangan gatal duk keluar lagi.

5) Workout
Aku rasa bila buat kerja dari rumah ini agak mempengaruhi juga. Ada kemungkinan berat badan aku boleh naik. Jadi mengelakkan berat badan anda naik seperti ikan buntal bolehlah buka youtube buat zumba di rumah, main skipping ataupun buat plag. Best juga buat workout dekat rumah, berpeluh juga. Jadi, jangan mengeluh kalau tak dapat jogging dekat luar, dalam rumah pun tak ada masalah. Anda boleh lakukan!

Paling penting, jaga kebersihan diri okay!


Bagi mereka yang pergi ke tempat kerja, boleh ikuti langkah diatas. Khidmat pesanan dari KKM.

Jaga diri semua!

#StayatHome
#DudukRumahDiamdiam

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!