Pengalaman Menginap di Hotel D Eastern Ipoh, Perak Memang WOW! - Azwar Syuhada

Monday 27 January 2020

Pengalaman Menginap di Hotel D Eastern Ipoh, Perak Memang WOW!

Pada awalnya nak guna kemudahan Oyo untuk booking hotel, bila baca feedback banyak pula kata tak okay, so beli sahajalah pakai Agoda menerusi Cashback. Beli dan dapat pulangan semula. Berbaloi-baloi. Aku book hotel ini 2 minggu sebelum nak pergi. Dua/tiga hari sebelum nak booking tu banyak dah survey mana 1 hotel bajet yang okay, siap baca feedback dekat page mereka. 

Kalau ikutkan bersepah hotel bajet dekat Ipoh ini, pilih je nak mana yang mahal or murah. Ada tu 2 malam je dah dekat 800 lebih. Mak aii, datang nak tidur je, banyak habiskan masa dekat luar takkan nak habiskan duit dekat hotel je kan. Scroll Agoda alih-alih jumpa 1 hotel ini, tengok view, baca feedback mat salleh duduk sini macam okay. Walking distace nak pergi mana-mana pun dekat sahaja. Rajin dengan tak je nak jalan kaki. 2 malam untuk 4 orang RM369.69 sahaja. Satu orang RM81 ringgit. Not bad la. Kebetulan, ada kekosongan lagi terus booking.

Aku sampai tengah malam, so tak nampak view lagi. Bila pepagi bangun nak keluar jalan tu nampaklah keindahan pekan Ipoh ini. Kawasannya macam area Jalan Chow Kit sahaja. Nak ke New Town pun dekat, tapi kena grab la, nanti sesat pula. 

Here, hotel yang didiami oleh kami berempat selama 2 malam di Ipoh, Perak. Ada setengah hotel bajet, orang bercakap dekat bilik sebelah kita boleh dengar kan? Had ini tak adalah dengar mana. Kereta lalu lalang pun taklah terlalu bising. Bilik pula seluas-luas alam. Kak Nina kata kalau mahal book je 2 bilik, aku taknak duduk asing. Jadi, cari je bilik katil king. Settle!

Hotel bajet yang aku duduk ini betul-betul berhadapan dengan Yayasan Perak. Semua lane kereta 1 hala, traffic light tak usah cakap la, berlambak traffic light. Antara tempat yang korang boleh pergi dekat area hotel ini;

1) Gerbang Malam
2) Pasar Loket/ Karat
3) Restoran Konda Kondi
4) Hokkaido Ice Cream Puff
5) Deen Cendol
6) Restoran Konda Kondi
7) Restoran Fauziah
8) Medan Selera

Banyak lagi sebenarnya...


Sungguhpun hotel bajet yang aku pilih ini bukan 5 star, bagi aku dah cukup selesa la. Bilik luas, katil pun okay nyenyak tidur. Staff pun okay. Iron baju pun senang keluar bilik dah ada. Bilik air pun bersih dan yang penting ada water heater. Aku memalam lebih suka mandi air panas. 

See!Berapa luas bilik kiteorang duduk ini. Boleh main ting-ting. Tuala barang mandian turut disediakan. View dari hotel nampaklah kereta lalu lang.  Antara kemudahan yang disediakan seperti free wifi, parking, air-conditioned, room service.


 Ini bilik airnya. Luas kan?

Malam Sabtu tu pula bilik serupa kedai dobi, gantung baju basah bagi kering sikit selepas bermandi manda di Lost World of Tambun. Apa-apa pun mereka okay aku booking hotel ini. Aku letak nama kak Nina, sebab dia sampai awal di Ipoh. Letak nama aku nanti tak boleh check in. Check in pukul 2.00pm (Jumaat), check out pukul 12.00pm (Ahad). Akak bagi 4.5/5 bintang!

Nak dijadikan cerita, hari terakhir sebelum check out (situasi dalam bilik), kak Nina ada tanya if barang tertinggal dorang call kita tak. Aku cakaplah, kirim salamlah dia nak call. Paling-paling terus buang. Aku pula lengai orangnya, ada je benda aku nak cicirkan. Boleh pula aku tertinggal nametag office dalam bilik hotel. Aku perasan lepas naik ets. Aku cecepat call pihak hotel D Eastern tu, minta tolong check kan dalam bilik bawah kerusi depan televisyen. Tak sampai setengah jam, dia call semula kata memang ada tertinggal. Aku minta dia pos dekat office, hari Isnin dia pos, Selasa dah sampai. Maigad thank you so much Mr Lawrence for your helping. 

Tak semua pihak hotel boleh buat macam ini tau. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi carikan nametag aku dalam bilik and pos kan semula pada aku dengan selamat.  Siapa yang duduk menginap di hotel ini bolehlah booking di Agoda. Type sahaja D Eastern Hotel Ipoh. 

Untuk makluman lanjut, boleh google hotel ini;

D EASTERN HOTEL, IPOH PERAK
Address: 118, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Phone: 05-254 3936

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Kinah pun pernah stay kat sini tau. Memang puas hati la dengan harga tu, bilik pun luas dan bersih. Cuma parking kereta kalau tak silap la, agak limit. Lain2 ok je.

    ReplyDelete
  2. Wow..info terbaik..
    silalah kunjung ke blog saya ya untuk share maklumat http://sharimahyahya.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Bilik family ke ni?besar n luas puas hati plak..menarik baca👍👏

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!