Artis Dikecam Kerana Meraih Sumbangan | Ms Vivy Yusof Buat Hal Lagi - Azwar Syuhada

Sunday 29 March 2020

Artis Dikecam Kerana Meraih Sumbangan | Ms Vivy Yusof Buat Hal Lagi

Salam to all readers,

Dukacita dimaklumkan, masuk harini sudah ada 7 kematian akibat covic-19 ini bermakna total mangsa yang terkorban berjumlah 34 orang. Al-fatihah buat semua. Mostly, mangsa yang terkorban berlatar belakang ada penyakit kronik. Salam takziah. Moga cepatlah berakhir isu penyakit covic-19 ini.



Dalam sibuk isu covic-19, banyak  cerita yang tidak enak yang menular di sosial media. Guys, please be careful when you wrote something. Tambah-tambah kalau kau memang influencer, artis sekali kau buat silap, memang kau minta kecaman dari netizen. Lagi-lagi netizen-netizen yang memang menyampah gila dengan kau. Salah satu isu yang buat orang menyirap bila mana, ada salah seorang artis up status di Instagram minta bantuan dari kerajaan. Dia ingin menyuarakan pendapat untuk membantu rakan artis di balik tabir katanya, tapi status dia update membolehkan orang salah erti. Bila dia up status tu, ramai pula rakan artis memberi komen menunjukkan tanda sokongan. Manakala, netizen-netizen yang memang aktif rajin scroll down dan memang kaki membawang cepat screenshort and up ke media sosial yang lain. Membandingkan artis luar dengan artis Malaysia. Dimana, artis luar negara mampu memberi sumbangan covic-19 sampai berjuta manakala artis Malaysia menagih sumbangan. Macam esok dah papa orang kata.

Hakikatnya, you artis ke, instafamous, influencer, blogger sekalipun kamu semua tetap rakyat biasa. Jadi, follow the flow ikut sahaja pembentangan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri. Tak ada special mana pun if kau artis. Beliau sendiri cakap "no one life behind". Malam tadi aku tertengok video Ajuya yang mengulas isu artis minta bantuan. She said what people want to said. Sungguhpun attitude Ajuya ini kelaut, point yang disampaikan dalam video tersebut memang ada betulnya juga.

Ramai orang lebih susah, ada makcik kerja cleaner anak ramai, ada yang buat 2 3 kerja dalam sehari, malam ada yang bawa grab semata-mata nak tanggung anak bini makan. Lagi-lagi bila isu covic-19 ini melanda, pergerakan kerja terbatas. Yes, artis pun tak boleh nak buat job sekarang, tapi you ada platform mediia sosial, ramai pengikut, buatlah sesuatu bergabung dengan artis lain untuk awarenes regarding covic-19. Tak ada seorang pun ada inisiatif nak buat, bila covic-19 melarat ada hati pula nak dapatkan bantuan. Walhal, lifestyle korang semua dalam sosial media hidup dalam "have-have". Duduk rumah besar, pakai kereta mewah, beg mahal, bercuti keluar negara 4 kali setahun itu semua pilihan kamu semua bak kata Ajuya. Boleh je hidup sederhana.  Bila dah melarat covic-19, semua macam dah esok papa kedana. 



Covic-19 ini bukan sahaja mengancam nyawa orang, secara tak langsung meragut semua benda termasuklah kehidupan seharian, nak pergi kerja tak boleh, nak keluar rumah orang jadi takut, nak jumpa orang jadi takut-takut, nak balik kampung tak boleh, bisnes going down dan macam-macam lagi. Mungkin ada hikmah juga covic-19 ini datang, kita boleh reflect balik diri kita macam mana. 

Bukan artis sahaja menjadi kecaman sekarang ini, Ms Vivy Yusof turut tidak terkecuali apabila berbalas komen dengan Aleeya Zailan. Who this person? I don't know. Aku rasa, dalam 6 bulan sekali KPI dia kena buat satu kontroversi untuk naikkan tudung Duck dia. Dekat twitter Ms Vivy Yusof dah jadi trending. Ya faham, sekarang mostly entreprenuer (SME) terima impak yang cukup besar untuk survive dia punya bisnes. Tapi jangan sesekali downgrade others people.

Tak mendatangkan kaya raya pun orang yang dapat RM1,600 tu pun nak berdengki. Kamu yang memang kaya raya nak lagi kaya teruskan. Tapi jangan sesekali downgrade others people. Masing-masing ada keperluan dan kehendak. If kehendak yang kamu pilih, haruslah kamu menanggungnya sendiri. Jangan menyusahkan orang lain.
Apa-apa pun, belajarlah erti bersyukur dengan apa yang ada. Doa banyak-banyak moga semua pulih sedia kala. Paling penting, berhati-hati bila update status memangdangkan sekarang musim RM0 memang orang 24 jam dimedia sosial. Jom kita menolong orang yang lebih memerlukan. If korang nampak orang duk posting buat delivery makanan tu rajin-rajinlah Retweet untuk rezeki mereka. Jangan sesekali mencari kesempatan dalam kesempitan. Okay?

Salam Magrib! Thank you for reading!

3 comments:

  1. yes! saya harap diorg ni cepatlah berubah. setakat 1k lebih tu apalah sangat utk rakyat marhaen yang kurang berkemampuan. tu pun nak dengki. haih

    ReplyDelete
  2. orang sensitif sekarang.. orang have-have macam miss vivy ni sepatutnya lebih peka

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!